SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PESANAN AKHIR DI REMBAU OLEH KULIT PISANG

Posted by Detguaq Friday, November 7, 2008

Tadi semasa aku singgah di mykmu, aku di ajak bertandang keblog yang menyeru Pemuda Rembau yang akan bersidang nanti.


Pesanan akhir buat Pemuda Rembau - Moh pertahankan warisan budayo kito~ Malaysiakini

Cakap-cakap yang mengatakan bahawa Khiary akan dimalu kan di Rembau telah bermain seawal pencalonan berjalan lagi, khabar angin mengatakan Khairy akan kalah telah disebarkan oleh penyokong Mukhriz untuk melemahkan pengaruh Khairy di Rembau, tidak hairan lah jika wakil-wakil Mukhriz telah hampir seminggu berkampung di Rembau untuk mengebom Pemuda Rembau bagi memalukan Khairy Jamalludin. Minggu ini pemuda Rembau akan mengadakan mesyuarat mereka. Semua mata kini tertumpu di Rembau .

Komen:

Ramai juga penyokong Mukhriz diRembau rupanya..... siap ada bom lagi. Hisshh.. patutpun mereka yang pro kj ni macam cacing kepanasan. Cacing-cacing ni aku sarankan pi kursus ternak cacing lagi baik, boleh tambah pendapatan.

Melalui pemuda tempatan yang tewas tanpa bertanding Sdr Azman Mohd Sah yang juga merupakan kroni kuat kepada Mukhriz malahan adalah pemuda yang ditaja oleh Mukhriz mereka telah berkampung beramai-ramai untuk memastikan Khairy Jamaluddin tidak akan mendapat pencalonan dan sebaliknya mencalonkan Mukhriz di kubu Khairy.

Komen:

Ini kenyataan apa ni? Siapa yang taja siapa? kj atau DMM? Aku dengar kjlah yang banyak menaja calon, sebaik sahaja dihadiahkan kerusi Naib Ketua Pemuda anpa perlu bersusah payah, atas platformnya sebagai menantu pm. Hisshh..... Awat? Dulu ada dengar DMM pasang angan-angan nak jadi KPUM ka? Kalau tak kerana kemelut yang melanda mungkin dia hanya mahu berkhidmat setakat Exco dulu kemudian tu barulah fikir step yang seterusnya, bukan macam kj yang berangan kuat nak jadi pm termuda, tu yang hemoi minta kerusi NKPUM. Yang depa dok diatas tu ingat kerusi-kerusi penting tu boleh dibagi macam tu saja ka? Inilah NATIJAHNYA bila bagi kat orang yang gila kuasa dan gila pangkat tanpa melalui 'acid test' dulu. Dah tu guna modus operandi cara anwar berahim dulu, iaitu dengan memberi habuan tak habih makan kat KPUN-KPUN serta KPUB-KPUB melalui projek-projek kerajaan. Taja konon....

Kempen ini adalah kempen yang paling kotor dengan satu niat mahu mengaibkan Khairy Jamalludin.Azman seorang ejen insuran kini sungguh mewah dan ada juga desas - desus bahawa sebahagian dari budget yang diturunkan oleh Mukhriz telah selamat dalam tabung Azman dan perwakilan hanya menerima suku dari budget yang diterima, Mujurlah ramai ejen -ejen lain yang turun dan secara terang-terangan mereka bercerita dan mengira keuntungan sesama sendiri,

Komen:

Kempen kotor telahpun bermula lama dahulu oleh kj dimana dia bersama-sama konco-konconya cuba menjadi pencatur utama dalam PRU dahulu sehingga BN/UMNO diserang Tsunami. Bab niat tu bukan sahaja diRembau, malah dikebanyakan bahagian memang mahu melihat bukan kj yang menerajui PUM nanti. Yang pastinya bukan kj, tetapi calon yang lain. Setakat desas-desus, aku juga boleh buat ayat yang sama menggunakan perkataan desas-desus, misalnya begini, " Penulis blog yang menggunakan nick kulit pisang telah tertomoih kerana terpijak kulit pisang yang telah dibuang oleh beliau sendiri selepas memakan pisang berangan sambil berangan-angan menjadi setpol kepada bakal perdana menteri termuda diMalaysia, mengikut desas-desus yang hingaq kedengaran sekarang ini"

Kempen jahat ini lebih teruk dari kempen pilihan raya umum yang ke12 dahulu. Apapun yang berlaku di Rembau , diharap pemuda Rembau akan dapat mempertimbangkan dengan waras dan di harapkan mereka tidak meletakkan diri mereka di tempat pemuda yang tidak bermoral , apakah kita mahu melihat anasir luar datang merosakan keharmonian kampung kita. Tolak mereka , mereka datang hanya dengan satu niat yang jahat mahu memalukna ketua dan membuat kita kucar kacir, apa guna kita m enang sorak tapi kampung tergadai. Pepatah Negeri Sembilan ada menyatakan bahawa , biar mati anak jangan mati adat. Begitulah kuatnya orang-orang dahulu mempertahankan maruah mereka, maruah anak Negeri Sembilan.
Jangan jadi pemuda yang dayus sanggup mengadai maruah kerana wang ringgit, Jika mereka berikan wang ringgit , ambil lah (satu ajaran yang boleh menjerumuskan pemuda rembau kejurang yang amat hina), rezeki jangan ditolak namun maruah jangan di khianati. Orang-orang di Rembau dahulu sanggup mati kerana bopak kepala yang merupakan kepala suku. Orang negeri sembilan sememangnya terkenal dan kuat berpegang kepada adat, Bererti orang negeri sembilan begitu taat kepada pemimpin dan kukuh kepada setiakawan . Fikir lah semasak-masaknya dan mari lah kita sama-sama menolak pengkhianat dalam kelompok kita. Jangan biarkan wang ringgit merogol adat dan setiakawan(setia kat wang?) kita yang telah kita warisi dari nenek moyang kita dahulu, Bersatu kita teguh dan berpecah kita roboh. Adat pepatih setio pado ketuo. Biarlah orang kito yang monang , yang untung pun , awak gak bukan orang lain, orang tu datang buek kacau , lopeh tuh dio balik lah.(Apa? Ingat ni fun-fair ke? siapapun yang menang, tanggungjawab sebagai KPUM tetap dan wajib dilaksanakan dimana sahaja cawangan UMNO berada!!!) Yang malu kito , yang rugi pun kito . yang ketawo diorang , yang diketawakan , kito. Jangan lah bingai(takkanlah sampai gitu sekali Pemuda Rembau sekiranya memilih DMM?) sangat.(Orang UMNO yang cerdik tidak kira dimana mereka berada ialah yang dapat melihat gelombang perubahan yang sedang melanda secara menyeluruh, bukan memandang dari sisi kedaerahan atau kenegerian).

Kalau kito monang , yang handa kito , yang kuek pun kito . (Ini bukan persoalan kita diRembau sahaja, tetapi kita sebagai ahli UMNO secara keseluruhan!!!)

Cukuplah apa yang terjadi dengan Puteri UMNO Bahagian Rembau yang tidak mencalonkan Bibi, cukuplah Puteri Rembau dipersenda kan di seluruh Malaysia sebagai Puteri yang tidak matang. Bila sebut sahaja Puteri Rembau semua orang akan tersenyum . Puteri Rembau telah membuktikan pepatah yang popular di rembau satu ketika dahulu sememangnya benar - “Rombau sorombau -rombounyo. pakung Soadolah” Maksudnya orang Rembau sebenarnya berpekung(INI ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP KEINTELKTUALAN PUTERI REMBAU!!! TAHNIAH PUTERI REMBAU YANG TELAH MENZAHIRKAN APA ITU DEMOKRASI). Marilah kita nafikan peribahasa ini dan marilah kita sama-sama menaikkan moral Pemuda Rembau dan mereka sebenarnya adalah pemuda yang tidak boleh dijual beli, biar kito kobulur , namun maruah bangso , maruah anak nogori jangan di gadai(HE HE HE...MATI KABULO? BOREK BONA UGUTAN NIH!). Adat pepatih mengajar kito taat pado pemimpin(yang ADIL dan ikhlas). Hidup Pemuda Rembau. Salam Perjuangan - tolong sebarkan . Di izinkan untuk copy dan paste tulisan ini bagi kegunaan mana-mana laman web.- terimakasih kepada blogger kulit pisang yang memberi kebenaran.

Oleh : Along (Anak Jati Rantau) KPMU

Aku dah komen sikit kat mana yang perlu.

Lagi satu pasal banner blogger ni macam orang yang sedang pegang molotov kotel.......ini isyarat yang bahaya ni. kj patut menjauhkan diri dari penyokong yang begini. Penyokong seperti ni boleh diibaratkan "Sokong membawa REBAH!"

0 Responses to PESANAN AKHIR DI REMBAU OLEH KULIT PISANG

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO