SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

BERTUAHLAH HANGPA.....

Posted by detguaq12 Thursday, October 20, 2011


**Aku harap kenyataan oleh TSMY, YAB Timbalan Perdana Menteri ini bukan sahaja menyedarkan kakitangan awam yang menyokong dasar-dasar kerajaan BN,tetapi juga kakitangan yang menyokong parti pembangkang namun tidak tahu malu untuk terus melahap duit gaji bulanan dengan berlindung disebalik alasan tanggungjawab kerajaan padahal tanggungjawab mereka untuk menyokong bukan sahaja dasar serta perlaksanaan perancangan kerajaan yang pada masa sekarang dikuasai oleh BN malah sepatutnya turut menyokong parti yang menyediakan dasar yang memebolehkan mereka turut menikmati segala kemakmuran yang melimpahruah walaupun bibir menafikannya.

20 Oktober, 2011 14:27 PM
Perkhidmatan Awam Jangan 'Seronok Sendiri', Terus Berusaha Betul Persepsi Silap Rakyat - Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan awam tidak seharusnya diulit perasaan 'seronok sendiri' ketika merealisasikan semua sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai penjawat awam yang mendokong dan menjayakan dasar kerajaan, adalah penting untuk mereka sentiasa memikirkan soalan-soalan seperti apakah rakyat faham tentang usaha yang kerajaan lakukan selama ini;

"Kenapakah rakyat tidak bersama-sama menyertai untuk menjayakan usaha-usaha itu?, apakah impaknya cukup besar kepada rakyat untuk mereka menghargai apa yang dilakukan kerajaan selama ini? dan di manakah silapnya apabila rakyat masih tidak berpuas hati dengan segala usaha dan pencapaian kita?" katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Awam ke-16 di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.

Persidangan dua hari bermula hari ini turut melibatkan 20 tokoh tersohor negara dalam sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang akan berkongsi pendapat mereka dalam usaha memperkukuh lagi penyampaian perkhidmatan awam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Pemangku Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya dan Pengarah Intan Dr Aminuddin Hassim.

Muhyiddin berkata kaghairahan memacu usaha-usaha pemerkasaan NKRA tidak seharusnya melekakan penjawat awam daripada memerhati hasil sampingan ketara yang terpaksa ditanggung rakyat masa kini iaitu kos sara hidup yang membebankan.

"Dalam hal ini, sektor awam perlu berada di barisan hadapan dengan mempelopori perkongsian pintar antara kerajaan dan rakyat bagi mengatasi kenaikan kos sara hidup menerusi pelaksanaan tindakan-tindakan yang efisien dan efektif.

"Ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa rakyat sedang memerhati dan menilai usaha kita, kita tidak boleh alpa kerana sebarang kealpaan akan menyebabkan perkhidmatan awam diberikan penilaian negatif dan ditafsir sebagai tidak releven lagi dalam pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata dalam memastikan setiap tindakan bagi mengutamakan kepentingan rakyat itu berjaya, pertemuan dan interaksi dengan rakyat adalah perlu untuk membolehkan suara dan rintihan rakyat didengar dan diberi perhatian.

"Juga penting, kerajaan perlu memastikan rakyat turut dilibatkan dan bersama-sama dalam proses penghasilan sesuatu dasar bagi mengelak ketidakpuasan hati yang boleh menimbulkan bangkangan dan penentangan," katanya.

Mengenai sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Muhyiddin berkata berkata ia akan menjadi landasan utama kepada transformasi pengurusan bakat perkhidmatan awam yang akan meyaksikan perubahan radikal dalam pembangunan kerjaya itu.

Bagi menjayakan SBPA secara menyeluruh, budaya berprestasi tinggi hendaklah diwujudkan dalam perkhidmatan awam, katanya.

-- BERNAMA

3 Responses to BERTUAHLAH HANGPA.....

  1. Dot Says:
  2. BERTUAH! MEMANG BERTUAH DET,

    memang semua kakitangan kerajaan bertuah krn hak depa terlindung sebaik saja membuat akujanji utk menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab & jujur terhadap tugas masing2 sesuai dgn upah yg depa terima. maSalahnya depa bertanggungjawab ka? jujur ka?

    penjawat awam juga dilindungi oleh sistem yg teratur dari segi gaji/upah & SEGALA KEISTIMEWAAN SERTA KEBAJIKAN yg diterima & DIJAMIN hinggalah slps pencen krn bila saja diumumkan kenaikan upah, orang yg pencen pun naik persennya.

    kebajikan yg kakitangan kerajaan terima bukan terhad kpd diri sendiri shj bahkan turut diterima oleh keluarga depa - ibubapa, isteri, anak2 mahupun pembantu rumah krn ada yg diberi elaun pembantu rumah jika layak bahkan pembantu rumah juga boleh ikut tuan depa ke seberang laut jika layak! TAKKA BERTUAH TU??

    masalahnya apakah semuanya BENAR2 BERTANGGUNGJAWAB & JUJUR sebagaimana akujanji yg depa kata depa akur & tandatangani krn ramai yg bersikap telunjuk lurus kelingking berkait, bersikap bagai enau dlm belukar, depa nak naik tapi tak suka berusaha keras serta dengki bila orang lain dapat laba..

    jika ada apa2 masalah yg timbul depa cepat2 menyalahkan dasar kerajaan sedangkan depalah barisan hadapan yg WAJIB mempertahankan dasar & menjalankan tugas yg diamanahkan. sebaliknya depa pertahankan pembangkang yg hanya tahu membangkang (berceramah 24jam).

    ada yg suka mengambil kesempatan atas kesungguhan orang lain bahkan ada yg suka menangguk di air keruh dgn mengambil kredit atas segala usaha penat lelah orang lain.

    paling dajjal ialah depa yg dgn sombong & bongkak menunjukkan sikap anti kerajaan BN secara terang2 tp status depa ialah KAKITANGAN KERAJAAN PUSAT!! depa suka menghentam segala dasar yg ada tanpa mahu memahami pasai apa depa menjawat jawatan dlm jabatan kerajaan?! lebih baik depa kerja dgn pembangkang kalau nak membangkang sampai tak buat kerja dgn amanah!!

    sesetengahnya GAGAL menjadi penjawat awam yg baik bila depa sendiri lebih teruk dari musang berbolu ayam krn bersikap hipokrit.

    cukup hipokrit bila depa dok kerja dijabatan kerajaan persekutuan tapi menyokong pembangkang memanjang sampai semua arahan majikan tidak dipatuhi. masa kerja dipenuhi dgn urusan peribadi bahkan lebih teruk lagi urusan parti pembangkang!!

    ada guru mengajar di sekolah kerajaan tetapi segala dasar pendidikan kebangsaan depa humbankan ke tepi krn termakan hasutan pembangkang yg sememangnya tak pernah ada akai nak memajukan pendidikan negara.

    cukup hipokrit bila guru tu mengajar di sekolah kerajaan tetapi pada masa yg sama depa hantar anak2 depa ke sekolah agama/swasta & menuntut hak yg sama dgn pljr2 sekolah kebangsaan sedangkan pihak sekolah swasta/agama kelolaan pembangkang memang suka memburuk2kan sekolah kebangsaan & kerajaan BN.

    cukup hipokrit bila depa mahu anak2 depa dapat segala keistimewaan dari kerajaan sedangkan depa sendiri PENENTANG TEGAR KERAJAAN PUSAT YAKNI MAJIKAN DEPA SENDIRI!!

    inilah namanya manusia2 keparat, pepet diluar , rencung di dalam!!! bayangkan kalau depa sendiri menjadi majikan & pekerja2 depa plak menentang depa balik setiap waktu walaupun pekerja2 tu dah sain akujanji..apa depa rasa?

    mengutuk kerajaan pusat memang sedap tp sedap lagi makan upah HARAM!!!!!

     
  3. Dot Says:
  4. Det,

    ambo jarang dpt berblog la ni selagi bdk2 tak lepaih periksa...banyak lg kena buat...cuti depabali pun tak buleh cuti, bdk2 nak ada seminar, bengkel, ulangkaji...periksa kertas lg tp berbaloi sbb tahun depan naik GC48! Alhamdulillah...

     
  5. detguaq12 Says:
  6. Salam Anti Bohmau,

    Tahniah kerana terus ada peningkatan dalam kerjaya. Seperti yang aku lafazkan pulun sehingga sampai ketahap tertinggi dalam kerjaya, kalau boleh sampai ketahap pencorak kurikulum.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ