Mampukah Anwar Bertahan Tanpa Alibi ?
AIDCNews – 14/10/11 – Jika benar seperti yang dikatakan peguam peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair bahawa Dr Thomas Hoogland adalah saksi pembelaan terakhir, bermakna pembelaan kes liwat Anwar itu berakhir dengan tiada alibi.
Sebelum ini di kalangan jentera PKR menwar-warkan Ketua Umum PKR mereka mempunyai pembelaan yang kukuh terutamanya alibi, iaitu individu-individu yang boleh tampil menjadi saksi yang mengesahkan Anwar tiada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa di mahkamah.
Namun begitu alibi-alibi Anwar sentiasa berubah-ubah, dari senarai awal, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar kepada Profesor Datuk Dr Mohamad Ariff Abdul Kareem, Hasanuddin Abdul Hamid, Noor Sham Abd Hamid dan akhirnya, tiada seorang pun ditampilkan sebagai saksi alibi.
Isnin ini, 17 Oktober, dijangkakan giliran pihak pendakwa menyoal balas saksi pembela terakhir, Dr Hoogland. Pendakwa dijangkakan akan menampilkan saksi-saksi lain yang berautoriti untuk mematahkan hujah-hujah doktor peribadi Anwar dari Munich, Jerman itu.
Perkembangan mutakhir ini juga menarik, apabila pihak Anwar sendiri secara sukarela membatalkan sapina dua saksi, iaitu Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) sebagai saksi pembelaan mereka.
Ada misteri yang tersembunyi di sebalik pengguguran dua nama yang cukup dikenali Anwar itu.
Bermakna, selepas selesai Hoogland, bermula lah episod terakhir, iaitu pihak pembela dan pendakwa membuat rumusan masing-masing, sebelum hakim memutuskan Anwar bersalah atau tidak.
Dalam pembelaan, selain Anwar yang memilih pendekatan membela tanpa bersumpah, iaitu dari Kandang Tertuduh, beliau dibantu oleh 6 saksi lain yang bukan alibi.
Mereka adalah Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, Dr David Wells, Dr Brian McDonald, Lim Kong Boon, Najwan Halimi dan Dr Thomas Hoogland.
Sedangkan pihak pendakwa semasa mahu membuktikan kes, pihaknya telah memanggil memanggil 27 saksi termasuk saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang memilih keterangan secara bersumpah, dari ‘Kandang Saksi‘.
Dari situ sudah nampak tidak balance.
Sampai sekarang kita masih tertanya-tanya, jika hanya 6 saksi yang dipanggil menjadi saksi pembela, untuk apa Anwar menghabiskan masa berminggu-minggu untuk menemubual 15 saksi sebelum ini ?
Bersusah payah 15 saksi-saksi itu meluangkan masa mereka, datang ke mahkamah untuk ditemu bual dan akhirnya tiada satu pun yang dipanggil sebagai saksi.
Permohonan pertama Anwar di mahkamah pada 26 Julai, mereka mahu menemubual Hasanuddin Abd. Hamid (pemilik unit kondominium), Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Diikuti dengan permohonan kedua memohon untukmenemu bual 10 saksi lagi iaitu Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem (bekas Pengarah Eksekutif MIER); Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank Deutsche Bank (M) Bhd) dan Omar Malek Ali Merican (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia) dan Nik Mahmood Nik Hassan (Aktivis PKR) yang dikatakan individu-individu yang bermesyuarat dengan Anwar pada hari kejadian.
Tiga individu lain yang berkaitan dengan kondominium itu adalah Noor Sham Abd. Hamid dan dua orang pembantu rumahnya, Suliati dan Fitria Dipan.
Turut dipanggil untuk temu bual adalah tiga pegawai Anwar sendiri iaitu Abdullah Sani Said (pemandu peribadi Anwar) serta dua pengawal peribadi Anwar yang bernama Mokhtar Mustafa dan Mohd. Khoharullah Abdul Majid.
Jadi adakah tujuan memanggil mereka sekadar untuk membuang masa mahkamah ?
Dari AIDC.
anwar tiada saksi alibi tetapi semua saksinya adalah albabi yang kembali menyondol tuannya