SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

MALAM LAPAN NOBEMBA

Posted by Detguaq Sunday, November 9, 2008

Hari ini adalah awal pagi 9hbNov2008. Aku baru balik dari meraikan Ketua Bahagian UMNO Jerai yang baru dipilih oleh perwakilan petang 8hbNov2008, yang keputusannya hanya diketahui secara rasmi pada pukul 11.45malam tadi. KBUJ yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Datuk Suhaimi bin Haji Abdullah yang mana perwakilan telah memberikan undi tertinggi berbanding seorang lagi calon, iaitu Dato' Dr. Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail.

Turut diraikan ialah TKBUJ, Tuan Haji Fadzillah bin Ali yang dipilih secara majoriti oleh perwakilan berbanding Saudara Ku Abd Razak bin Ku Ismail. Serta juga Saudara Ikmal bin Dato' Ismail yang juga diberi undi majoriti dengan defisit yang besar mengatasi undi yang diberi kepada seorang lagi calon, iaitu saudara Bahador bin Omar.

Semasa aku menaburkan perkataan bagi membentuk ayat ini, mungkin ramai yang telah mengetahui secara terperinci keputusan pemilihan kali ini termasuklah AJK dan G7.

Malangnya gambar-gambar yang aku ambil tidak dapat aku downloadkan pada masa ini, kerana kabel USB yang khusus untuk kamera cap ayam aku terlupa pula untuk aku bawa bersama.

Aku sebenarnya tidak mahu menggunakan perkataan kemenangan untuk menggambarkan senario tadi, namun aku juga tidak menjumpai perkataan yang lebih sesuai dari perkataan kemenangan untuk mewakili mereka yang terpilih untuk mengisi barisan kempimpinan tertinggi UMNO Jerai ini. Sebagai kesimpulannya itulah perkataan yang paling sesuai.

Kemenangan Datuk Suhaimi, Hj Fadzillah dan Ikmal memang boleh dijangkakan, namun aku tidak menjangka bahawa mereka semua akan diberi undi dengan defisit yang besar terutama Ikmal, memandangkan kempen yang amat sengit dilakukan oleh Saudara Bahador Omar, begiut juga kempen yang sengit juga berlaku terhadap Kerusi KBUJ dan TKBUJ. Apapun:

TAHNIAH!!!

Harus diingat oleh semua yang telah diberi kepercayaan oleh perwakilan kali ini bahawa kemenangan bukanlah penamat bagi segalanya, ianya hanyalah satu permulaan kepada agenda yang lebih utama, iaitu mengembalikan kerusi yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU yang lalu sambil mempertahankan kerusi yang telah dimenangi pada PRU tersebut pada PRU yang akan datang, iaitu PRU13.

Dan walaupun istilah menang tidak gemar aku gunakan bagi menggambarkan keputusan pemilihan berkenaan, aku harap mereka yang tidak terpilih tidak berasa seperti orang yang kalah, kerana anda juga mendapat undi(kepercayaan) dari perwakilan, namun jumlah yang anda dapat tidak melayakkan anda untuk menduduki kerusi-kerusi kepimpinan. Maka aku menyeru kepada Dato' Dr Ku Rahman yang juga ADUN bagi kawasan aku, iaitu DUN Guar Chempedak serta aku juga menyeru kepada Kekanda Ku Abdul Razak dan Kekanda Bahador agar segera kembali bertaut sebagai satu unit dalam UMNO kerana fokus selepas ini ialah merampas kembali kerusi DUN Sg Limau dan Parlimen dari tangan pembangkang. Ini penting supaya rakyat Jerai akan terus dapat menikmati pembangunan berterusan dari kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO sebagai teras dalam BN.

Dan aku sempat menyumbangkan idea kepada ketiga-tiga pemimpin berkenaan mengenai perlunya satu blog atau portal bagi menyalurkan secara terus (online) akan apa sahaja aduan serta masaalah berbangkit rakyat Parlimen Jerai secara keseluruhan tidak kira siapa mereka. itulah matlamat aku bagi membantu UMNO. Alhamdulilah, nampaknya gagasan aku ini diterima dengan amat positif dari mereka bertiga. Dan KBUJ menasihatkan aku agar memikirkan secara kolektif dengan mereka tentang format yang terbaik untuk melaksanakan gagasan itu. Gagasan ini telah lama aku rangkakan sebagai sumbangan aku kepada UMNO Jerai selaras dengan perkembangan dunia internet masa kini. Aku juga sempat mewar-warkan kepada ramai rakan-rakan yang selalu mengunjungi blog aku dengan harapan dapatlah mereka menyumbangkan bersama buah fikiran mereka bagi merealisasikan hasrat murni ini. Nasihat KBUJ itu kau terima dengan hati yang terbuka.

Kelangsungan dari idea itu aku juga merujuk dengan NKBUJ, Saudara Ikmal mengenai kempen memerangi keciciran murid-murid yang punya keinginan untuk meneruskan penimbaan ilmu, namun tersekat dek kerana kesempitan hidup, pergolakan rumahtangga, penyisihan keluarga dan gangguan sosial yang negatif. Kempen ini perlu dilakukan secara maya dan juga realiti secara serius. Dan Saudara Ikmal yang sentiasa proaktif dalam menangani isu keciciran murid ini bertepatan dengan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia menyambut dengan nada yang tegas akan perlunya diteruskan agenda ini, amatlah membanggakan aku yang dalam kategori marhien ini.

Aku yakin dengan gandingan mereka bertiga yang telahpun menunjukkan kewibawaan masing-masing dalam karier masing-masing bersama-sama ADUN Guar Chempedak dan ADUN Gurun agenda mengembalikan wakil rakyat dari BN kepangkuan rakyat Jerai pada PRU13 nanti akan diperkenankan, INSYAALLAH.

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Kerana

AKU SAYANG UMNO!!!

So, gambar esok pagi sajalah ye!!!!

1 Responses to MALAM LAPAN NOBEMBA

  1. Assalamualaikum...

    Saja datang melawat blog para sahabat...

    Selamat Berjuang!

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO