SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

MENEGAK KABEL BASAH?

Posted by Detguaq Friday, November 28, 2008

Petikan dari chedet.com:


“RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK”

| Permalink | Comments (518) | TrackBacks (0) | Previous Blog

1. Saya bersetuju dengan pendapat Dato Seri Najib Tun Razak bahawa usaha membanteras politik wang perlu keazaman politik.

2. Soalnya - keazaman politik siapa?

3. Apakah keazaman politik mereka yang ingin dicalonkan dan sudah hulur wang sogokan?

4. Apakah keazaman pemimpin UMNO untuk lihat UMNO bersih daripada politik kotor?

5. Jika pemimpin yang perlu banteras, yang mana satukah pemimpin yang perlu berazam; pemimpin cawangankah, bahagian, Majlis Kerja Tertinggi atau Presiden parti?

6. Saya akui di masa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pun sudah ada politik wang.

7. Ia amat ketara semasa saya dan Tun Ghafar Baba dicabar pada tahun 1986.

8. Walaupun saya dapat pencalonan yang terbanyak (70 peratus) tetapi saya menang dengan kelebihan undi hanya 43 sahaja. Jelas perwakilan tidak undi ikut pencalonan oleh Bahagian.

9. Untuk mengelak perwakilan dipengaruhi semasa bersidang maka perlembagaan dipinda supaya 10 undi bonus diberi apabila dicalon oleh Bahagian.

10. Malangnya ada calon yang berjaya mendapat begitu banyak pencalonan sehingga lawannya terpaksa tarik diri.

11. Lepas itu dibatalkan undi bonus dan diganti dengan kuota 30 peratus bagi jawatan Presiden dan peratusan tertentu bagi jawatan-jawatan lain.

12. Dalam pencalonan untuk pemilihan kali ini ternampak jelas yang kuota tidak berjaya membanteras politik wang.

13. Ya, memang pun semasa saya dahulu sudah ada politik wang.

14. Tetapi peristiwa sogokan secara terbuka dan besar-besaran sehingga ramai dalam masyarakat pandang jijik akan politik UMNO tidak berlaku dahulu.

15. Tidak pernah terjadi yang Presiden parti didakwa terlibat dengan politik wang melalui laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah.

16. Tidak pernah Lembaga Disiplin parti menerima sehingga 900 laporan berkenaan politik wang.

17. Tidak pernah BPR terima banyak laporan rasuah untuk pencalonan bagi jawatan dalam UMNO.

18. Membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran.

19. Sesungguhnya hari ini di mana-mana juga rakyat bercakap berkenaan rasuah dalam pencalonan kepimpinan UMNO. Ini tidak berlaku dahulu.

20. Juga dahulu rakyat tidak pernah tolak sebahagian besar calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 seperti yang berlaku pada pilihanraya umum 2008. Jika rasuah dahulu tidak berbeza dengan sekarang kenapakah BN menang majoriti 2/3 tiap pilihanraya umum dari tahun 1982-1999?

21. Dahulu rakyat/pengundi tidak anggap UMNO sebagai parti pimpinan perasuah seperti hari ini.

22. Kerana tidak suka pada kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN sudah ditolak di lima buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Hari ini bukan Presiden sahaja yang dianggap tidak layak, tetapi seluruh kepimpinan UMNO tidak disukai dan tidak dianggap layak memimpin negara kerana pencalonan mereka adalah hasil sogokan oleh mereka. Memilih mereka bermakna memilih perasuah untuk mendirikan Kerajaan. Masyarakat yang mana yang mahu terima Kerajaan perasuah?

23. Ramalan saya ialah UMNO akan kalah teruk pada pilihanraya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum.

24. Yang memberi kemenangan kepada calon-calon UMNO dahulu ialah undi ahli bersama dengan penyokong luar, penyokong bukan UMNO. Jangan fikir hanya dengan undi ahli UMNO sahaja kemenangan akan diperolehi.

25. Dalam pilihanraya umum ke-12 ramai ahli UMNO-pun tidak undi calon BN. Dan amat ramai daripada penyokong-penyokong (bukan ahli) UMNO yang undi parti lawan. Itulah yang memberi keputusan yang buruk bagi BN dalam pilihanraya umum ke-12.

26. Ingatlah kelebihan undi bagi calon UMNO yang menang tidak sebesar dahulu. Jika hanya separuh lebih sedikit daripada kelebihan kecil ini berpaling tadah dan mengundi parti lawan UMNO akan kalah dimana dahulu ia menang.

27. Mereka yang ghairah menggunakan wang untuk dicalon oleh bahagian harus ingat jika parti UMNO kalah, kemenangan jadi pemimpin UMNO tidak bermakna. Lihat ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor dan mereka yang dicalon bertanding pilihanraya umum ke-12. Di mana mereka?

28. Jika BN kalah, Presiden UMNO tidak akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin UMNO jika menang pun tidak akan jadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan lain-lain dan ketua-ketua bahagian tidak akan dapat kontrak dan lain-lain.

29. Lebih buruk lagi UMNO akan hancur. Pengasas-pengasas UMNO akan kutuk mereka yang kerana tamak telah musnahkan UMNO.

30. Orang yang terkenal menyogok wang untuk jadi pemimpin UMNO, jika mereka dipilih akan menyebabkan UMNO ditolak dalam pilihanraya umum.

31. Rakyat tahu siapa mereka walaupun sukar bagi mendapat bukti yang mereka ini adalah perasuah.

32. Perwakilan UMNO yang menerima sogokan dan memilih orang yang dikenali sebagai perasuah, harus ingat apabila mereka memilih orang ini, mereka sebenarnya mengkhianati bangsa, agama dan negara hanya kerana sedikit wang yang akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang.


Dan ini pula rentetan komen dari penulis dalam satu forum di mykmu :

*Tulisan berwarna hijau adalah komen saya

Assalamualaikum,

Setelah membaca 18 muka komentar dalam tajuk ini, saya fikir saya perlu mengulas beberapa perkara.

1. saya tidak nampak artikel yang tersiar merupakan serangan terhadap mana-mana calon dalam pemilihan UMNO kali ini. Sebaliknya jelas artikel tersebut meminta Tun agar tidak menyerang mana-mana calon dalam pemilihan UMNO kali ini.

Bagaimana dengan perenggan yang berbunyi:

Jika ahli UMNO membuat keputusan demikian tentulah kita juga tertanya-tanya apakah Muhyiddin, Hishamuddin dan Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak tidak memberi sebarang wang, jamuan, janji projek, jawatan dan juga menggunakan pengaruh kawan, sepupu dan bapa masing-masing?

Jika demikian bagaimana pula mereka boleh mendakwa UMNO ini penuh dengan ahli yang mengundi berdasarkan wang?

Sungguh halus ayat disusun sehingga perlu dibaca berulangkali bagi memahami kemana laras sumpitan beracunkan provokasi dihalakan….. Nah bandingkan pula kenyataan TDM yang tidak langsung menyentuh mana-mana namapun sepanajng artikel beliau yang berjumlah 32 perenggan itu kecuali nama DSNTR, TunGB dan bakal mantan pm iaitu paklah. Bandingkan pula dengan tulisan ala menegakkan benang basah ini secara keseluruhan. Adakah nama-nama mereka ini sedang bertanding sebagai calon dalam mana-mana jawatan? Maka disini TDM telahpun mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh sdr kadiology selaku Brigade Commander WP dalam thread yang bertajuk “Larangan Menyokong/Memaki Calon2 UMNO di dalam KMU

*Kalau Penaung mykmu.net boleh akur dengan arahan orang yang dibawah beliau dalam heiraki walaupun menulis dalam blognya sendiri kenapa pula mereka yang menjunjung beliau sanggup menelan kahak berbau hanyir mereka?*

2. Tindakan Tun mendakwa calon-calon Timbalan presiden yang mendapat pencalonan lewat sebagai menggunakan wang untuk mendapat sokongan bukan sahaja tidak wajar malah merupakan satu serangan ke atas calon tertentu. Apakah ini satu bentuk pertandingan yang sihat dalam UMNO?

Apakah ini bermakna calon-calon yang mendapat pencalonan awal tidak mengeluarkan sesen wang pun? Janganlah buat lawak.

Kita boleh berhujah jika Tun buat tuduhan tidak benar maka samanlah beliau di mahkamah. Bukankah alasan yang sama digunakan oleh mereka yang menuduh Tun dahulu?
(Ini lagi satu kenyataan berbau politik…..sekadar untuk menghalakan pemahaman pembaca jauh dari isu sebenar!)

Siapa yang bertanding dan siapa yang memberi komen? Adakah orang yang memberi komen itu turut bertanding? Dan seperti kebanyakan forumers yang memberi respon, jika mereka-mereka itu tidak mengamalkan rasuah politik, mengapa harus melatah, dan kenapa pula latahan itu perlu disalurkan melalui orang ketiga yang juga tidak bertanding apa-apa jawatan? Apakah benar ujudnya orang ketiga ini atas tiket menyelamatkan UMNO atau menyelamatkan calon-calon tertentu seperti beliau dakwa terhadap TDM?

Dan pernahkah selama ini TDM buat lawak mengenai keseriusannya menentang rasuah politik ini? Kalau kenyataannya secara sinis memang ada dan memang mengundang ketawa, tetapi bukan kerana ianya satu suasana yang lawak, tetapi suasna yang pedih menghiris yang menyebabkan sesiapa yang terkena malu untuk menangis lalu memilih untuk ketawa walaupun pahit.

PERHATIAN: MENGGELUARKAN ATAU MENGGUNAKAN WANG UNTUK MENGGERAKKAN JENTERA BERKEMPEN ADALAH KEPERLUAN. MANAKALA MENGGUNAKAN WANG UNTUK MEMBELI UNDI ATAU WANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUBAH PENDIRIAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH PERWAKILAN BAHAGIAN YANG DILANTIK BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERBEZA DENGAN KEPUTUSAN PERWAKILAN DIBAHAGIAN, ITULAH YANG MENJADI KERISAUAN SEBAHAGIAN BESAR AHLI UMNO!!! INI YANG PERLU KITA TAHU MEMBEZAKAN KEDUDUKAN SEBENAR WANG. KEPERLUAN ATAU RASUAH?

3. Saya terima hakikat apabila menulis sedemikian saya akan dituduh sebagai telah dibeli, mementingkan perut dan juga menjadi alat kepada calon tertentu.Hairannya, ketika yang saya bermati-matian membela Tun menentang Pak Lah tidak pula dituduh perkara yang sedemikian.
Sudah gaharu cendana pula. Membela UMNO selaras atau seiring dengan suara dan idea TDM adalah perbezaannya. Menentang paklahpun bukan kerana peribadinya, tetapi kerana polisinya. Adakah selama ini penulis menulis menyerang peribadi paklah, bukan paklah sebagai perdana menteri dan polisi-polisinya? Penulis kena merenung kembali tulisan-tulisan dalam blog beliau dari seawal artikelnya yang pertama dan membandingkannya dengan tulisannya yang akhir-akhir ini. Jadi kemana dan dimanakah arah sebenar tulisan-tulisan beliau yang terdahulu? Peribadi atau Pertubuhan?

4. Saya menulis untuk keadilan semua calon yang bertanding. Adalah tidak manis dan wajar seorang negarawan seperti Tun memberi isyarat yang salah kepada orang ramai. Adalah juga tidak wajar Tun dilihat cuba memberi advantage kepada calon tertentu. Saya tidak fikir artikel tersebut menyerang Datuk Mukhriz mahu pun Tan Sri Muhyiddin.

Saya hanya mempertahankan hak calon-calon lain yang telah dipilih oleh Mesyuarat UMNO Bahagian untuk bertanding.

Sebaliknya jika diteliti secara jujur Tun lah yang menyerang calon-calon tertentu.


Fuhh…Sound very noble but behind the curtain? Pada aku ada dua sisi sahaja tujuannya dalam tulisan TDM berkaitan tajuk

RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK”

Ya, hanya dua sisi sahaja, politik tanpa rasuah dan politik dengan rasuah. Jadi disisi mana mereka yang bertanding berada, itulah yang perlu pembaca-pembaca nilaikan. Tun tidak beri isyarat yang salah. Yang salah ialah orang yang membaca isyarat itu dengan cara yang salah kerana hati mereka ‘gelap’ dari menerima cahaya kebenaran. Jadi keadilan semua calon yang bertanding pada sisi mana yang penulis hendak pertahan?

Kenapa pula kajian anda atau sekutu anda terhadap tulisan secara umum oleh TDM dilihat memberi advantage atau disadvantage kepada calon-calon tertentu? Adakah calon-calon tertentu yang berada dalam keadaan ‘perfect target’ sehingga menimbulkan ‘dementia delusion’ kepada mereka?

5. Kepada rakan-rakan yang memperli kononnya siapa yang makan cili terasa pedas, saya fikir saudara berada dalam keadaan utopia. Seperti Tun, saya juga boleh menulis mengenai penggunaan wang oleh idola saudara. Jangan kerana saudara tidak nampak maka orang lain juga tidak tahu. Tapi apakah itu akan membantu memulihkan UMNO?

Tiada kaitan dengan saya.

Benarlah kata pepatah panas setahun dihapuskan hujan sehari. Hanya kerana satu artikel yang mengkritik pandangan Tun maka saya dianggap menjual kepentingan agama, bangsa dan parti. Jika itu anggapan saudara/i saya redha.

Mengkritik pandangan Tun tidak salah, tapi selayaknya bairlah tiada nama calon yang bertanding disebutkan secara jelas lagi terang dan disuluh lagi. Bandingkan kritikan Tun dan Kritikan anda, Tun hanya tulis nama mereka yang menang tidak bertanding dan yang tidak bertanding , jika merujuk tajuk dibawah:

“RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK”

Menjadi kehairan juga kepada saya dalam mengkritik pandangan Tun, kenapa DSNTR juga dikaitkan dengan keputusan beliau yang menang tidak bertanding, yang nampaknya pada saya sepeti orang yang kurang senang dengan DSNTR (ini andaian saya sahaja)? Lihat perenggan dibawah:

Najib bercakap mudah kerana beliau menang tanpa bertanding. Memang mudah bercakap kerana berapa banyak Ketua Bahagian yang sudah mengidam projek dan sebagainya ingin menunjuk mereka yang setia kepadanya.

Kemudian penulis yang menyokong tulisan anda pula menyatakan begini pula:

Sy tak bermaksud utk menyorok segala keburukan UMNO. Tapi berilah ruang dan peluang DSN perbetulkan keadaan. Kita gempu dollah dan akhirnya dollah tersingkir dan lepas tue apa.... dulu pun TUN tak terus hentam dollah walaupun dollah batalkan banyak benda yg berfaedah utk genarasi akan datang. TUN bg peluang. Masalah dalam UMNO bukan satu hari tapi dah berakar umbi. Mustahil DSN dapat selesaikan dalam satu hari. Kalau semua org kita nak perang habis siapa pula nak jadi pemimpin. UMNO makin kuat kah jika kita terus-terusan menggasak. Sepatutnya jika kita benar2 ingin perubahan kita mesti tempatkan diri sebagai perwakilan kerana undi kita itulah yg membantu utk memilih pemimpin yg benar2 menjiwai perjuangan.

Apakah mereka berdua tidak berbincang agar kenyataan kontradik tidak timbul dalam mereka tunjang-menunjangi sesama?

0 Responses to MENEGAK KABEL BASAH?

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO