Dalam Saat-saat pihak mahkamah menolak untuk mendapatkan sampel DNA ANUwar dari dirinya tetapi menerima 3 bukti awal untukj di jadikan bahan bukti dalam kes ANUwar dan Saiful tetiba kita di kejutkan oleh kemunculan ahli- ahli politik 'ANTIK' atau VINTAGE yang menamakan diri mereka Datuk TRIO.
Depa kata kalau nak gelar TRIO tu The Three Musketeer atau Three's Stoogers atau Tiga Abdul atau apa-apapun tak apa. Maka ramailah yang berteori sebelum ini bahawa ianya adalah hasil strategi ANUwar sendiri untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu DNA yang begitu menekan Menteri Parliemen ini. Malah ia menjadi begitu meyakinkan para penyokong BN dan membuat penjilat pembangkang bertambah keliru apabila belumpun sesiapa termasuklah lelaki Y di tuduh, tetiba ANUwar melompat ke balai polis untuk membuat lapuran polis untuk menafikan keterbabitan beliau dalam video berkenaan sehinggakan sanggup berdiri utk menunjukkan perut beliau yang 'tidak boroi' itu kepada umum.
Ada yang kata dia taha nafas semasa berdiri untuk tunjukkan perutnya yang tak boroi. Tak kurang juga yang percaya dia dah belit sekajang bengkung pagi berkenaan agar kelihatan langsing. Anda fikir macam mana?
Tetapi bila kelibat TIGA ANTIK termasuk DUA ANTIK POLITIK menonjolkan diri mereka untuk memuat pengakuan bahawa mereka terlibat dalam pendedahan video tersebut kepada wartawan(hai...awat tak ajak blogger sama???) dan juga kepada Johari Abdul maka ramai juga yang mencemik kerana kata mereka video tersebut tidak membantu malah hanya menyukarkan lagi keadaan terutamanya dalam tindakbalas rakyat berbentuk persepsi.
Aku juga menjadi hairan mengapa dua antik politik ini serta seorang tukang urut professional tiba-tiba keluar dari kepompong kebiasan mereka dan terlibat kembali dalam arus perdana? Adakah kerana dendam atau kerana ianya betul-betul satu kejadian benar yang menggelikan? Maka kecohlah dalam blog-blog penjilat dan pencacai pembangkang bermain persepsi baru tetapi atas tajuk yang sama iaitu FITNAH II...ha ha ha...fitnah kemenda???? Setelah undang-undang cuba di tegakkan dan setelah undang-undang cuba di cabuli dengan pelbagai taktik, maka tidaklah patut kes ini di katakan fitnah waima nombor ke berapapun. Akhirnya isu DNA selesai dan kita akan dapat mengetahui siapa kelak lelaki Y yang di maksudkan.
Kalau ndak di ibaratkan kereta antik, cukup tepat untuk kita beri gambaran sebegitu, kereta antik yang sudah lama bergerak, kereta antik yang sudah lama tidak di hidupkan enjinnya. Bolehlah di bayangkan kereta antik ini sebenarnya begitu teringin untuk turut serta dalam apa-apa perarakan asal saja dapat berarak bersama-sama.
Maka akibat sudah lama mendiami garaj tetiba enjin di hidupakn serta belum sempat panas enjinnya sudah di gerakkan secara paksa, maka belumpun kereta berkenaan jauh meninggalkan garaj, tetiba enjinnya meragam, tayarnya gelong serta angin tidak cukup malah radionya juga tidak boleh berfungsi. JADI BAGI KAU ADA BAIKNYA KERETA ANTIK INI DI TUNDA BALIK KEDLAM GARAJ DAN
DIAM!!!
0 Responses to Benda VINTAGE memang mudah meragam.