Hari ini adalah hari yang kesepuluh UBJ diterajui oleh pemimpin yang baru dipilih oleh ahli UMNO Jerai. Mereka adalah suara-suara akar umbi, kerana merekalah pilihan majoriti ahli-ahli UMNO Bahagian Jerai!!!
Kebanyakan dari kami telah kembali menjalankan kehidupan seperti biasa dengan harapan yang baru terhadap UBJ. Akupun kembali memulas stering kerana aku hanyalah marhien baik dalam politik mahupun dalam kehidupan biasa. Dan kerana itulah lama aku tak update blog ini.
Semalam aku dapat tahu yang KBUJ sudahpun menghadiri mesyuarat peringkat perhubungan Negeri. Itulah tugas rasminya sebagai KBU.
Dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk memaparkan kegiatan politik dan sosial ketiga-tiga mereka khasnya, termasuklah AJK Bahajgian dan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sekiranya aku mendapat maklumat, kerana aku yakin ada juga ahlul yang segan nak kepejabat Bahagian, lalu aku 'offer' blog aku ini sebagai pelantaq maklumat(platform) sementara blog rasmi(kemungkinan) dilancarkan tidak lama lagi, AllahuA'laam.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
tahniah kepada Bassori dan Mat Jun yang telah menang tanpa tanding Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg Jerai. Kalau jumpa depa..kem salam saya..dan selamat berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara...
InsyaAllah