Senario 2008 tidak akan berulang - DHPP |
Berita | Politik |
Written by Raja on Thursday, 13 October 2011 10:41 |
KOTA BHARU- Senario Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) menawan lima negeri termasuk memperoleh jumlah kerusi yang besar di parlimen tidak akan lagi berulang pada PRU-13 nanti.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw berkata, kenyataan itu berdasarkan senario terkini politik semasa serta reaksi dari masyarakat yang menilai kepimpinan PR yang menguasai empat negeri.
“Daripada pemerhatian saya, apa yang kita capai pada 2008 tidak akan berulang lagi, kerana rakyat sekarang ini tidak lagi tertarik dengan janji- janji manis, sebaliknya lebih melihat kepada usaha yang dilakukan untuk kepentingan mereka,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas senario politik semasa. Pang Chaw yang lantang mengkritik kepimpinan Pas yang ingin melaksanakan hudud di Kelantan berkata, sebagai petugas akar umbi, beliau sering menjadi pemerhati dalam mengenal pasti kehendak dan kecenderungan rakyat. “Saya adalah petugas akar umbi, walau ke mana pun saya pergi, saya sentiasa akan bertindak sebagai pemerhati yang akan membongkar segala persoalan di kalangan rakyat selain melihat reaksi mereka,” katanya. Malah katanya, beliau tidak teragak-agak mengatakan bahawa kerusi PR tidak akan meningkat pada PRU ke-13 nanti, jika pendekatan yang ada sekarang terus diamalkan. Katanya, apa yang dilakukan untuk menyelamatkan undi Pas dan PR selain menyedarkan kepimpinannya supaya tidak leka sebagaimana berlaku dalam PRU 2004 yang menyaksikan pakatan pembangkang kalah teruk. “Walaupun kata-kata saya ini agak pahit dan tidak dialu-alukan pemimpin PR, tapi saya berani kata dan saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya kata hari ini, apa yang penting kini adalah strategi,” katanya. Mengulas isu hudud, Phang Chaw berkata, beliau tidak menolak seratus peratus perkara itu tetapi mempersoalkan kepimpinan Pas yang membangkitkan isu itu pada masa yang tidak sesuai sekali gus mengurangkan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap Pas. - sinar |
**Apa yang dapat dianalisa dengan kenyataan oleh Pang Chaw mengenai "kepimpinan pas yang membangkitkan isu itu pada masa yag tidak sesuai". Kalau tanya aku, aku membayangkan yang Pang Chaw telah pelemPANG N.ajis sambil ludah dan kata, "Lu Moloh punya olang"....
|
0 Responses to N.ajis kena 'pelemPANG'.