Karpal: DAP, PAS tiada masalah kecuali isu hudud
October 02, 2011
KUALA LUMPUR, 2 Okt – DAP tidak ada sebarang masalah dengan PAS
dalam kebanyakan isu besar kecuali soal hukum hudud, kata Pengerusinya
Karpal Singh hari ini.
“Kami tiada apa-apa (sebab) untuk menentang PAS. Dalam isu-isu besar, kami memiliki pendirian yang sama.
“Tetapi kami mendapati pendirian PAS tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau pada satu sidang media di George Town hari ini.
Karpal juga berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bahawa parti itu telah bersetuju pada dasarnya dalam soal pelaksanaan undang-undang hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu masing-masing pada 1999 dan 2003.
“Kami tidak bersetuju pada dasarnya berhubung perundangan (hudud),” kata beliau dipetik Star Online hari ini.
Karpal berkata pemimpin-pemimpin DAP telah membuat pendirian yang jelas pada satu mesyuarat Pakatan Rakyat Rabu lalu bahawa hukum hudud tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mengenai ketidakhadiran beliau pada majlis sambutan 60 tahun PAS di Kepala Batas semalam, Karpal berkata, beliau tidak hadir sebab kurang sihat.
“Saya telah memaklumkan ibu pejabat bahawa saya tidak dapat hadir majlis (semalam),” kata Karpal sambil menambah, beliau bukan dengan sengaja cuba mengelak majlis itu.

PAS bangkit isu hudud kerana nak alih perhatian pengundi dari isu mat sabu yg sokong komunis/PKM itu sahaja.Percayalah lepas ini PAS/DAP tidur semula di satu bantal.Ini semua sandiwara PAS/DAP/PKR.Mereka akan duduk semeja.
Cuma UMNO Kedah yang masih bertokak sesama sendiri yg belum ada nokhtah.Di bahagian pun nampak sahaja elok.Dibawah reput macam kena racun.
MCA Kedah serupa juga.