SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

ZUZA PEMBOHONG?

Posted by Detguaq Tuesday, February 2, 2010

Bila aku baca kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO(KPUM) yang banyak membisu dan membiarkan Naib Ketua Pemuda(NKPUM) yang bercakap kepada media semasa beliau menjadi KPUM mempertahankan Ketua Pemuda Setia Kat Wang dan kemudiannya bercanggah dengan laporan dari ramai blogger-blogger termasuklah pengakuan oleh ZUZA dalam blog Duke of UMNO, apa kesimpulan yang sepatutnya di buat?  Dia ka yang bohng, atau ZUZA ka yang bohong?  Atau Utusan Malaysia yang membuat salah laporan?

Laporan desak Khairy letak jawatan tak tepat

JOHOR BAHRU 31 Jan. - Berita berhubung kononnya terdapat desakan daripada Exco Pergerakan Pemuda UMNO agar ketua mereka, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan, merupakan laporan yang tidak tepat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dakwaan tersebut seperti yang disiarkan beberapa laman blog rentetan mesyuarat khas exco pergerakan itu Khamis lalu adalah tidak benar.
''Mereka (penulis blog berkenaan) tidak tahu hujung pangkal topik yang dibincangkan dalam mesyuarat Exco Pemuda UMNO baru-baru ini.
''Biarpun terdapat satu perkara yang tidak mencapai kesepakatan sekalipun, ia tidak perlulah (dianggap) sampai mendesak meletak jawatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini.
Kelmarin, beberapa blog melaporkan bahawa Khairy didesak meletak jawatan oleh beberapa Exco Pemuda kerana kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pergerakan Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berdasarkan laporan blog berkenaan, Khairy diberi dua pilihan sama ada meletak jawatan dan membenarkan jawatan Ketua Pemuda dipangku timbalannya, Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru Pergerakan Pemuda UMNO dibuat secepat mungkin.
Sementara itu jelas Hishammuddin, laporan di laman-laman blog berhubung isu ini tidak akan membawa kepada pengukuhan parti seperti yang sedang diusahakan oleh pucuk pimpinan.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak laporan itu mungkin dibuat untuk kepentingan pihak tertentu dan bukannya demi keutuhan parti.
''"Semasa saya memegang jawatan itu dahulu pun, saya pernah didesak untuk meletak jawatan.
''Namun Alhamdulillah saya berjaya menerajuinya sepanjang 10 tahun ini dengan sokongan yang lain," katanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**Hisham kata: beliau tidak menolak laporan itu mungkin dibuat untuk kepentingan pihak tertentu dan bukannya demi keutuhan parti.

Aku kata:  KJ BERALAH
                 UMNO GAGAH
                 KJ UNDUR
                 UMNO SUBUR
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di bawah ini aku CnP kenyataan oleh ZUZA yang aku petik dari blog Duke:

KPemuda Alor Setar sokong KJ letak jawatan!


Saya secara peribadi menegur "penafian" oleh Dato' Seri Hishamuddin dan Datuk Razali Ibrahim berkenaan "desakan" majoriti Exco Pemuda UMNO agar Ketua Pemuda UMNO Saudara Khari Jamaluddin untuk meletak jawatan.

Ini adalah kerana saya telah disahkan sendiri oleh Exco Pemuda UMNO, Saudara Zubir Zabidi, selaku Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani, selaku Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, bahawa kejadian itu "benar-benar" belaku!

Menurut Saudara Zubir, "desakan" itu sememangnya berlaku dan Saudara Zubir sendiri sanggup melepaskan jawatannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beramai-ramai bersama rakan-rakan Exconya yang lain demi mencapai maksud mereka mendesak Khairi Jamaluddin meletak jawatan secara terhormat.

Oleh itu, tak payahlah Dato' Seri Hishamuddin atau Datuk Razali Ibrahim "menyembunyikan" hakikat itu kerana tidakan berkenaan bagai menunjukkan bahawa Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Razali masih di dalam "denial sindrom".

Pada saya, tindakan ini adalah satu tindakan yang "membersihkan" UMNO dan "menguntungkan" UMNO berbanding pendapat Datuk dan Dato' Seri yang cuba "menyembunyi" sesuatu hakikat yang sebenarnya langsung tidak membantu UMNO. Bagi saya, menyokong Saudara Khairi selaku Ketua Pemuda UMNO bagaikan "sokongan membawa rebah".

Dari itu, saya menyarankan untuk Saudara Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan secara terhormat, sebagaimana yang disarankan oleh Exco-Exco Pemuda UMNO usulkan. Jika tidak, nantikanlah Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang akan datang, insyaAllah, Saudara Khairy Jamaluddin akan diturunkan secara "hina" oleh para perwakilan yang membawa "suara akar umbi".

Buat Saudara Khairy, berundur bukan bermakna saudara kalah. Pengunduran saudara akan memenangkan UMNO, dimana saudara juga akan turut "menang" kerana saudara juga dari Parti UMNO. Itulah yang perlu diutamakan, bukan kepentingan peribadi yang perlu diutamakan. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
**Jadi antara kenyataan bekas KPUM dan EXCO Pemuda yang turut sama berada di dalam mesyuarat khas berkenaan jika dibuat perbandingan siapa yang berbohong???
Pada aku:                       HISHAM BERBOHONG!

3 Responses to ZUZA PEMBOHONG?

  1. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    KAH!KAH!KAH!

    Hang jangan ralit sangat dok CNP dari BLOG orang..

    Ini macam punya ceghita, BOCOQ keluaq aja semua pakat mau 'cover' BOSS..

    KONONnya takut UMNO berpecah.. KAH!KAH!KAH!

    Wallahualam..

     
  2. CCZ Says:
  3. Tak ada orang lain ke nak jadi hero? Macam tak ada hero dah dalam pemuda ni..boring..boring!!!

     
  4. Detguaq Says:
  5. Tukang Dok Peghati,

    CnP adalah budaya. Tetapi jgn ambil bulat-bulat dan jgn ambil dari sebelah pihak. Ambil dari kedua-dua sumber dan TIMBANG dengan ADIL.

    CCZ, agaknya tengok luaran nampak banyak gak macam hero tapi dalaman depa sebenaqnya HEROT!

    **HEROT PETOT!!!

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO