SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Aku baru sahaja mendaftar dengan kelab che det, kelab ini pada aku bukan sahaja alternatif kepada pelayar yang berminat berforum, malahan sebagai satu lagi wadah untuk kita melontarkan hujah yang positif dalam mengutarakan sesuatu pendapat terutamanya politik.

Sebagai sokongan aku linkkan portal berkenaan dalam blog aku dengan taitelnya CHE DET'S CLUB

Saturday, November 29, 2008

Serah pada budibicara PM tentukan kedudukan : KJ

Seremban – Naib Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamalludin berpendapat keputusan sama ada Ketua Pemuda UMNO diletakkan ke dalam pentabiran kerajaan adalah mengikut budibicara Perdana Menteri (PM) ketika itu.

Oleh itu, katanya, tidak timbul soal sama ada seseorang calon yang bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda perlu meletakkan syarat sama ada mahu dilantik atau tidak dalam Kabinet.

”Saya rasa, ini bukan tempat kita untuk meletakkan syarat nak dilantik didalam Kabinet dan sebagainya. Itu hak mutlak PM. Insya-Allah, apa-bila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan PM Mac nanti, beliau sendiri akan tentukan dan bukan tempat kita mahu tentukan.

”Lagipun, kita hanya baru jadi calon dan belum tentu jadi Ketua Pemuda lagi. Tak payahlah nak letak syarat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan serta sesi dialog dengan penduduk Kampung Sentosa Jaya, dekat paroi, di sini.

Aku Kata: Ini bukan letak syarat, tetapi misi dan visi, iaitu misinya untuk memperkuatkan Pemuda dan visinya agar lebih fokus terhadap matlamat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya jika menang jawatan Ketua Pemuda serta ditawarkan menjadi angota cabinet.

Sebelum ini, dua calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo menyatakan pendirian tidak mahu jawatan Kabinet jika menjadi Ketua Pemuda.

Mukhriz memberi alas an mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, manakala Mohamad Khir pula dilaporkan berkata, keputusannya itu disebabkan jawatan dalam Kabinet akan mewujudkan banyak halangan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda.

Sementara itu Khairy berkata, sekiranya PM merasakan perlunya perkhidmatan Ketua Pemuda UMNO sebagai angota pentabiran, dalam apa sekalipun, penyandang jawatan itu perlu menurutinya.(???)

Aku Kata: Ya kah? Lupakah dengan peristiwa ini?

Kabinet baru Pak Lah nampaknya bergegar lagi apabila hanya baru seminggu dilantik, Datuk Abdul Ghapur Salleh telah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Surat peletakan jawatan pemimpin Umno itu dikirim semalam kepada Perdana Menteri dan berkuatkuasa serta-merta......

......Ahli parlimen Kalabakan yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya umum lalu ini mengikut jejak dua lagi ahli parlimen Umno yang enggan menerima jawatan timbalan menteri selepas nama mereka diumumkan dalam barisan kabinet pada 18 Mac.

Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan. Manakala ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan Timbalan Menteri Luar. Difahamkan penolakan seumpama ini dipercayai pertama kali berlaku. Setakat ini Perdana Menteri belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan.

”Kalau PM pada waktu itu rasa mungkin tidak ada tempat untuk Ketua Pemuda, kita kena terima juga. Sekarang, bukan tempat kita untuk kata ‘Saya nak terima atau tidak’. Itu sepatutnya tak menjadi isu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada keenganan dua calon Ketua Pemuda itu dilantik ke dalam kabinet sebagai strategi untuk meraih undi pada pemilihan nanti, Khairy berkata, beliau enggan member i alasan andaian dangan alasan tidak adil untuk mengulas visi serta misi calon lain yang layak bertanding.

Menurutnya, sepanjang pengalamannya selama lapan tahun dalam barisan kepimpinan Pemuda, beliau tidak pernah berdepan masaalah menjalankan tugas dalam Pemuda dan Kabinet.

Aku kata: Bila pula masanya dia pegang jawatan dalam kabinet? Ooo......baru aku tau!!! Ini mesti tugasnya sebagai 'MAN BEHIND THE SCREEN' Bukan aku yang kata.....DIA yang kata

”Isu sama ada Ketua Pemuda perlu memengan jawatan Kabinet sebenatnya berganyung kepada pemimpin itu sendiri berdasarkan cara mana nak menguruskan masa terbaik.

“Kalau kita nak ‘check and balance’ tetapi berada diluar kerajaan, kita mungkin tak dapat membawa suara Pemuda kepada pentabiran (kerajaan) dengan baik. Kalau ada dalam pentabiran, suara Pemuda dapat disampaikan kepada platform paling tepat katanya.

Aku kata: Aku tak faham dengan frasa 'berada diluar kerajaan'. Atau mungkin maksudnya berada diluar kabinet kot? Hisshh.....Ada perbezaan tu.....

Sumber Sinar Harian

*Boleh juga baca disini.
(http://pemudaumnoparoi.blogspot.com/2008/11/serah-pada-budibicara-pm-tentukan.html)

Ini sebagahian dari sedutan dari Malaysiakini:

Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu
Nov 27, 08 4:36pm

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.

Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.

"Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini.

"Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini.



Dan ini pula dari Chew Mei Fun yang aku petik dari Utusan Malaysia:

Ketuanan Melayu tidak lagi relevan - Mei Fun

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.

Sambil menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai perkara itu semalam, beliau berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.

''Oleh itu kita sama-sama bangunkan negara,'' katanya selepas mempengerusikan dialog antara Exco Wanita MCA dengan 19 ahli bahagian Wanita, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Miri di sini hari ini.

Ditanya apakah pandangan Soi Lek itu selari dengan semangat UMNO yang menjadi ahli komponen dalam Barisan Nasional (BN), Mei Fun berkata:

''Kita tidak dapat memberi arahan supaya semua orang bersetuju dengan pandangan mereka.

''Biar mereka mempunyai pandangan yang tidak sama tetapi apa yang penting ada semangat kerjasama antara satu sama lain.

''Apa yang disuarakan oleh Soi Lek itu selaras dengan konsep kongsi kuasa dalam BN,'' katanya.

Mei Fun berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Soi Lek yang berpendapat konsep ketuanan Melayu tidak relevan hari ini dan telah ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda.

Soi Lek berkata, konsep itu mungkin sesuai apabila ia dirangka sebelum kemerdekaan negara tetapi tidak lagi hari ini berikutan rakyat memberi isyarat jelas menerusi pilihan raya umum lalu.

Soi Lek memberitahu demikian ketika menyampaikan syarahan di Subang Jaya, kelmarin.


Dan yang akhir ini pula ialah dari Ketua depa:

MCA tak persoal ketuanan Melayu - Tee Keat

29/11/2008 3:29pm

JOHOR BAHRU 29 Nov. _ Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kenyataan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung ketuanan Melayu tidak menggambarkan pendirian parti itu yang mewakili masyarakat Cina.

Tegas Tee Keat, sebarang kenyataan mengenai isu tersebut akan dibuat oleh jurucakap parti di peringkat kebangsaan dan negeri di bawah biro penerangan.

Justeru, pendirian peribadi tidak boleh dianggap sebagai pendirian parti, kata Menteri Pengangkutan itu selepas mempengerusikan Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor di bangunan MCA negeri di Jalan Segget di sini hari ini.- Utusan.


Adakah kita sudah lupa kenyataan lalu oleh pemimpin Gerakan, diharap kita tidak mudah lupa.

Apakah kita mahu telan begitu sahaja apa yang telah dilepaskan dari mulut Tan Lian Hoe? Dia telah meng'hoe' hati seluruh Melayu dengan hujah dangkal ketika menang tanpa bertanding jawatan Ketua Wanita Gerakan tempohari. Apa yang beliau buat? Hanya penafian yang longgar selonggar 'hoe' yang tertanggal pin dibelakang 'Backhoe' aka 'carimakan'. Jika tidak takkanlah pemimpin PAS dan UMNO mendesak beliau menmohon maaf didalam Dewan Rakyat!!! Dan sehingga kini adakah dia sudah benar-beanr meminta maaf? Bagaimana pula reaksi pemimpin teratas Gerakan?

Ini kenyataannya:

“Kita lupa atau sengaja lupa bahawa hari ini semua rakyat negara ini tanpa mengira kaum adalah Anak Malaysia dan Rakyat Malaysia. Kita bukan penumpang. Asal usul kita sama. Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara.

Orang Cina dari Negara China. Orang India dari Negara India."


Apa maksud beliau dengan datang? Apakah Tanah Melayu ini dahulunya tidak berpenghuni dan orang Melayu datang dari jauh??? Dimana sebenarnya Nusantara jika tidak bersekali dengan Tanah Melayu ini?
BANGANG!!!

Dan nada ini diikut dengan tanpa sedikitpun lari 'pitching'nya dikuti pula oleh pemimpin MCA walaupun rentaknya berlainan....Macam jeritan lotong disahut ungka.

Tan Lian Hoe lempar batu, lepas lempar, Koh Su Kun sembunyi batu.
Chia Soi Lek lemar batu, lepas lempar, Ong Tee Kiat tolong sembunyi pula batu tu.
Tangan orang yang membaling batu tu tetap mendepang bangga......
Tetapi tangan Melayu yang bersuara diikat selama tiga tahun oleh Melayu sendiri!!!

Dua-dua batu tu memang kena semua kepala Melayu, termasuk
RAJA-RAJA MELAYU!!!

Petikan dari chedet.com:


“RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK”

| Permalink | Comments (518) | TrackBacks (0) | Previous Blog

1. Saya bersetuju dengan pendapat Dato Seri Najib Tun Razak bahawa usaha membanteras politik wang perlu keazaman politik.

2. Soalnya - keazaman politik siapa?

3. Apakah keazaman politik mereka yang ingin dicalonkan dan sudah hulur wang sogokan?

4. Apakah keazaman pemimpin UMNO untuk lihat UMNO bersih daripada politik kotor?

5. Jika pemimpin yang perlu banteras, yang mana satukah pemimpin yang perlu berazam; pemimpin cawangankah, bahagian, Majlis Kerja Tertinggi atau Presiden parti?

6. Saya akui di masa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pun sudah ada politik wang.

7. Ia amat ketara semasa saya dan Tun Ghafar Baba dicabar pada tahun 1986.

8. Walaupun saya dapat pencalonan yang terbanyak (70 peratus) tetapi saya menang dengan kelebihan undi hanya 43 sahaja. Jelas perwakilan tidak undi ikut pencalonan oleh Bahagian.

9. Untuk mengelak perwakilan dipengaruhi semasa bersidang maka perlembagaan dipinda supaya 10 undi bonus diberi apabila dicalon oleh Bahagian.

10. Malangnya ada calon yang berjaya mendapat begitu banyak pencalonan sehingga lawannya terpaksa tarik diri.

11. Lepas itu dibatalkan undi bonus dan diganti dengan kuota 30 peratus bagi jawatan Presiden dan peratusan tertentu bagi jawatan-jawatan lain.

12. Dalam pencalonan untuk pemilihan kali ini ternampak jelas yang kuota tidak berjaya membanteras politik wang.

13. Ya, memang pun semasa saya dahulu sudah ada politik wang.

14. Tetapi peristiwa sogokan secara terbuka dan besar-besaran sehingga ramai dalam masyarakat pandang jijik akan politik UMNO tidak berlaku dahulu.

15. Tidak pernah terjadi yang Presiden parti didakwa terlibat dengan politik wang melalui laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah.

16. Tidak pernah Lembaga Disiplin parti menerima sehingga 900 laporan berkenaan politik wang.

17. Tidak pernah BPR terima banyak laporan rasuah untuk pencalonan bagi jawatan dalam UMNO.

18. Membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran.

19. Sesungguhnya hari ini di mana-mana juga rakyat bercakap berkenaan rasuah dalam pencalonan kepimpinan UMNO. Ini tidak berlaku dahulu.

20. Juga dahulu rakyat tidak pernah tolak sebahagian besar calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 seperti yang berlaku pada pilihanraya umum 2008. Jika rasuah dahulu tidak berbeza dengan sekarang kenapakah BN menang majoriti 2/3 tiap pilihanraya umum dari tahun 1982-1999?

21. Dahulu rakyat/pengundi tidak anggap UMNO sebagai parti pimpinan perasuah seperti hari ini.

22. Kerana tidak suka pada kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN sudah ditolak di lima buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Hari ini bukan Presiden sahaja yang dianggap tidak layak, tetapi seluruh kepimpinan UMNO tidak disukai dan tidak dianggap layak memimpin negara kerana pencalonan mereka adalah hasil sogokan oleh mereka. Memilih mereka bermakna memilih perasuah untuk mendirikan Kerajaan. Masyarakat yang mana yang mahu terima Kerajaan perasuah?

23. Ramalan saya ialah UMNO akan kalah teruk pada pilihanraya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum.

24. Yang memberi kemenangan kepada calon-calon UMNO dahulu ialah undi ahli bersama dengan penyokong luar, penyokong bukan UMNO. Jangan fikir hanya dengan undi ahli UMNO sahaja kemenangan akan diperolehi.

25. Dalam pilihanraya umum ke-12 ramai ahli UMNO-pun tidak undi calon BN. Dan amat ramai daripada penyokong-penyokong (bukan ahli) UMNO yang undi parti lawan. Itulah yang memberi keputusan yang buruk bagi BN dalam pilihanraya umum ke-12.

26. Ingatlah kelebihan undi bagi calon UMNO yang menang tidak sebesar dahulu. Jika hanya separuh lebih sedikit daripada kelebihan kecil ini berpaling tadah dan mengundi parti lawan UMNO akan kalah dimana dahulu ia menang.

27. Mereka yang ghairah menggunakan wang untuk dicalon oleh bahagian harus ingat jika parti UMNO kalah, kemenangan jadi pemimpin UMNO tidak bermakna. Lihat ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor dan mereka yang dicalon bertanding pilihanraya umum ke-12. Di mana mereka?

28. Jika BN kalah, Presiden UMNO tidak akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin UMNO jika menang pun tidak akan jadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan lain-lain dan ketua-ketua bahagian tidak akan dapat kontrak dan lain-lain.

29. Lebih buruk lagi UMNO akan hancur. Pengasas-pengasas UMNO akan kutuk mereka yang kerana tamak telah musnahkan UMNO.

30. Orang yang terkenal menyogok wang untuk jadi pemimpin UMNO, jika mereka dipilih akan menyebabkan UMNO ditolak dalam pilihanraya umum.

31. Rakyat tahu siapa mereka walaupun sukar bagi mendapat bukti yang mereka ini adalah perasuah.

32. Perwakilan UMNO yang menerima sogokan dan memilih orang yang dikenali sebagai perasuah, harus ingat apabila mereka memilih orang ini, mereka sebenarnya mengkhianati bangsa, agama dan negara hanya kerana sedikit wang yang akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang.


Dan ini pula rentetan komen dari penulis dalam satu forum di mykmu :

*Tulisan berwarna hijau adalah komen saya

Assalamualaikum,

Setelah membaca 18 muka komentar dalam tajuk ini, saya fikir saya perlu mengulas beberapa perkara.

1. saya tidak nampak artikel yang tersiar merupakan serangan terhadap mana-mana calon dalam pemilihan UMNO kali ini. Sebaliknya jelas artikel tersebut meminta Tun agar tidak menyerang mana-mana calon dalam pemilihan UMNO kali ini.

Bagaimana dengan perenggan yang berbunyi:

Jika ahli UMNO membuat keputusan demikian tentulah kita juga tertanya-tanya apakah Muhyiddin, Hishamuddin dan Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak tidak memberi sebarang wang, jamuan, janji projek, jawatan dan juga menggunakan pengaruh kawan, sepupu dan bapa masing-masing?

Jika demikian bagaimana pula mereka boleh mendakwa UMNO ini penuh dengan ahli yang mengundi berdasarkan wang?

Sungguh halus ayat disusun sehingga perlu dibaca berulangkali bagi memahami kemana laras sumpitan beracunkan provokasi dihalakan….. Nah bandingkan pula kenyataan TDM yang tidak langsung menyentuh mana-mana namapun sepanajng artikel beliau yang berjumlah 32 perenggan itu kecuali nama DSNTR, TunGB dan bakal mantan pm iaitu paklah. Bandingkan pula dengan tulisan ala menegakkan benang basah ini secara keseluruhan. Adakah nama-nama mereka ini sedang bertanding sebagai calon dalam mana-mana jawatan? Maka disini TDM telahpun mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh sdr kadiology selaku Brigade Commander WP dalam thread yang bertajuk “Larangan Menyokong/Memaki Calon2 UMNO di dalam KMU

*Kalau Penaung mykmu.net boleh akur dengan arahan orang yang dibawah beliau dalam heiraki walaupun menulis dalam blognya sendiri kenapa pula mereka yang menjunjung beliau sanggup menelan kahak berbau hanyir mereka?*

2. Tindakan Tun mendakwa calon-calon Timbalan presiden yang mendapat pencalonan lewat sebagai menggunakan wang untuk mendapat sokongan bukan sahaja tidak wajar malah merupakan satu serangan ke atas calon tertentu. Apakah ini satu bentuk pertandingan yang sihat dalam UMNO?

Apakah ini bermakna calon-calon yang mendapat pencalonan awal tidak mengeluarkan sesen wang pun? Janganlah buat lawak.

Kita boleh berhujah jika Tun buat tuduhan tidak benar maka samanlah beliau di mahkamah. Bukankah alasan yang sama digunakan oleh mereka yang menuduh Tun dahulu?
(Ini lagi satu kenyataan berbau politik…..sekadar untuk menghalakan pemahaman pembaca jauh dari isu sebenar!)

Siapa yang bertanding dan siapa yang memberi komen? Adakah orang yang memberi komen itu turut bertanding? Dan seperti kebanyakan forumers yang memberi respon, jika mereka-mereka itu tidak mengamalkan rasuah politik, mengapa harus melatah, dan kenapa pula latahan itu perlu disalurkan melalui orang ketiga yang juga tidak bertanding apa-apa jawatan? Apakah benar ujudnya orang ketiga ini atas tiket menyelamatkan UMNO atau menyelamatkan calon-calon tertentu seperti beliau dakwa terhadap TDM?

Dan pernahkah selama ini TDM buat lawak mengenai keseriusannya menentang rasuah politik ini? Kalau kenyataannya secara sinis memang ada dan memang mengundang ketawa, tetapi bukan kerana ianya satu suasana yang lawak, tetapi suasna yang pedih menghiris yang menyebabkan sesiapa yang terkena malu untuk menangis lalu memilih untuk ketawa walaupun pahit.

PERHATIAN: MENGGELUARKAN ATAU MENGGUNAKAN WANG UNTUK MENGGERAKKAN JENTERA BERKEMPEN ADALAH KEPERLUAN. MANAKALA MENGGUNAKAN WANG UNTUK MEMBELI UNDI ATAU WANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUBAH PENDIRIAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH PERWAKILAN BAHAGIAN YANG DILANTIK BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERBEZA DENGAN KEPUTUSAN PERWAKILAN DIBAHAGIAN, ITULAH YANG MENJADI KERISAUAN SEBAHAGIAN BESAR AHLI UMNO!!! INI YANG PERLU KITA TAHU MEMBEZAKAN KEDUDUKAN SEBENAR WANG. KEPERLUAN ATAU RASUAH?

3. Saya terima hakikat apabila menulis sedemikian saya akan dituduh sebagai telah dibeli, mementingkan perut dan juga menjadi alat kepada calon tertentu.Hairannya, ketika yang saya bermati-matian membela Tun menentang Pak Lah tidak pula dituduh perkara yang sedemikian.
Sudah gaharu cendana pula. Membela UMNO selaras atau seiring dengan suara dan idea TDM adalah perbezaannya. Menentang paklahpun bukan kerana peribadinya, tetapi kerana polisinya. Adakah selama ini penulis menulis menyerang peribadi paklah, bukan paklah sebagai perdana menteri dan polisi-polisinya? Penulis kena merenung kembali tulisan-tulisan dalam blog beliau dari seawal artikelnya yang pertama dan membandingkannya dengan tulisannya yang akhir-akhir ini. Jadi kemana dan dimanakah arah sebenar tulisan-tulisan beliau yang terdahulu? Peribadi atau Pertubuhan?

4. Saya menulis untuk keadilan semua calon yang bertanding. Adalah tidak manis dan wajar seorang negarawan seperti Tun memberi isyarat yang salah kepada orang ramai. Adalah juga tidak wajar Tun dilihat cuba memberi advantage kepada calon tertentu. Saya tidak fikir artikel tersebut menyerang Datuk Mukhriz mahu pun Tan Sri Muhyiddin.

Saya hanya mempertahankan hak calon-calon lain yang telah dipilih oleh Mesyuarat UMNO Bahagian untuk bertanding.

Sebaliknya jika diteliti secara jujur Tun lah yang menyerang calon-calon tertentu.


Fuhh…Sound very noble but behind the curtain? Pada aku ada dua sisi sahaja tujuannya dalam tulisan TDM berkaitan tajuk

RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK”

Ya, hanya dua sisi sahaja, politik tanpa rasuah dan politik dengan rasuah. Jadi disisi mana mereka yang bertanding berada, itulah yang perlu pembaca-pembaca nilaikan. Tun tidak beri isyarat yang salah. Yang salah ialah orang yang membaca isyarat itu dengan cara yang salah kerana hati mereka ‘gelap’ dari menerima cahaya kebenaran. Jadi keadilan semua calon yang bertanding pada sisi mana yang penulis hendak pertahan?

Kenapa pula kajian anda atau sekutu anda terhadap tulisan secara umum oleh TDM dilihat memberi advantage atau disadvantage kepada calon-calon tertentu? Adakah calon-calon tertentu yang berada dalam keadaan ‘perfect target’ sehingga menimbulkan ‘dementia delusion’ kepada mereka?

5. Kepada rakan-rakan yang memperli kononnya siapa yang makan cili terasa pedas, saya fikir saudara berada dalam keadaan utopia. Seperti Tun, saya juga boleh menulis mengenai penggunaan wang oleh idola saudara. Jangan kerana saudara tidak nampak maka orang lain juga tidak tahu. Tapi apakah itu akan membantu memulihkan UMNO?

Tiada kaitan dengan saya.

Benarlah kata pepatah panas setahun dihapuskan hujan sehari. Hanya kerana satu artikel yang mengkritik pandangan Tun maka saya dianggap menjual kepentingan agama, bangsa dan parti. Jika itu anggapan saudara/i saya redha.

Mengkritik pandangan Tun tidak salah, tapi selayaknya bairlah tiada nama calon yang bertanding disebutkan secara jelas lagi terang dan disuluh lagi. Bandingkan kritikan Tun dan Kritikan anda, Tun hanya tulis nama mereka yang menang tidak bertanding dan yang tidak bertanding , jika merujuk tajuk dibawah:

“RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK”

Menjadi kehairan juga kepada saya dalam mengkritik pandangan Tun, kenapa DSNTR juga dikaitkan dengan keputusan beliau yang menang tidak bertanding, yang nampaknya pada saya sepeti orang yang kurang senang dengan DSNTR (ini andaian saya sahaja)? Lihat perenggan dibawah:

Najib bercakap mudah kerana beliau menang tanpa bertanding. Memang mudah bercakap kerana berapa banyak Ketua Bahagian yang sudah mengidam projek dan sebagainya ingin menunjuk mereka yang setia kepadanya.

Kemudian penulis yang menyokong tulisan anda pula menyatakan begini pula:

Sy tak bermaksud utk menyorok segala keburukan UMNO. Tapi berilah ruang dan peluang DSN perbetulkan keadaan. Kita gempu dollah dan akhirnya dollah tersingkir dan lepas tue apa.... dulu pun TUN tak terus hentam dollah walaupun dollah batalkan banyak benda yg berfaedah utk genarasi akan datang. TUN bg peluang. Masalah dalam UMNO bukan satu hari tapi dah berakar umbi. Mustahil DSN dapat selesaikan dalam satu hari. Kalau semua org kita nak perang habis siapa pula nak jadi pemimpin. UMNO makin kuat kah jika kita terus-terusan menggasak. Sepatutnya jika kita benar2 ingin perubahan kita mesti tempatkan diri sebagai perwakilan kerana undi kita itulah yg membantu utk memilih pemimpin yg benar2 menjiwai perjuangan.

Apakah mereka berdua tidak berbincang agar kenyataan kontradik tidak timbul dalam mereka tunjang-menunjangi sesama?

Setelah duduk menyejukkan diri dan akal fikiran, aku amat terusik dengan keadan sekarang, dimana kalau dicongak ada empat bulan lagi untuk UMNO menghalakan fokus keluar dari dalam rumahnya yang sedang dalam 'pengubahsuaian'.

Secara analoginya beginilah.....Aku mengambil contoh sebuah rumah. Rumah ini sebenarnya pemilik lama telah menyerahkan pada pemilik baru secara kemas dan teratur. Dan pemilik baru berkenaan pula telahpun maklum akan keadaan rumah berkenaan sebelum diserah kepada beliau, dan beliau pula berjanji akan menjaga dengan baik rumah berkenaan, baik keadaan rumah mahupun barangan serta perabut dalaman hatta KABINET dapur rumah tersebut, malah berjanji akan membuat persekitaran dalaman dan luaran rumah berkenaan bertambah elok.

Namun apa yang berlaku ialah sebaliknya, sebaik sahaja menduduki rumah berkenaan, perkara yang pertama dilakukan ialah memburukkan pemilik rumah sebelum beliau dengan mengatakan rumah berkenaan telah dikosongkan oleh pemilik lama sehingga perlukan pengubahsuaian secara besar-besaran. Manakala sempadan rumah berkenaan telah di'genjak'kan bukannya untuk meluaskan 'compound'nya malah menyempitkan lagi kawasan sendiri dengan memberi jiran sebelah yang tidak mesra langsungpun dengan penghuni rumah berkenaan. Kononnya hendak mngmabil hati jirannya yang kiasu itu.

Kemudian disebarkan kemerata-rata tentang keburukan yang sengaja diadakan oleh oleh beliau terhadap pemilik lama yang telah berhempas pulas menaiktaraf rumah berkenaan dari sebuah rumah kampung kepada rumah yang lebih elok dan tersusun hingga kehebatan rumah baru ini mempersona orang luar yang jauh, sehingga jiran kiri, jiran kanan, jiran atas dan jiran bawah merasa teramat irihati atas kepandaian pemilik lama mengurus rumah berkenaan.

Lebih malang lagi, sempadan dengan jirannya bukan sahaja digenjak, malah diroboh dan pada masa yang sama mempelawa jirannya untuk membuatkan sempadan rumah mereka sebagai milik bersama.....disamping itu juga membenarkan mereka bercucuk tanam dikawasan sendiri, punyalah baik konon...... Padahal kepentingan semapdan berkenaan adalah penting unutk mengawal jiran yang kiasu tersebut.

Tidak cukup dengan itu, dia mengubahsuai kabinet dapur rumah berkenaan sehingga menjadi kabinet yang tonggang-langgang sehinggakan nak masak nasi, nasi menjadi bubur, nak goreng telur, telurnya pula kemuruk sehingga ruang kabinet berkenaan berbau busuk dengan telur kemuruk.

Kamdian tu lagi, dek kerana kurang inovatif, maka pemilik baru berkenaan terlalu mengharap menantu beliau dalam usaha membaiki kabinet yang bau busuk telur kemuruk tersebut masih belum hilang, kerana menantunya menjamin bahawa dia berkeupayaan membaikinya, lalu diajaknya kawan-kawannya yang bermain teng-teng dan gundu diluar untuk tolong membaiki kabinet yang telah sedia busuk dek kerana telur kemuruk tersebut, maka kerana tersilap memilih tukang, kabinet itu bertambah lingkup.

Pada mulanya bekas pemilik lama yang begitu sayangkan rumah berkenaan hanya mendiamkan diri kerana memikirkan beliau harus menghormati pemilik baru rumah berkenaan, walaupun beliau telah mencium bau yang kurang menyenangkan dari rumah berkenaan. Lagi pula pemilikyang baru tersebut berkata beliau hanya akan menginap rumah berkenaan sebentar sahaja, memandangkan beliau dan pemilik rumah terdahulu amat mengetahui keupayaan beliau untuk mengurus rumah berkenaan.

Bila keadaan kabinet bukan sahaja semakin teruk, malah kerosakan pada bahagian-bahagian lain juga telah mula berlaku angkara menantu beliau yang belum matang itu bergelandangan dengan kawan-kawannya yang hanya pandai main teng-teng dan gundu diserata bilik dalam rumah berkenaan. Pada mulanya tidak begitu ketara dari luar, kerana kerapkali ada sahaja pekerja yang diimpot dari jiran sebelah selalu menjalankan kerja mengecat rumah berkenaan dari luar agar kelihatan sentiasa cantik.....malangnya hanya cantik dari luaran sahaja, dan sementara pula, kerana cat yang digunakan tidak bermutu dan cat yang lama tidak ditanggal secara rapi. Maka setiap kali rumah itu hendak dicat dengan cat baru yang tak bermutu, semakin buruk nampak rumah berkenaan sehingga penghuni lain didalam dan kejiranan tidak tertahan lagi.

Yang herannya pemilik berkenaan sanggup pula untuk memberi upah yang tinggi kepada tukang cat yang hampir merosakkan pandangan luar rumah berkenaan, nasib baiklah upah yang tertinggi itu tidak jadi diberi setelah ada penentangan dari tuk penghulu.

Setelah sekian lama anak dan menantunya membawa keluar hampir segala perabut dan kelengkapan dalaman rumah berkenaan untuk dijual kepada jiran, barulah penghuni lain tersedar dan melapurkan kepada pemilik rumah lama yang amat sayangkan rumah berkenaan.

Setelah pemilik lama dan beberapa penghuni didalam rumah berkenaan memperotes sikap pemilik baru berkenaan yang jika dibiarkan, bukan sahaja barang dalam rumah akan 'clear', malah rumah juga boleh ranap menyembah bumi kerana tidak mustahil struktur rumah itu juga sedang cuba diusik ganggu tanpa sedar oleh bebudak yang seronok bermain teng-teng dan gundu serta menantunya yang kebudak-budakan itu barulah pemilik baru berkenaan mengendurkan sedikit kebongkakannya.

Dan setelah diasak bertalu-talu oleh penghuni lain yang tidak dapat membiarkan situasi ini berlanjutan dan denga nsokongan pemilik rumah lama yang amat sayang akan rumah itu akhirnya pemilik sekarang ini bersetuju untuk menyerahkan rumah yang pada asalnya cantik dan tersusun itu, tetapi sekarang yang bukan sahaja kabinetnya berbau telur kemuruk, malah strukturnya juga sudah menjadi lemah dek gara-gara mereka yang leka bermain didalam.

Yang menghairankan walaupun bersetuju unutk menyerahkan kepada pemilik baru yang lain yang memangnya sudah mendapat persetujuan dari penghuni lain, beliau telah menetapkan syarat yang tak perlu dan kini syarat itu pula telah menjadi beban kepada mereka yang tinggal untuk membaikinya. Ini kerana tempoh untuk keluar, walaupun sepatutnya tidak perlu diperpanjangkan, telah dengan bodohsana diperpanjangkan. Ini menyebabkan masih lagi berlaku kerosakan disana-sini yang hanya dapat benar-benar dibaiki sekiranya pemilik baru ini benar-benar telah keluar dan menyerahkan kepada pemilik yang lebih baru yang mendapat persetujuan dari penghuni-penghuni lain.

Nampaknya pemilik yang bakal menyerahkan rumah ini kepada pemilik yang lebih baru sengaja hendak melihat huruhara terus berlaku didalam rumah berkenaan sehingga kekemuncaknya barulah beliau akan melepaskan keseluruhan rumah berkenaan kepada pemilik baru yang sudah pastinya akan menanggung liabiliti yang besar kosnya bagi memeperbaiki kerosakan yang telah belaku. Sepatutnya rumah berkenan wajar diserahkan dalam masa terdekat, bukannya perlu menunggu beberapa bulan lagi sehingga rumah berkenaan sekarang ini berselerak-tabak dan benar-benar perlukan tenaga dan belanja yang besar untuk dibaiki. Dan masaalahnya tukang-tukang yangbeliau upah untuk membaiki rumah berkenaan sebelum beliau menyerahkan rumah berkenaan bukanlah tukang yang berkepakaran dengan bidang masing-masing. Yang seorang tukang yang beliau rekomen tu adalah tukang kasut dan tidak mahir berbahasa asing dan seorang lagi ialah tukang gunting rambut yang gagap, sedangkan bakal pemilik telahpun ada tukang rumah yang berwibawa untuk membantu beliau membaiki rumah berkenaan disamping terus tinggal untuk terus rela membantu beliau sebagai 'handyman'.

Kerja-kerja segera untuk pembaikan wajar dilakukan sekarang, bukan menunggu selepas MAC 2009!!!

Tun Mahathir Mahu Mencatur UMNO Lagi?
Posted on Wednesday, November 26 @ 23:43:35 MYT
Topic: KOMENTAR

Cuitsikit.blogspot.com

Saya merupakan penyokong kuat Tun Mahathir Mohamad. Saya juga pengkritik kuat Pak Lah, namun ia tidak menjadikan saya taksub kepada Tun Mahathir sehingga bakal menghancurkan UMNO. Dr. Mahathir mahu mendedahkan kononnya nama pemimpin UMNO yang menggunakan mengamalkan politik wang. Dr. Mahathir sekali lagi mahu menjadi pendakwa dan penghukum.

SATU PEMBUKA KATA YANG CANTIK DAN MERANGSANG....

Najib bercakap mudah kerana beliau menang tanpa bertanding. Memang mudah bercakap kerana berapa banyak Ketua Bahagian yang sudah mengidam projek dan sebagainya ingin menunjuk mereka yang setia kepadanya.

KENYATAAN YANG TERLALU UMUM, KALAU ADA CONTOH KAN BAGUS!!

Kata Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, politik wang dalam UMNO hari ini sudah teruk dan amat kronik.

Tun Mahathir bercakap soal politik wang dalam UMNO seolah-olah ahli UMNO hari ini begitu dungu, bebal dan sanggup memilih sesiapa sahaja yang memberi wang yang lebih. Ini juga dinyatakan oleh DS Najib Tun Razak, TS Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.

ISU INI TELAH DIBAWA OLEH TDM SECARA KONSISTEN, BUKAN BARU, MALAH JIKA KITA LIHAT SEBELUM BELIAU MENJADI MANTAN PM PUN BELIAU KONSISTEN DALAM MENGELUARKAN KENYATAAN MENGENAI POLITIK WANG YANG NAMPAKNYA BUKAN SEMAKIN REDA, TETAPI SEMAKIN PARAH....

Tun Mahathir juga memperli calon-calon lain yang dapat pencalonan lambat seperti Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib, Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin sebagai melakukan politik wang atau rasuah politik.

ANDA DAH TANYA DENGAN MEREKA-MEREKA DIATAS YANG SEDANG GALAK MENJELAJAH PELOSOK TANAHAIR BAIK SECARA LANGSUNG ATAUPUN MELALUI AGEN? ANDA DAH TANYA PULA DENGAN KAWAN-KAWAN RAPAT ANDA YANG DILANTIK SEBAGAI G2, G7 DAN G11 TERMASUK JUGA KETUA-KETUA MEREKA?

Jika ahli UMNO membuat keputusan demikian tentulah kita juga tertanya-tanya apakah Muhyiddin, Hishamuddin dan Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak tidak memberi sebarang wang, jamuan, janji projek, jawatan dan juga menggunakan pengaruh kawan, sepupu dan bapa masing-masing?

ULANG BALIK SOALAN SAYA DIATAS.

Jika demikian bagaimana pula mereka boleh mendakwa UMNO ini penuh dengan ahli yang mengundi berdasarkan wang?

SIAPA YANG MENDAKWA, SEORANGKAH ATAU KEBANYAKAN DARI AHLI UMNO DAN PENYOKONG UMNO SERTA JUGA PEMBANGKANG(yang ni jangan dok layan sangat)

Kita ingin bertanya lagi, apakah Tun tidak lagi sedar kesilapan beliau melantik seseorang yang "clean" akhirnya menjadi huru hara negara ini? Apakah penilaian "clean" Tun kali ini akan lebih baik berbanding penilaian beliau terhadap Pak Lah dulu?

LAGI-LAGI SOALAN INI JUGA YANG DIULANG, APA TAK FAHAM KE DENGAN PERLEMBAGAAN PARTI PEKEMBAR? AKU AMAT FAHAM YANG PEMILIHAN PAK LAH SEBAGAI PM(bakal mantan) ADALAH KEPUTUSAN KOLEKTIF ATAS KAPASITI BELIAU SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN YANG APABILA PRESIDEN TURUN, SIAPA YANG MENJADI TIMBALAN AKAN NAIK MENJADI PRESIDEN UMNO DAN SECARA OTOMATIS MENJADI PM. KENAPA NAK JADI PEMAIN KESET YANG DOK ULANG PERTANYAAN ORANG??? TAK BOLEH FIKIR SENDIRI KE SAMADA JAWAPAN TUN TU BOLEH DITERIMA ATAU TIDAK? SIAPA YANG BERI UNDI PADA PAKLAH? KALAU UNDI TDM SORANG LAYAKKAH pak lah berjaya ke kedudukan sekarang ni?

*Ini soalan orang tolong sediakan kot?


Apakah kerana Tun "favour" kepada Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz maka mahu dijahanamkan imej orang lain.

SAYA BERKEPUTUSAN YANG ANDA SEBENARNYA SAMADA TIDAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN PANDANGAN TDM ATAU ANDA SEBENARNYA IKUT DALAM KEADAAN 'BUTA'. NAMPAK SANGAT ANDA TERABA-RABA DALAM MENDAKWA YANG LEBIH KEPADA DAKYAH INI.

Selagi ada demokrasi, selagi itu ada keperluan penggunaan wang dalam kempen. Tun sepatutnya mendidik ahli UMNO dan rakyat membuat keputusan berdasarkan akal fikiran bukannyanya menghentam orang itu dan orang ini menggunakan wang dalam kempen. Tiada kempen politik dalam negara dan luar negara yang tidak menggunakan wang.

PADA SAYA MENGGUNAKAN WANG UNTUK MENGERAKKAN JENTERA BERKEMPEN ADALAH SATU KEPERLUAN, TETAPI MENGARAHKAN JENTERA KEMPEN MENGGUNAKAN WANG UNTUK MEMBELI JIWA/UNDI ADALAH KERJA PALING HINA DAN TERKUTUK. WANG UNTUK MENGGERAKKAN JENTERA KEMPEN ADALAH PERLU, MANAKALA WANG UNTUK MEMBELI UNDI ADALAH RACUN KEPADA KEMUSNAHAN MANA-MANA PERTUBUHAN SIASAH. TIDAKKAH DAPAT PENULIS DIATAS BEZAKAN ANTARA KEPERLUAN DAN RACUN?

Tun menulis dalam catatan terbaru diblognya, "Juga dahulu rakyat tidak pernah tolak sebahagian besar calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 seperti yang berlaku pada pilihanraya umum 2008. Jika rasuah dahulu tidak berbeza dengan sekarang kenapakah BN menang majoriti 2/3 tiap pilihanraya umum dari tahun 1982-1999?"

INI PENDAPAT PERIBADI BELIAU, PADA SAYA ADA ASASNYA. RASUAH YANG DIAMALKAN OLEH SESEORANG YANG BERJAWATAN SEKARANG INI DAN SEDANG MEMBURU JAWATAN YANG LEBIH KANAN ADALAH SAMA MODUS OPERANDINYA DENGAN anwar DOLU.....


Apakah kenyataan Tun ini benar atau sekadar membantu Mukhriz yang kononnya bersih dari sebarang gejala politik wang?

BAGAIMANA KALAU SAYA NYATAKAN BAHAWA KENYATAAN INI BENAR PADA PERSPEKTIF SAYA DAN HANYA SECARA TAK LANGSUNG MEMBANTU BUKAN SAHAJA TAN SRI MUHYIDIN YASIN DAN MUKHRIZ, TETAPI LAIN-LAIN CALON YANG MEMILIH UNTUK TIDAK MENGAMALKAN RASUAH KETIKA BERKEMPEN DENGAN PERWAKILAN KERANA PADA SAYA KENYATAAN INI BUKAN KENYATAAN YANG DITUJUKAN KEPADA SEORANG, TETAPI KEPADA CALON LAIN DALAM UMNO KHASNYA DAN UMNO ITU SENDIRI AMNYA.

Cukuplah bercakap soal politik wang dalam parti. Belum ada orang bodoh atau tidak layak menang jawatan dalam UMNO melalui pertandingan biar sebanyak mana pun wang mereka taburkan. Sebaliknya sudah terbukti terdapat orang yang tidak layak memegang jawatan kerana kebolehan mereka mengampu pemimpin tertentu termasuk Tun.

MEMANG TIDAK ADA ORANG BODOH, TETAPI BUAT-BUAT BODOH ADA, JUGA ADA YANG TIDAK LAYAK, TETAPI LAYAK KERANA BANTUAN PAK METUA. DAN MANA BOLEH KATA CUKUP BERCAKAP PASAL RASUAH POLITIK, SELAGI TIDAK DAPAT DIBENTERAS!!! lIHAT KENYATAAN YANG KONTRADIK ANDA HANYA KERANA HENDAK HENTAM TDM!(SAYA BOLDKAN) APA NIII???

Pak Lah sendiri dilantik oleh Tun, bukannya menang jawatan melalui politik wang.

INI SIARAN ULANGAN YANG HANYA DIBEZAKAN DENGAN MASA(PERENGGAN)
PAK LAH DOLANTIK KERANA DIA PALING KANAN, IAITU TIMBALAN PRESIDEN YANG KEMUDIANNYA MENJADI PRESIDEN ATAS PILIHAN AHLI UMNO!!!

Siapakah yang memulakan politik memberi wang tambang untuk pulang mengundi, jalan raya waktu pilihan raya, kenduri ketika pilihan raya, bantuan kepada fakir miskin ketika pilihan raya, bantuan orang cacat waktu pilihan raya, kain batik, kain pelikat dan beras waktu pilihan raya? Bukankah semua ini bermula waktu Tun. Apakah ini bukan rasuah politik?

INI STRATEGI POLITIK YANG TELAH LAMA DIAMALKAN !!!(saya akui strategi ini dah lapuk, sayapun dah sarankan kepada pemimpin yang strategi ini dah tak boleh pakai lagi). Rasuah yang berlaku sekarang
adalah atas kehendak individu yang meroyankan kuasa. Tetapi bantuan yang anda nyatakan diatas adalah strategi pilihanraya yang menyeluruh, walaupun ada kelemahan diperingkat perlaksanaan sehingga menimbulkan meluat rakyat....itu saya akui, namun pada saya, kecuali wang tambang balik ngundi yang lain-lain tu memang ada dijalankan sepanjang waktu bantuan kepada fakir miskin cuma diberi 'highlight' semasa kempen kerana propoganda semasa berkempen....kena akui ni.... PASpun kena akui, hatta DAPpun kena akui......Awat depa tak buat kenduri ke??? Akupun depa jamu!!!!

Rakyat menolak BN kali ini kerana tidak sukakan polisi, dasar dan prestasi kerajaan BN. Jika isu rasuah dalam pemilihan parti yang menjadi alasan rakyat menolak UMNO, maka Tun perlu ingat dalam pemilihan lalu, jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Ketua Puteri tidak dipertandingkan.
Jadi apakah rasuah lebih besar dari zaman Tun dahulu?

JADI PENULIS INI MAHU APA? BIARKAN SAHAJA RASUAH POLITIK BERLELUASA HANYA KERANA IA DISUARAKAN SECARA KONSISTEN OLEH TDM? DAN SETELAH MENELITI SATU ARTIKEL YANG BELIAU PETIK MENGENAI AFIDAVIT MATHIES CHANG BERTARIKH 27/7/2006 MAKA PAK LAH WAJIB MEMPETAHANKAN DIRI DIMAHKAMAH ATAS TUDUHAN SALAHGUNA KUASA DENGAN MENOLONG MENANTUNYA DALMA KES ECM LIBRA. RUJUK DISINI

Tun jangan nafikan bahawa politik wang terbesar berlaku ketika Anwar Ibrahim menentang Ghafar Baba. Berapa "pink form" yang ditabur oleh Anwar. Jumlahnya mencecah puluhan juta sehingga menyebabkan Ghafar tidak cukup pencalonan. Ini merupakan sejarah politik wang terbesar dalam UMNO. Namun UMNO tetap menang besar pada 1995.

Malahan mengapa Tun tidak langsung mengambil tindakan ke atas "anak didik kesayangannya" Anwar Ibrahim ketika itu? Apakah Tun yang mempunyai pelbagai jentera risikan ketika itu langsung tidak mengetahuinya?

KALAU PENULIS, SEDAR? SAYA JUGA SEDAR! YANG PENULIS TIDAK SEDAR IALAH JASA TUN GHAFAR YANG TIDAK MAHU DIPERPANJANGKAN MASAALAH INI SEHINGGA UMNO BERGONCANG DAN DENGAN HARAPAN anwar BERUBAH SELEPAS BERPELUANG MENDAPAT KUASA KEDUA TERTINGGI, NAMUN NAFSU LIARNYA MENJADI BERTAMBAH TIDAK TERKAWAL SEHINGGA TDM DENGAN SECARA KOLEKTIF DENGAN MKT UMNO WAKTU ITU MENDESAK anwar MELETAK JAWATAN ATAU DISINGKIRKAN.....

Mengapa pula Tun begitu beria-ria bercakap soal politik wang selepas melihat anaknya bakal dicabar hebat oleh calon-calon lain untuk jawatan Ketua Pemuda, dan "ayam
sabungannya" Tan Sri Muhyidddin bakal dicabar oleh ali Rustam dan Mat Taib?

HISSHHH....TAK NAMPAKKAH BETAPA KONSISTENNYA TDM DALAM MENGUTARAKAN ISU POLITIK WANG INI SEJAK BELIAU MENJADI PRESIDEN UMNO DULU LAGI? APAKAH YANG MEMBUAT PENULIS INI YANG KONONNYA PENYOKONG KUAT TDM BUTA TERHADAP FAKTA INI?

Cukuplah Tun mencaturkan UMNO selama ini. Biar Perwakilan UMNO pula membuat keputusan. Perwakilan UMNO bukan bodoh mahu mengundi berdasarkan wang ringgit.

AKU CUKUP SELESA MELIHAT TDM MEMBERI NASIHAT SEBAGAI ORANG YANG BERPENGLAMAN DALAM HAL EHWAL UMNO. LAGIPUN DEPA JUGA YANG KATA BILA TUN DAH DILUAQ, ORANG TAK PAKAI DAH CAKAP DIA...JADI AWAT DOK NAK MELATAH PULA.... BIAQ PI KAT DIA LAH....AKU SELESA DAN DALAM MASA YANG SAMA INSAF DENGAN NASIHAT DIA....

Belum ada pemimpin lemah dilantik oleh perwakilan, tapi sudah terbukti Tun beberapa kali membuat kesilapan memilih orang tertentu menjadi pemimpin. Biarlah perwakilan UMNO pula membuat keputusan.

NI KENYATAAN APA NI??? CUBA ULANG BALIK SERATUS KALI!!! JANGAN CUBA TWIST AROUND THE ROUND TABLE.....UMNO MASA TDM TAK PAKAI PERWAKILAN KE? TENGOK BALIK KENYATAAN MACAMANA ANWAR BOLEH ATASI GHAFAR BABA?

Banyak lagi isu agama dan bangsa yang sedang tercabar dan dicabar tetapi kita masih mahu memburukkan imej UMNO dengan cakap-cakap politik wang?

INI ADALAH PAKCKAGE DALAM KEMELUT UMNO YANG HANYA AHLI UMNO SENDIRI YANG DAPAT MENGATASINYA, TIDAK DAPAT TIDAK KESEMUA ISU INI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARI UMNO, KECUALI OLEH AHLI/ORANG UMNO SENDIRI DAN PENEKANAN TERHADAP SESUATU ISU ITU TIDAK BERMAKNA ISU LAIN DIKESAMPINGKAN....HISSHH LAGI LAGI NAK TWIST!!! BELAJAR DENGAN Dr spin KOT?

Apa guna lantik pemimpin nampak "bersih" tapi agama, bangsa, negara dan parti tunggang langgang?

INILAH PENGALAMAN YANG PEDIH TAPI KENA DITELAN BAGI MEMATANGKAN LAGI ORANG UMNO, KERANA SELEPAS INI SESIAPA SAHAJA YANG PADA AWALNYA NAMPAK OK, TETAPI SEKIRANYA DIPERTENGAHAN JALAN DIA MENJADI PINCANG MAKA SESIAPA SAHAJA ORANG ITU KITA SEBAGAI AHLI UMNO YANG MEMBAYAR YURAN LAYAK MENYINGKIRKANNYA SECARA KOLEKTIF.....*oh ya, siapa yang penulis ini maksudkan???

Ini adalah apa yang aku petik dari sebuah blog milik orang N9 yangurlnya ialah

http://pekembar.blogspot.com/2008/11/taktik-kotor-kj.html

Inilah isinya:

Taktik Kotor KJ

Kesian Hanapi kerana dipaksa duduk oleh orang-orang KJ semasa ingin mencalonkan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda Pekembar di Mesyuarat Bahagian Pekembar Rembau baru-baru ini. Beliau disorak oleh orang-orang KJ apabila cuba bercakap di mikrofon, manakala Pengerusi Tetap hanya buat tidak dengar sahaja cadangan Hanapi. KJ difahamkan menang tanpa bertanding untuk pencalonan Ketua Pemuda Pekembar kerana cadangan untuk nama lain ditutup sebaik sahaja nama beliau dicalonkan. Sebelum itu juga dikhabarkan mesyuarat bahagian Rembau yang dijadualkan lebih awal telah ditangguhkan ke tarikh akhir kerana ada ura-ura pemuda Rembau tidak akan mencalonkan KJ ke jawatan Ketua Pemuda Pekembar. Itulah KJ yang sebenar. Takut ka bro?

hisshhh......tak kan sampai macam ni kot? Mungkin tuan punya tubuh, iaitu pemuda yang bernama Hanapi boleh buat kenyataan???



Pulut Kuning untuk mu....

HARI INI ADALAH MERUPAKAN HARIJADI DATO' MUKHRIZ MAHATHIR YANG KE 44.

SEMUGA ALLAH MEMPERKENANKAN PERMOHONAN HAMBAMU AGAR MANUSIA YANG BERNAMA MUKHRIZ INI DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN UMNO DAN MELAYU YANG TERSOHOR SEKIRANYA BELIAU BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK ALIF BA TA KITA.....

YAROBBIWATAQOBBALDOAANA.......


Satu ni aku petik dari harakah daily bertarikh 25/11/2008. Manakala berita itu pula bertarikh 24/11/2008

Dilaporkan kekecohan juga tercetus pada awal perhimpunan apabila peserta perhimpunan bertindak memukul beberapa individu yang lalu lalang di kawasan perhimpunan iaitu di Wisma Sejarah.

Pihak polis didakwa hanya duduk berehat di perkarangan jalan bangunan Bernama yang terletak berhampiran bangunan Wisma sejarah itu.


Manakala dibawah ini pula berita yang disusuli gambar yang aku petik dari fotopages minaq jinggo:

18. Ini lah wanita Cina yang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum perarakan bermula. Mula2 nya wanita ini merungut kepada kami (jurufoto) yang berada diatas jejantas. Dia kata "Bloody unfair. When you all Malays apply you get (permit la gamak nya) When the opposition apply they reject. Bloody racist". Kemudian dia turun dan pergi berdepan dengan budak2 yang sedang berkumpul untuk berarak. Berlaku lah jerit menjerit diantara mereka.

19. Dia dah pergi balik kekereta dan kembali semula kejejantas untuk memaki hamun para peserta.

20. Polis kemudian mengiringi beliau untuk mengelak perkara yang tidak diingini dari berlanjutan

21. Ketika diringi, wanita tersebut cuba melarikan diri

22. Paaannnng... kena penampar dari salah seorang peserta

23.

24. Dan terus tersungkur

25.

26. Polis kemudian cepat2 melarikan wanita tersebut menuju ke kereta beliau

27. Peserta yang berang melepaskan geram kat kereta la pulak

28. Ini lah rupa kereta wanita Cina yang mencuba nasib mencabar orang Melayu. Dibelakang kereta tertulis Add Maths Tiution.... cikgu add maths gamak nya dia nih...

29. Kejadian kejar mengejar tersebut telah menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang kedua dua hala Jalan Tun Abdul Razak

Lihatlah apa yang dipaparkan oleh pihak pembangkang dan lihat pula apa yang dipaparkan oleh mereka yang berada disitu..... Dan lagi-lagi mereka menghina polis, asyik-asyik menghina polis. Sesiapa yang membaca disini boleh melihat samaada polis duduk berehat, atau polis sedang menjalankan tugas.....hissshh....


Cerita diperingkat bahagian dah kurang kedengaran.....tetapi sekarang ini begitu hangat sekali ialah gerkan melobi perwakilan yang telah diberi amanah baik oleh Pemuda, Wanita, Puteri mahupun Bahagian sendiri.

Aku tiada information langsung tentang pelobi dari sayap Puteri dan Wanita, tetapi aku ada sikit-sikit cerita berbentuk persepsi mengenai kerja-kerja melobi diperingkat Pemuda dan Pusat. Nampaknya campaign manager dan teamnya begitu ligat sekali berjumpa perwakilan-perwakilan. Manakala perwakilan-perwakilan pula bolehlah diandaikan seumpama gadis rupawan yang sedang diburu lelaki hidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka. Walaupun sekali berjumpa, mereka terus jatuh hati kepada sigadis ini dengan kata-kata yang sungguh menarik seolah-olah telah mengenali gadis rupawan berkenaan begitu lama..... Diajaknya gadis ini berjumpa walaupun lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka tahu bahawa gadis yang rupawan ini sudah menaruh hati dan menetapkan hatinya kepada lelaki budiman yang tidak perlu melatah......

Walaupun tidak mahu berjumpa dengan lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka tetapi juak-juak dikeliling lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka tetap mengaturkan pertemuan antara lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka dengan gadis rupawan ini sehingga berjaya.

Lalu peluang ini dieksploit dengan sehabis 'gheng'(guna telor org sik) oleh lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka samada secara langsung mahupun dengan menyorong juak-juaknya dihadapan dan mereka mengintai sesekali dari belakang dengan senyuman yang buas penuh berahi agar dapat dicairkan hati gadis berkenaan walau dengan apa cara sekalipun kerana lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka itu tidak pernah menghadkan bajet yang perlu dilaburkan demi mendapatkan gadis berkenaan!!! Benda yang tak pernah diminta dan tak akan dimintapun oleh gadis berkenaan tetap diberi, konon untuk kejutan. Dan akibat terkejut dengan pemberian yang tidak dipinta, gadis rupawan itu dalam keadaan terkapa-kapa dipaksa secara diplomasi untuk menerimanya........ Disamping itu lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka terus berkata-kata dengan bahasa yang amat menarik serta tinggi nilai tatabahasanya (dalam kontek politik) demi untuk terus menggoda gadis rupawan berkenaan walaupun latarbelakangnya amat diketahui diseluruh pelosok...... Dan lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka pula asyik bercerita tentang hal kehadapan kerana tidak mahu sigadis yang rupawan ini mengungkit hal masa lepas lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka yang sebenarnya menjadi liabiliti kepada dirinya sendiri. Sigadis yang rupawan tahu jika diberi peluang lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka ini akan mengulangi kelakuan masa lampaunya dengan lebih terlampau lagi. Dan lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka yang menganggap sigadis yang rupawan itu telah 'cair' hasil dari cenderahatisyaitannya terus memujuk agar dirinyalah yang dipilih, bukan lelaki budiman yang tidak perlu melatah. Manakala setelah reda dari rasa terkejut, sigadis rupawan itupun menalipon ayahndanya dan menanyakan samada wajar menerima pemberian yang tidak pernah dipinta dari lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka itu. Lalu ayhndanya pun berkata jika mengikut fatwa 'Nick Edges' yang berbunyi:

Given sugar, stir
Given cofee, mix
Given rice, cook
Given cloth, wear
GIVEN MONEY, TAKE!

Tapi kalau hok nok pileh, mu wajib pileh...........

maka ayahndanyapun menasihatkan ambillah, biarlah lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka terus membebel dengan bunga bahasanya yang hebat, tetapi kerana kamu wahai sigadis rupawan telahpun berjanji dihadapan ayahnda sekeluarga bahawa hati kamu tetap dan berani berubah kepada lelaki budiman yang tidak perlu melatah maka kami yakin kamu dan kami semua akan bahagia....... SEMOGA LELAKI BUDIMAN YANG TIDAK PERLU MELATAH ITU AKAN TERUS 'COOL' DAN BERHATI-HATI DENGAN TAKTIK lelaki sihidung belang yang 'muai' dengan ghetameghedak mereka.

Kawan aku ada nasihat, guna pakai akad yang selalu diucapkan oleh kawan aku yang sorang lagi tu. Bunyi akadnya ialah:

"Ni kira halallah ni, jangan kira apa-apa lah.....kira kita berkawan dahlah...kalau jumpa jangan tak tegur pula.....jangan marah na...."

Sapa pernah dengar ungkapan ini?

Tamat sudah MPUB dimana UBJ sendiri telah selesai memilih barisan kepimpinan baru dengan barisan campuran muka baru dan muka lama AJKnya.

Kecenderungan untuk mengadakan kenduri kesyukuran atas pemilihan mereka dengan menjamu rakan-rakan mereka memanglah tidak ada apa salahnya. Kecil besar bukanlah ukuran tetapi meraikan sahabat sebagai tanda terimakasih adalah wajar. Aku yang marhien ni dapat tahu dua tiga muka baru dan lama dahpun jamu rakan-rakan mereka. Tetapi janganlah pula 'private event' mereka ini dijadikan isu oleh sesiapa juga, kerana mereka membuat perkara ini selepas selesai pemilihan bahagian.

Tak logik pula mereka yang tidak terpilih nak buat jamuan......kalau buatpun tentu boleh kita bayangkan suasananya berbanding dengan jamuan yang dibuat oleh mereka yang terpilih. Gamaknya macam ziarah orang mati jer gamaknya......(Don't take it seriously, just a joke)

Dan kawan aku yang dipilih sebagai G2 juga disaran buta jamuan......tak payah kot.... Ini bukan soal menang kalah......tetapi tanggungjawab terhadap parti UMNO dan keseluruhan ahli-ahlinya! Tang sinilah aku nampak ada jurang mengenai pandangan. Mereka melihat sebagai orang yang menang, aku lihat mereka itu sebenarnya bukanlah pemenang, tetapi orang yang sudah sewajibnya mula menjalankan tugas sebagai KB, TKB, NKB dan AJK termasuk juga sayap-sayap yang ada. kalau mereka dok terus melayan perasan, iaitu perasan sebagai orang yang menang perang, sikap negatif dalam politik Melayu tidak akan kemana!

Dan aku juga ingin menyentuh tentang YB ADUN Guar Chempedak yang terus menjalankan tugasnya seperti biasa dan mungkin agak sibuk sedikit sempena cuti panjang sekolah ini. Maklumlah kena menghadiri berdozen-dozen panggilan kekenduri perkahwinan..... Semakin banyaklah zuriat Melayu nanti...... Tugas untuk hadir di mesyuarat Dewan Negeri ku kira beliau akan gunakan sepenuhnya untuk menjuarai keluh kesah rakyat Jerai khasnya dan Kedah amnya, kerana beliau juga bukanlah calang-calang ADUN, beliau adalah seorang doktor fizik! Walaupun aku hanya mendengar sipi-sipi sahaja bualan beliau dengan tuan rumah pada satu kenduri, walaupun aku berada berdekatan dengan beliau, mungkin kerana beliau tidak begitu mengenali marhien UMNO seperti aku ni..... bagaimana beliau backfire dan berjaya menghidu tektik untuk memerangkap beliau semasa soal jawab denganKerajaan PAS Kedah semasa mesyuarat dewan negeri agak menarik perhatian aku juga. Aku sentiasa berharap ada maklumat dari beliau untuk aku war-warkan dalam blog aku ini untuk ahli UMNO Jerai.

Semuga beliau juga cepat-cepat menyesuaikan diri dengan suasana yang ada kerana seperti kata kau dahulu, fokus UMNO Kedah adalah merampas balik negeri ini dari depa pada PRU akan datang. Kita kena buktikan bahawa perjuangan untuk merampas balik negeri ini bukanlah mustahil!

*Mungkin kerana akupun kerumah berkenaan lewat petang, aku andaikan KUBJ, TKUBJ dan NKUBJ sempat bertandang kerumah berkanaan pada sebelah tengahari........itupun kalau mereka-mereka ini berada disini.

Hari ini adalah hari yang kesepuluh UBJ diterajui oleh pemimpin yang baru dipilih oleh ahli UMNO Jerai. Mereka adalah suara-suara akar umbi, kerana merekalah pilihan majoriti ahli-ahli UMNO Bahagian Jerai!!!

Kebanyakan dari kami telah kembali menjalankan kehidupan seperti biasa dengan harapan yang baru terhadap UBJ. Akupun kembali memulas stering kerana aku hanyalah marhien baik dalam politik mahupun dalam kehidupan biasa. Dan kerana itulah lama aku tak update blog ini.

Semalam aku dapat tahu yang KBUJ sudahpun menghadiri mesyuarat peringkat perhubungan Negeri. Itulah tugas rasminya sebagai KBU.

Dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk memaparkan kegiatan politik dan sosial ketiga-tiga mereka khasnya, termasuklah AJK Bahajgian dan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sekiranya aku mendapat maklumat, kerana aku yakin ada juga ahlul yang segan nak kepejabat Bahagian, lalu aku 'offer' blog aku ini sebagai pelantaq maklumat(platform) sementara blog rasmi(kemungkinan) dilancarkan tidak lama lagi, AllahuA'laam.

Salam Datuk Suhaimi, Tuan Haji Fadzillah dan Saudara Ikmal. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi pada hari ini walaupun pada tengahmalam hari berkenaan anda telahpun menerima ucapan tahniah dari ramai orang UMNO termasuklah saya walaupun ketika belum lagi pengumuman rasmi dibuat, kerana ramai orang termasuk saya dapat dah mengagak mood para perwakilan kali ini.

Walaupun saya agak kecewa dengan cara promosi yang dilakukan, tetapi ternyata:

Barang baik,
jika promosinya tepat,
bergunalah ia,

Namun
Barang baik,
jika promosinya berlebih-lebihan,
ROSAKLAH ia!


Saya tidak mahu memperkatakan apa yang telah lepas, kerana ramai orang yang menyaksikan perjalanan seharian mesyuarat tersebut.

Kepada KBUJ, TKUBJ dan NKUBJ yang baru, sekadar renungan sebagai panduan untuk meneraju UMNO kehari muka, janganlah amalkan warisan negatif kepimpinan terdahulu, tetapi BERANIlah BERUBAH dalam mencorakkan gaya kepimpinan yang lebih kontemporari bagi menarik kembali sokongan rakyat Jerai kepada UMNO dan BN untuk ketiga-tiga DUN yang ada dalam Parlimen Jerai. Janganlah biarkan juak-juak menjadi parasit sehingga menimbulkan kebencian baik kepada ahlul UMNO, orang UMNO dan orang ramai yang mahu berurusan terus dengan bos-bos diatas.

Dan untuk Datuk Dr. Ku Abdul Rahman yang juga ADUN Guar Chempedak, anda masih lagi wakil rakyat DUN Guar Chempedak yang mendapat kepercayaan atas tiket UMNO dan BN. Jangan jadikan alasan tidak terpilih sebagai Ketua Bahagian membuatkan anda menyisihkan diri dari UMNO Jerai. Khidmat anda kami tagihkan. Bergeraklah dalam bumbung yang sama, iaitu UMNO khasnya dan BN amnya. RAKYAT MEMERHATIKAN!!! Ingatlah bahawa tangan-tangan kamilah yang memasang poster sehingga lewat pagi ketika PRU12 dahulu. Dan tangan-tangan kami, orang UMNO juga tanpa prejudis memangkah Datuk sebagai ADUN. Jangan belakangkan kami, beri kami peluang untuk merapati anda tidak kira masa, kerana anda telah memilih untuk menjadi wakil rakyat.

Akhir kata saya sebagai marhien UMNO memohon maaf sekiranya coretan ini tidak menepati tatabahasa sehingga apa yang saya mahu sampaikan ditafsirkan berbeza dengan apa yang saya mahu sampaikan.

Ini semua sebab:

SAYA SAYANG UMNO!

Dibawah ini adalah keputusan jumlah undi yang telah diumumkan oleh Dato' Bashah malam semalam.

Ketua Bahagian:

1. Datuk Suhaimi Bin Abdullah: 300 undi - menang dengan kelebihan 84 undi
2. Dato' Ku Abd Rahman bin Ku Ismail: 216 undi

Timbalan Ketua Bahagian:

1. Tn Hj Fadzillah Ali: 297 undi - menang dengan kelebihan 79 undi
2. Saudara Ku Abd Razak Ku Ismail: 218 undi

Naib Ketua Bahagian:

1. Saudara Ahmad Ikmal bin Dato' Ismail: 367 undi - menang dengan kelebihan 222 undi
2. Saudara Bahador Omar: 145 undi

AJK:

1. Aziz Din 333 undi
2. Yusoff hamid 300 undi
3. Ir Md Noor 298 undi
4. Rozee Mat Isa 292 undi
5. Ahmad Md Noh 291 undi
6. Zainab Binti Awang 264 undi
7. Ahmad Suhaimi Lazim 256 undi
8. Norma Binti Awang 253 undi
9. Hj. Karim bin Abullah 250 undi
10. HjKasim Osman 238 undi
11. Omar Darus 233 undi
12. Othman Shafie 218 undi
13. Mohd Rejab Saad 216 undi
14. Musaropah Din 210 undi
15. Azizah binti Ahmad 208 undi
16. Dr Yusof Saad 207 undi
17. Mushtar Ahmad Ali Khan 201 undi
18. Hj Azizan Abdullah 195 undi
19. Kamarudin Awang 191 undi
20. Yaakob bin Ahmad 190 undi


G7:

1. Dato' Abdul Razak Hashim: 364 undi
2. Rozee Mat Isa 257 undi
3. Aziz Din 233 undi
4. Ir Md Noor 232 undi
5. Mohd Mat Noh 229 undi
6. Hj Hassan Darus 210 undi
7. Hj Karim Abdullah 161 undi

Seperti dijanjikan aku akan download gambar sessi kedua iaitu malam dimana sebelum pengumuman kemenangan calon-calon. Suasana pada awal seperti AYAM kehilangan anak, resah dan merisaukan bagi setriap khalayak yang hadir didewan. Masing-masing mundar-mandir kedalam dan keluar dewan sementara menunggu saat yang mendebarkan.

Ada yang mandi, makan dan solat disekitar kawasan dewan dan kantin, langsung tidak keluar dari kawasan sekolah, ada yang lari sekejab balik kerumah untuk menyalin pakaian dan sudah tentu ada yang tidak menyalin langsung pakaian mereka yang mereka pakai dari pagi kerana tidak mahu ketinggalan menjadi orang yang pertama mengetahui keputusan pengundian berkenaan.

Aku yang pulang selepas makan tengahari, maklumlah tidak terlibat sebagai perwakilan pada kali ini kerana memberi laluan kepada kawan-kawan yang merasakan inilah saat mereka untuk sama-sama memilih Ketua Bahagian yang baru seperti yang telah diputuskan oleh mesyuarat cawangan. Aku yakin 100% undi telah diberi kepada calon yang telah diputuskan dalam mesyuarat cawangan yang lalu oleh G7 cawangan aku.

Selepas resah menunggu akhirnya Alhamdulillah, undi dari 'floor' sekali lagi membuktikan calon bukan pilihan elit UMNO Jerai diberi undi sebagai tanda percaya dan yakin akan kebolehan beliau unutk memimpin UMNO Jerai.

Dalam topik ini hanya gambar akan aku d/loadkan. Manakala Keputusan keseluruhan akan aku nyatakan dalam topik khas. Mungkin juga aku sertai dengan video clipnya sekali.

Wajah yang tenang dan yakin
walaupun tiada lagi sebarang petunjuk yang jelas

Saat menantikan keputusan resmi dimana gambaran
kemenangan terserlah diwajah
Tuan Haji Fadzillah
yang kini menjadi Timbalan Ketua Bahagian
Begitu ceria sekali Naib Ketua Bahagian
ketika sessi awal bergambar bersama pemimpin
jelas menunjukkan ketenangan yang amat tinggi
dalam menyerap tekanan yang sengaja diadakan beliau.

Timbalan Pengerusi Tetap: Cikgu Marzuki


Kekanda Aziz Din, AJK yang mendapat undi tertinggi.
Wanita sentiasa dibelakang beliau, menyokong.


Ir Md Noor juga antara AJK yang mendapat undi tertinggi.
Beliau dari DUN Gurun.

Puteri sedang di'imam'kan oleh Ahmad Md Noh
yang mengekalkan kerusi AJKnya buat penggal ke2.
Seorang yang rajin bekerja.
Motto beliau ialah
'KUAT BEKERJA ADALAH PIDATO SAYA'


Wajah-wajah riang 'ORANG UMNO'
Harap Mohsien dah siapkan pantun 8 keratnya
bagi menjual balik!

Lagi wajah-wajah ORANG UMNO yang sedang berdebar
tetapi tenang serta ceria ketika menunggu saat-saat keputusan
jumlah pengundian dimaklumkan oleh Badan Penyelaras Mesyuarat.,
Salah seorang yang mendokong 'Berani Berubah' bersama-sama
'CORE UMNO' JeraiTenang , tetap tenang walaupun saat
pengumuman amat hampir


Sebaik sahaja diumumkan sebagai Ketua Bahagian!!!
Tetapi kenapa tidak dipanggil berucap dihadapan
'core UMNO' setelah sah beliau sebagai
Ketua Bahagian
oleh Pengacara majlis merangkap Pengerusi Tetap?

Wajah-wajah yang menunjangi motto Berani Berubah!!!
Awat Campaign Manager macam nak nyorok jer? Ape Cerr.....


Saudara Ikmal yang dilihat mesra dengan semua ahli UMNO
sebelum dan selepas diumumkan sebagai
Naib Ketua Bahagian.
Cuma suaranya lebih kuat sedikit berbanding sebelum ini, biasalah....
Semuga suaranya akan terus kuat
menggemakan kepentingan masyarakat Jerai
di UMNO Pusat kelak!!!

UNIT KAWALAN KHAS......tenang....


Kak Musaropah sedang menerima tahniah dari Datin Ramlah
atas kemenangan beliau sebagai AJK.
Fuhh kali ini 4 orang wanita menduduki kerusi AJK.
Suara wanita berharga diJerai!!!


Kenangan.........(I)


Kenangan (II)................


Suasana selepas selesai pengumuman
(atas dan bawah)


Hari ini adalah awal pagi 9hbNov2008. Aku baru balik dari meraikan Ketua Bahagian UMNO Jerai yang baru dipilih oleh perwakilan petang 8hbNov2008, yang keputusannya hanya diketahui secara rasmi pada pukul 11.45malam tadi. KBUJ yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Datuk Suhaimi bin Haji Abdullah yang mana perwakilan telah memberikan undi tertinggi berbanding seorang lagi calon, iaitu Dato' Dr. Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail.

Turut diraikan ialah TKBUJ, Tuan Haji Fadzillah bin Ali yang dipilih secara majoriti oleh perwakilan berbanding Saudara Ku Abd Razak bin Ku Ismail. Serta juga Saudara Ikmal bin Dato' Ismail yang juga diberi undi majoriti dengan defisit yang besar mengatasi undi yang diberi kepada seorang lagi calon, iaitu saudara Bahador bin Omar.

Semasa aku menaburkan perkataan bagi membentuk ayat ini, mungkin ramai yang telah mengetahui secara terperinci keputusan pemilihan kali ini termasuklah AJK dan G7.

Malangnya gambar-gambar yang aku ambil tidak dapat aku downloadkan pada masa ini, kerana kabel USB yang khusus untuk kamera cap ayam aku terlupa pula untuk aku bawa bersama.

Aku sebenarnya tidak mahu menggunakan perkataan kemenangan untuk menggambarkan senario tadi, namun aku juga tidak menjumpai perkataan yang lebih sesuai dari perkataan kemenangan untuk mewakili mereka yang terpilih untuk mengisi barisan kempimpinan tertinggi UMNO Jerai ini. Sebagai kesimpulannya itulah perkataan yang paling sesuai.

Kemenangan Datuk Suhaimi, Hj Fadzillah dan Ikmal memang boleh dijangkakan, namun aku tidak menjangka bahawa mereka semua akan diberi undi dengan defisit yang besar terutama Ikmal, memandangkan kempen yang amat sengit dilakukan oleh Saudara Bahador Omar, begiut juga kempen yang sengit juga berlaku terhadap Kerusi KBUJ dan TKBUJ. Apapun:

TAHNIAH!!!

Harus diingat oleh semua yang telah diberi kepercayaan oleh perwakilan kali ini bahawa kemenangan bukanlah penamat bagi segalanya, ianya hanyalah satu permulaan kepada agenda yang lebih utama, iaitu mengembalikan kerusi yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU yang lalu sambil mempertahankan kerusi yang telah dimenangi pada PRU tersebut pada PRU yang akan datang, iaitu PRU13.

Dan walaupun istilah menang tidak gemar aku gunakan bagi menggambarkan keputusan pemilihan berkenaan, aku harap mereka yang tidak terpilih tidak berasa seperti orang yang kalah, kerana anda juga mendapat undi(kepercayaan) dari perwakilan, namun jumlah yang anda dapat tidak melayakkan anda untuk menduduki kerusi-kerusi kepimpinan. Maka aku menyeru kepada Dato' Dr Ku Rahman yang juga ADUN bagi kawasan aku, iaitu DUN Guar Chempedak serta aku juga menyeru kepada Kekanda Ku Abdul Razak dan Kekanda Bahador agar segera kembali bertaut sebagai satu unit dalam UMNO kerana fokus selepas ini ialah merampas kembali kerusi DUN Sg Limau dan Parlimen dari tangan pembangkang. Ini penting supaya rakyat Jerai akan terus dapat menikmati pembangunan berterusan dari kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO sebagai teras dalam BN.

Dan aku sempat menyumbangkan idea kepada ketiga-tiga pemimpin berkenaan mengenai perlunya satu blog atau portal bagi menyalurkan secara terus (online) akan apa sahaja aduan serta masaalah berbangkit rakyat Parlimen Jerai secara keseluruhan tidak kira siapa mereka. itulah matlamat aku bagi membantu UMNO. Alhamdulilah, nampaknya gagasan aku ini diterima dengan amat positif dari mereka bertiga. Dan KBUJ menasihatkan aku agar memikirkan secara kolektif dengan mereka tentang format yang terbaik untuk melaksanakan gagasan itu. Gagasan ini telah lama aku rangkakan sebagai sumbangan aku kepada UMNO Jerai selaras dengan perkembangan dunia internet masa kini. Aku juga sempat mewar-warkan kepada ramai rakan-rakan yang selalu mengunjungi blog aku dengan harapan dapatlah mereka menyumbangkan bersama buah fikiran mereka bagi merealisasikan hasrat murni ini. Nasihat KBUJ itu kau terima dengan hati yang terbuka.

Kelangsungan dari idea itu aku juga merujuk dengan NKBUJ, Saudara Ikmal mengenai kempen memerangi keciciran murid-murid yang punya keinginan untuk meneruskan penimbaan ilmu, namun tersekat dek kerana kesempitan hidup, pergolakan rumahtangga, penyisihan keluarga dan gangguan sosial yang negatif. Kempen ini perlu dilakukan secara maya dan juga realiti secara serius. Dan Saudara Ikmal yang sentiasa proaktif dalam menangani isu keciciran murid ini bertepatan dengan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia menyambut dengan nada yang tegas akan perlunya diteruskan agenda ini, amatlah membanggakan aku yang dalam kategori marhien ini.

Aku yakin dengan gandingan mereka bertiga yang telahpun menunjukkan kewibawaan masing-masing dalam karier masing-masing bersama-sama ADUN Guar Chempedak dan ADUN Gurun agenda mengembalikan wakil rakyat dari BN kepangkuan rakyat Jerai pada PRU13 nanti akan diperkenankan, INSYAALLAH.

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Kerana

AKU SAYANG UMNO!!!

So, gambar esok pagi sajalah ye!!!!

GAMBAR INI DIAMBIL PADA SEBELAH PAGI, SEBELUM PENGUNDIAN UNTUK BAHAGIAN DIJALANKAN.




Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO