Dua tiga hari ni hingaq sunggh pasai debat. Semua org dok berdebat pasai debat. ada yang berdebat kata debat tu baguih, ada pula yang dok debat bahawa debat tu akan menimboikan kesan negatif jangka panjang.
Tapi bagi akulah, yang si kj ni dok kalut nak berdebat sesama calon ni pasai apa? Dan kerana isu debat ini menarik minat aku, maka akupun berdebatlah dengasn jari aku agar mengoogle kisah debat si kj. Ropa-ropanya dia hanya berani berdebat dalam seghon dia saja. Kalu diluaq seghon dia seghot, ghmepon, khekot habih. Lari ghesap ghuyub bila orang luar spt pembangkang ajak berdebat.
Aku dapati dia dua kali tolak ajakkan untuk berdebat dengan Adlan Benan(telah meninggal) dan juga refuse untuk berdebat dengan beberapa tokoh pembangkang yang lain(rujuk:abitw). Hah! Sepatutnya dengan mereka inilah yang kamu kena berdebat!!! Bukan dok hingaq dalam gheban sendiri. Nanti gheban tu gheban sungguh baru hang tau!!! So! Kalu lari dari berdebat dengan depa-depa tu tak pengecut la? Dan aku amat malu apabila mykpmu(saing mykmu yang ditendang keluar oleh kj dari pwtc)menconteng muka DMM, kalau setakat blog persendirian tu aku tak heranlah, ini portal yang dinaungi oleh UMNO(baca: Kj)boleh buat lagu tu. Sapa yang mula main kotor?
Lagi pula kalau setakat nak habaq rancangan bila dah jadi ketua pemuda, manifestopun boleh, forum pun boleh, apa-apapun boleh, tapi janganlah dok merancang sehingga lupa adap! Hishamudin tu masih lagi Ketua Pemuda. Kalau tak mau Hishamudin tu lagi, kj oiii!!! Hang kenalah suruh paklah tu percepat tarikh PAU, tok sah dok tunda lagi, lagi lamalah Hishamudin tu akan jadi Ketua Pemuda. Apa punya gopoh, apa punya loqlag, apa punya tamak, apa punya tema'a, apa punya apa punya apa punya......
Dah acap kali kj melangkah kepala Hisham dalam aktiviti pemuda UMNO. Sapapun nampak betapa Kaduk ni suka benar naik junjung, walaupun sirih tak suruh, walaupun junjung tak jemput. lagi hang dok sebut pasai mengetuai jentera p/raya kecil, lagi meluat aku dengar...track record konon. TRACK RECORD KADUK!!!
La ni orang tak dengaq rekod dah haih, orang dengaq cd, mp3, mp4. Jadi kena ada track cd ka track mp3 ka atau yang sewaktu dengannya....
Semuga perwakilan yang sudah dan akan menetapkan hati memilih selain dari kj akan teruskan niat anda dala menolak kj.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to DEBAT BEDEBAH!