SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

LOBI DENGAN PELBAGAI TAKTIK

Posted by Detguaq Thursday, November 6, 2008

Shahidan bayar tunggakan KWSP


Shahidan Kassim keluar dari pejabat KWSP Perlis di Kangar, semalam setelah mengadakan perbincangan mengenai tunggakan caruman pemain- pemain bola sepak negeri itu.
- Bernama


KANGAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim akan membayar tunggakan caruman pemain negeri itu kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM900,000 secara ansuran selama dua tahun bermula bulan ini.

Difahamkan, jumlah tersebut merupakan tunggakan bayaran caruman PFA bermula September 2005 sehingga Ogos tahun ini.

Beliau juga akan menggunakan wang simpanan KWSP miliknya sebagai jaminan peribadi sekiranya gagal melangsaikan tunggakan dalam tempoh tersebut.

Shahidan berkata, persetujuan itu telah diterima oleh KWSP selepas mengadakan perbincangan.

"Mereka meminta agar PFA mengemukakan surat cadangan dan pembayarannya akan bermula bulan ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Menurut Shahidan, jika beliau gagal membayar dalam tempoh dua tahun seperti yang ditetapkan, pihak KWSP boleh menggunakan wang daripada akaun KWSP miliknya.

''Kalau perlu wang KWSP saya boleh dikeluarkan dan saya akan menggunakan elaun saya yang ada untuk tampung pembayaran ansuran bulanan itu.

''Dalam tempoh itu jika Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ingin memberikan sedikit bantuan saya rasa tunggakan ini dapat diselesaikan dalam masa lebih cepat," katanya.

Pertemuan telah diadakan antara Shahidan dengan Ketua Cawangan KWSP Perlis, Mahmud Shauqi Ahmad dan Pengurus Penguatkuasaan KWSP Perlis, Mohd. Termizi L. Karim di pejabat KWSP, di sini.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Shahidan bersetuju untuk mengutus surat memohon bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyelesaikan masalah tunggakan caruman PFA kepada KWSP.

Shahidan memberitahu, beliau sedikit kecewa kerana ketika pasukan Perlis yang berada di bawah pengurusan PFA menjulang Piala Malaysia ramai pihak yang menunjuk muka dan bersama-sama menjulang piala tersebut.

''Apabila berlaku begini, tidak ada siapa yang ingin membantu kecuali Menteri Belia dan Sukan dan kemungkinan selepas ini Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin juga akan menghulurkan bantuan.

''Selepas ini saya akan memberi perhatian terutama dalam menyelesaikan tunggakan gaji pemain selama dua bulan bagi membolehkan mereka lebih bersemangat untuk berlatih dan menjulang Piala Malaysia," ujarnya.

Menurut Shahidan, beliau mahu pemain tahu sukan bola sepak di Malaysia tidak akan mantap jika tanpa pengorbanan untuk meningkatkannya.

''Kalau pengurusan dan mana-mana pihak sanggup berkorban untuk meningkatkan mutu bola sepak negara, maka saya percaya ia boleh berjaya.

''Ini juga sebahagian daripada strategi dan matlamat untuk menjulang Piala Malaysia tahun ini. Cuma saya ingin memberitahu negeri jiran (Kedah), kami akan menjulang Piala Malaysia tahun depan," jelasnya.

Beliau juga percaya negeri lain banyak berhutang dengan KWSP, cuma mereka mengambil tindakan tidak mahu menghebohkan perkara tersebut.

Dari Utusan.


Kalau dilihat sepintas lalu oleh peminat sukan, ia hanyalah satu berita dalam kemelut sukan bolasepak negara. Tetapi jika dilahat dari sudut politik, maka ianya telah berjaya dijayakan dengan jayanya oleh watak utama dalam membantu 2 lagi calon yang sedang dalam penawaran diri. SiShidan tu nak bertanding MTY, macam gak dengan Sabri Bera. sorang lagi tu nak bertanding KPUM. Yang aku heran tu caruman tu tak dimasukkan sejak 2005, huih...lama tu. Awatnya dibiarkan dengan begitu lama, tak dak duit sungguh-sungguh ka samapai nak kena guna duit kwsp peribadi sebagai jaminan? Bunyinya macam baguih kalu denganq sekali lalu. Kalau renung balik pelan-pelan, tahun 2005 Shidan masih lagi MB. takkan dia tak sedar keadaan tu? kalau masa jadi Jora boleh istihar pemberian bonus, takkanlah caruman tak boleh dibuat? Atau saja-saja jer....maklumlah masa tu ada kosa dineghi....sapa berani kata apa. Dan tak salah aku dia dah jadi Presiden PFA ni dah lama dah. Dan acap kali aku dengaq ramai orang yang dok sumbang kat PFA tiap-tiap tahun, terutamanya dari GAPURA, serta lain-lain kumpulan perniagaan yang berkepentingan. Mana pergi duit-duit sumbangan tu? Atau telupa nak bayaq caruman kot? Telupa ni kira biasa lah.....

Dan mengenai mohon bantuan dari kementerian tertentu tu aku kira sesuailah kalau dah betul-betul dah tak dak duit, tetapi yang nak mohon dari kj tu pasai apa? dia Naib saja. Mohon teruslah dari FAM. Awat tak kata nak mohon bantuan dari FAM saja, kenapa perlu sebut nama orang tertentu, awat FAM tak dak Presiden ka? Teringat aku perangai dalam Pemuda UMNO dimana dalam hal-hal tertentu, Naib dia yang terlebih sudu dari kuah. Seolah-olah tak ada Ketua Pemuda atau Ketua Pemuda tak tahu nak mengetuai sesuatu event tu. Awat la ni dah merebak dalam FAM pulak ka?...... Kalau kementerian sukan tu kita fahamlah, pasai Ismail Bera tu adalah menteri dia, takkan nak pi jumpa Timbalan Menteri Sukan pula??? Nampak tak perbezaan tu?

2 Responses to LOBI DENGAN PELBAGAI TAKTIK

  1. ada udang sebalik batu rupenyer....heh...patut la bahagian arau (mp dia adik shahidan) pi calon kj...rupanya ada habuan yg ditawarkn si kj utk abang idan.....mangkuk2 ayun macam ni la yg melingkup umno lagi ni....tarak suci punya wolang...ciss

     
  2. Itulah apa yang hendak digambarkan kepada generasi TUA dalam UMNO kepada generasi muda Malaysia.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO