Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.
Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.
Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.
"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.
"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.
Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.
Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.
"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.
**Telah banyak kali Ayahnda Negarawan Tun bersuara mengenai keadaan yang perlu diperbetulkan, bukannya terus dipersalahkan kerana jikga orang-orang tertentu terus menuding kepada pihak lain tanpa menyumbangkan idea kearah penyatuan, bukan sahaja Bangkok akan tenggelam akibat perubahan paras air, malah Melayu juga akan tenggelam akibat pemudaran rasa sayang kepada bangsa sendiri seperti yang kerap dimainkan oleh pembangkang. Malah kini mereka pula tiba-tiba bingkas untuk cuba berdiri untuk menjadi juara kepada bangsa Melayu dengan kemanisan bibir beracun bahawa hanya mereka yang boleh menyelamatkan Melayu diMalaysia sedangkan polisi mereka jelas menyokong komunis. Rakyat yang tahu berfikir tidak akan menerima pengakuan mulut-mulut munafik yang kerja harian mereka menjual agama dan berlagak tuhan.
0 Responses to Mahukah kita???