SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

DAM DAN CATUR

Posted by Detguaq Thursday, November 27, 2008

Tun Mahathir Mahu Mencatur UMNO Lagi?
Posted on Wednesday, November 26 @ 23:43:35 MYT
Topic: KOMENTAR

Cuitsikit.blogspot.com

Saya merupakan penyokong kuat Tun Mahathir Mohamad. Saya juga pengkritik kuat Pak Lah, namun ia tidak menjadikan saya taksub kepada Tun Mahathir sehingga bakal menghancurkan UMNO. Dr. Mahathir mahu mendedahkan kononnya nama pemimpin UMNO yang menggunakan mengamalkan politik wang. Dr. Mahathir sekali lagi mahu menjadi pendakwa dan penghukum.

SATU PEMBUKA KATA YANG CANTIK DAN MERANGSANG....

Najib bercakap mudah kerana beliau menang tanpa bertanding. Memang mudah bercakap kerana berapa banyak Ketua Bahagian yang sudah mengidam projek dan sebagainya ingin menunjuk mereka yang setia kepadanya.

KENYATAAN YANG TERLALU UMUM, KALAU ADA CONTOH KAN BAGUS!!

Kata Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, politik wang dalam UMNO hari ini sudah teruk dan amat kronik.

Tun Mahathir bercakap soal politik wang dalam UMNO seolah-olah ahli UMNO hari ini begitu dungu, bebal dan sanggup memilih sesiapa sahaja yang memberi wang yang lebih. Ini juga dinyatakan oleh DS Najib Tun Razak, TS Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.

ISU INI TELAH DIBAWA OLEH TDM SECARA KONSISTEN, BUKAN BARU, MALAH JIKA KITA LIHAT SEBELUM BELIAU MENJADI MANTAN PM PUN BELIAU KONSISTEN DALAM MENGELUARKAN KENYATAAN MENGENAI POLITIK WANG YANG NAMPAKNYA BUKAN SEMAKIN REDA, TETAPI SEMAKIN PARAH....

Tun Mahathir juga memperli calon-calon lain yang dapat pencalonan lambat seperti Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib, Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin sebagai melakukan politik wang atau rasuah politik.

ANDA DAH TANYA DENGAN MEREKA-MEREKA DIATAS YANG SEDANG GALAK MENJELAJAH PELOSOK TANAHAIR BAIK SECARA LANGSUNG ATAUPUN MELALUI AGEN? ANDA DAH TANYA PULA DENGAN KAWAN-KAWAN RAPAT ANDA YANG DILANTIK SEBAGAI G2, G7 DAN G11 TERMASUK JUGA KETUA-KETUA MEREKA?

Jika ahli UMNO membuat keputusan demikian tentulah kita juga tertanya-tanya apakah Muhyiddin, Hishamuddin dan Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak tidak memberi sebarang wang, jamuan, janji projek, jawatan dan juga menggunakan pengaruh kawan, sepupu dan bapa masing-masing?

ULANG BALIK SOALAN SAYA DIATAS.

Jika demikian bagaimana pula mereka boleh mendakwa UMNO ini penuh dengan ahli yang mengundi berdasarkan wang?

SIAPA YANG MENDAKWA, SEORANGKAH ATAU KEBANYAKAN DARI AHLI UMNO DAN PENYOKONG UMNO SERTA JUGA PEMBANGKANG(yang ni jangan dok layan sangat)

Kita ingin bertanya lagi, apakah Tun tidak lagi sedar kesilapan beliau melantik seseorang yang "clean" akhirnya menjadi huru hara negara ini? Apakah penilaian "clean" Tun kali ini akan lebih baik berbanding penilaian beliau terhadap Pak Lah dulu?

LAGI-LAGI SOALAN INI JUGA YANG DIULANG, APA TAK FAHAM KE DENGAN PERLEMBAGAAN PARTI PEKEMBAR? AKU AMAT FAHAM YANG PEMILIHAN PAK LAH SEBAGAI PM(bakal mantan) ADALAH KEPUTUSAN KOLEKTIF ATAS KAPASITI BELIAU SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN YANG APABILA PRESIDEN TURUN, SIAPA YANG MENJADI TIMBALAN AKAN NAIK MENJADI PRESIDEN UMNO DAN SECARA OTOMATIS MENJADI PM. KENAPA NAK JADI PEMAIN KESET YANG DOK ULANG PERTANYAAN ORANG??? TAK BOLEH FIKIR SENDIRI KE SAMADA JAWAPAN TUN TU BOLEH DITERIMA ATAU TIDAK? SIAPA YANG BERI UNDI PADA PAKLAH? KALAU UNDI TDM SORANG LAYAKKAH pak lah berjaya ke kedudukan sekarang ni?

*Ini soalan orang tolong sediakan kot?


Apakah kerana Tun "favour" kepada Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz maka mahu dijahanamkan imej orang lain.

SAYA BERKEPUTUSAN YANG ANDA SEBENARNYA SAMADA TIDAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN PANDANGAN TDM ATAU ANDA SEBENARNYA IKUT DALAM KEADAAN 'BUTA'. NAMPAK SANGAT ANDA TERABA-RABA DALAM MENDAKWA YANG LEBIH KEPADA DAKYAH INI.

Selagi ada demokrasi, selagi itu ada keperluan penggunaan wang dalam kempen. Tun sepatutnya mendidik ahli UMNO dan rakyat membuat keputusan berdasarkan akal fikiran bukannyanya menghentam orang itu dan orang ini menggunakan wang dalam kempen. Tiada kempen politik dalam negara dan luar negara yang tidak menggunakan wang.

PADA SAYA MENGGUNAKAN WANG UNTUK MENGERAKKAN JENTERA BERKEMPEN ADALAH SATU KEPERLUAN, TETAPI MENGARAHKAN JENTERA KEMPEN MENGGUNAKAN WANG UNTUK MEMBELI JIWA/UNDI ADALAH KERJA PALING HINA DAN TERKUTUK. WANG UNTUK MENGGERAKKAN JENTERA KEMPEN ADALAH PERLU, MANAKALA WANG UNTUK MEMBELI UNDI ADALAH RACUN KEPADA KEMUSNAHAN MANA-MANA PERTUBUHAN SIASAH. TIDAKKAH DAPAT PENULIS DIATAS BEZAKAN ANTARA KEPERLUAN DAN RACUN?

Tun menulis dalam catatan terbaru diblognya, "Juga dahulu rakyat tidak pernah tolak sebahagian besar calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 seperti yang berlaku pada pilihanraya umum 2008. Jika rasuah dahulu tidak berbeza dengan sekarang kenapakah BN menang majoriti 2/3 tiap pilihanraya umum dari tahun 1982-1999?"

INI PENDAPAT PERIBADI BELIAU, PADA SAYA ADA ASASNYA. RASUAH YANG DIAMALKAN OLEH SESEORANG YANG BERJAWATAN SEKARANG INI DAN SEDANG MEMBURU JAWATAN YANG LEBIH KANAN ADALAH SAMA MODUS OPERANDINYA DENGAN anwar DOLU.....


Apakah kenyataan Tun ini benar atau sekadar membantu Mukhriz yang kononnya bersih dari sebarang gejala politik wang?

BAGAIMANA KALAU SAYA NYATAKAN BAHAWA KENYATAAN INI BENAR PADA PERSPEKTIF SAYA DAN HANYA SECARA TAK LANGSUNG MEMBANTU BUKAN SAHAJA TAN SRI MUHYIDIN YASIN DAN MUKHRIZ, TETAPI LAIN-LAIN CALON YANG MEMILIH UNTUK TIDAK MENGAMALKAN RASUAH KETIKA BERKEMPEN DENGAN PERWAKILAN KERANA PADA SAYA KENYATAAN INI BUKAN KENYATAAN YANG DITUJUKAN KEPADA SEORANG, TETAPI KEPADA CALON LAIN DALAM UMNO KHASNYA DAN UMNO ITU SENDIRI AMNYA.

Cukuplah bercakap soal politik wang dalam parti. Belum ada orang bodoh atau tidak layak menang jawatan dalam UMNO melalui pertandingan biar sebanyak mana pun wang mereka taburkan. Sebaliknya sudah terbukti terdapat orang yang tidak layak memegang jawatan kerana kebolehan mereka mengampu pemimpin tertentu termasuk Tun.

MEMANG TIDAK ADA ORANG BODOH, TETAPI BUAT-BUAT BODOH ADA, JUGA ADA YANG TIDAK LAYAK, TETAPI LAYAK KERANA BANTUAN PAK METUA. DAN MANA BOLEH KATA CUKUP BERCAKAP PASAL RASUAH POLITIK, SELAGI TIDAK DAPAT DIBENTERAS!!! lIHAT KENYATAAN YANG KONTRADIK ANDA HANYA KERANA HENDAK HENTAM TDM!(SAYA BOLDKAN) APA NIII???

Pak Lah sendiri dilantik oleh Tun, bukannya menang jawatan melalui politik wang.

INI SIARAN ULANGAN YANG HANYA DIBEZAKAN DENGAN MASA(PERENGGAN)
PAK LAH DOLANTIK KERANA DIA PALING KANAN, IAITU TIMBALAN PRESIDEN YANG KEMUDIANNYA MENJADI PRESIDEN ATAS PILIHAN AHLI UMNO!!!

Siapakah yang memulakan politik memberi wang tambang untuk pulang mengundi, jalan raya waktu pilihan raya, kenduri ketika pilihan raya, bantuan kepada fakir miskin ketika pilihan raya, bantuan orang cacat waktu pilihan raya, kain batik, kain pelikat dan beras waktu pilihan raya? Bukankah semua ini bermula waktu Tun. Apakah ini bukan rasuah politik?

INI STRATEGI POLITIK YANG TELAH LAMA DIAMALKAN !!!(saya akui strategi ini dah lapuk, sayapun dah sarankan kepada pemimpin yang strategi ini dah tak boleh pakai lagi). Rasuah yang berlaku sekarang
adalah atas kehendak individu yang meroyankan kuasa. Tetapi bantuan yang anda nyatakan diatas adalah strategi pilihanraya yang menyeluruh, walaupun ada kelemahan diperingkat perlaksanaan sehingga menimbulkan meluat rakyat....itu saya akui, namun pada saya, kecuali wang tambang balik ngundi yang lain-lain tu memang ada dijalankan sepanjang waktu bantuan kepada fakir miskin cuma diberi 'highlight' semasa kempen kerana propoganda semasa berkempen....kena akui ni.... PASpun kena akui, hatta DAPpun kena akui......Awat depa tak buat kenduri ke??? Akupun depa jamu!!!!

Rakyat menolak BN kali ini kerana tidak sukakan polisi, dasar dan prestasi kerajaan BN. Jika isu rasuah dalam pemilihan parti yang menjadi alasan rakyat menolak UMNO, maka Tun perlu ingat dalam pemilihan lalu, jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Ketua Puteri tidak dipertandingkan.
Jadi apakah rasuah lebih besar dari zaman Tun dahulu?

JADI PENULIS INI MAHU APA? BIARKAN SAHAJA RASUAH POLITIK BERLELUASA HANYA KERANA IA DISUARAKAN SECARA KONSISTEN OLEH TDM? DAN SETELAH MENELITI SATU ARTIKEL YANG BELIAU PETIK MENGENAI AFIDAVIT MATHIES CHANG BERTARIKH 27/7/2006 MAKA PAK LAH WAJIB MEMPETAHANKAN DIRI DIMAHKAMAH ATAS TUDUHAN SALAHGUNA KUASA DENGAN MENOLONG MENANTUNYA DALMA KES ECM LIBRA. RUJUK DISINI

Tun jangan nafikan bahawa politik wang terbesar berlaku ketika Anwar Ibrahim menentang Ghafar Baba. Berapa "pink form" yang ditabur oleh Anwar. Jumlahnya mencecah puluhan juta sehingga menyebabkan Ghafar tidak cukup pencalonan. Ini merupakan sejarah politik wang terbesar dalam UMNO. Namun UMNO tetap menang besar pada 1995.

Malahan mengapa Tun tidak langsung mengambil tindakan ke atas "anak didik kesayangannya" Anwar Ibrahim ketika itu? Apakah Tun yang mempunyai pelbagai jentera risikan ketika itu langsung tidak mengetahuinya?

KALAU PENULIS, SEDAR? SAYA JUGA SEDAR! YANG PENULIS TIDAK SEDAR IALAH JASA TUN GHAFAR YANG TIDAK MAHU DIPERPANJANGKAN MASAALAH INI SEHINGGA UMNO BERGONCANG DAN DENGAN HARAPAN anwar BERUBAH SELEPAS BERPELUANG MENDAPAT KUASA KEDUA TERTINGGI, NAMUN NAFSU LIARNYA MENJADI BERTAMBAH TIDAK TERKAWAL SEHINGGA TDM DENGAN SECARA KOLEKTIF DENGAN MKT UMNO WAKTU ITU MENDESAK anwar MELETAK JAWATAN ATAU DISINGKIRKAN.....

Mengapa pula Tun begitu beria-ria bercakap soal politik wang selepas melihat anaknya bakal dicabar hebat oleh calon-calon lain untuk jawatan Ketua Pemuda, dan "ayam
sabungannya" Tan Sri Muhyidddin bakal dicabar oleh ali Rustam dan Mat Taib?

HISSHHH....TAK NAMPAKKAH BETAPA KONSISTENNYA TDM DALAM MENGUTARAKAN ISU POLITIK WANG INI SEJAK BELIAU MENJADI PRESIDEN UMNO DULU LAGI? APAKAH YANG MEMBUAT PENULIS INI YANG KONONNYA PENYOKONG KUAT TDM BUTA TERHADAP FAKTA INI?

Cukuplah Tun mencaturkan UMNO selama ini. Biar Perwakilan UMNO pula membuat keputusan. Perwakilan UMNO bukan bodoh mahu mengundi berdasarkan wang ringgit.

AKU CUKUP SELESA MELIHAT TDM MEMBERI NASIHAT SEBAGAI ORANG YANG BERPENGLAMAN DALAM HAL EHWAL UMNO. LAGIPUN DEPA JUGA YANG KATA BILA TUN DAH DILUAQ, ORANG TAK PAKAI DAH CAKAP DIA...JADI AWAT DOK NAK MELATAH PULA.... BIAQ PI KAT DIA LAH....AKU SELESA DAN DALAM MASA YANG SAMA INSAF DENGAN NASIHAT DIA....

Belum ada pemimpin lemah dilantik oleh perwakilan, tapi sudah terbukti Tun beberapa kali membuat kesilapan memilih orang tertentu menjadi pemimpin. Biarlah perwakilan UMNO pula membuat keputusan.

NI KENYATAAN APA NI??? CUBA ULANG BALIK SERATUS KALI!!! JANGAN CUBA TWIST AROUND THE ROUND TABLE.....UMNO MASA TDM TAK PAKAI PERWAKILAN KE? TENGOK BALIK KENYATAAN MACAMANA ANWAR BOLEH ATASI GHAFAR BABA?

Banyak lagi isu agama dan bangsa yang sedang tercabar dan dicabar tetapi kita masih mahu memburukkan imej UMNO dengan cakap-cakap politik wang?

INI ADALAH PAKCKAGE DALAM KEMELUT UMNO YANG HANYA AHLI UMNO SENDIRI YANG DAPAT MENGATASINYA, TIDAK DAPAT TIDAK KESEMUA ISU INI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARI UMNO, KECUALI OLEH AHLI/ORANG UMNO SENDIRI DAN PENEKANAN TERHADAP SESUATU ISU ITU TIDAK BERMAKNA ISU LAIN DIKESAMPINGKAN....HISSHH LAGI LAGI NAK TWIST!!! BELAJAR DENGAN Dr spin KOT?

Apa guna lantik pemimpin nampak "bersih" tapi agama, bangsa, negara dan parti tunggang langgang?

INILAH PENGALAMAN YANG PEDIH TAPI KENA DITELAN BAGI MEMATANGKAN LAGI ORANG UMNO, KERANA SELEPAS INI SESIAPA SAHAJA YANG PADA AWALNYA NAMPAK OK, TETAPI SEKIRANYA DIPERTENGAHAN JALAN DIA MENJADI PINCANG MAKA SESIAPA SAHAJA ORANG ITU KITA SEBAGAI AHLI UMNO YANG MEMBAYAR YURAN LAYAK MENYINGKIRKANNYA SECARA KOLEKTIF.....*oh ya, siapa yang penulis ini maksudkan???

1 Responses to DAM DAN CATUR

  1. Anonymous Says:
  2. Syabas pelantaq hujah! Mungkin si cuitsikit tu dah terkena cubit banyak kot sebab dia dah ketaq kalau boss dia didedah dan kena tangkap! habislah tak masyuuuk.... ahaks!

    Melayu dangkal tak ikhlas dan hipokrit macamnilah yang musnahkan kedaulatan Melayu dan kesucian Islam.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO