SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

ZAMBERY HARGAI BLOGGERS

Posted by Detguaq Sunday, February 14, 2010

Mula-mula membaca tajuk, hati aku menjadi 'kembang'...bukan kembang sikit-sikit, tetapi kembang semangkuk.  Bukan apa, aku dah dengar lama dah bahawa blogger-blogger pro UMNO/BN sememangnya di beri perhatian positif di Perak, malah di Selangor blogger-bloggernya bergerak secara sisitematik untuk menangkis serangan maya oleh GOBLOGger (ada juga kerja mereka sebagai hacker) upahan pembangkang.

Tapi blogger-blogger di Kedah entah apa yang boleh di ibaratkan akupun tak tau nak 'categorize'kan.  Bukan niat untuk nak menyalahkan sesiapa.  Sejak sekian lama aku berblog (baik sebelum terjun ke blog genre politik) sehingga kini belum menampakkan ada penyelarasan dan pelarasannya di Kedah.  Bukan tiada inisiatif dari pihak freelance bloggers sebelum ini, tetapi hanya hangat secawan teh o.....sejuk di dalam cawan biar belum sempat di minum.  Sudah berapa kalikah pihak UMNO Kedah membuat pertemuan dengan blogger-blogger?  Dan berapa banyak pula blogger-blogger ini hadir pada tiap pertemuan?  Dan apa pula tindakan selepas pertemuan?

Yang aku nampak ialah selepas pertemuan, apa yang di bincangkan hanya menjadi penyendal mulut bagi pihak UMNO Kedah manakala freelance bloggers Kedah balik ke seghon masing-masing dan terus berkarya seperti yang dok ada la ni....  Dan dah ada juga blogger-blogger yang pro UMNO/BN walaupun pengisian blog mereka melalui penulisan mereka amat baik berbanding aku, tetapi akhirnya blog-blog mereka yang sememangnya mendapatkan hits yang merangsangkan akhirnya mati atau 'selop' begitu sahaja....

Dan acapkali juga bila bersembang-sembang santai, ramai yang mengaku berminat dan menampakkan sokongan yang jika di terjemahkan boleh membuak semangat blogger-blogger,tetapi bila di bincangkan secara serius, maka masing-masing yang tadinya nampak beria-ia mahu menolong 'seghot' kepala umpama kura-kura terkejutkan guruh.

Lihat sahaja apa yang terjadi lanjutan dari kursus membina blog oleh UMNO Kedah?....Sejuk dah teh O tu...

Tidak bertanggungjawablah aku jika aku mengangkat isu ini tetapi tidak memberi jalan penyelesaian.  Aku cadangkan begini, iaitu setelah melihat sikap peserta-peserta yang menghadiri kursus blog anuran UMNO Kedah tempohari, dapatlah aku katakan secara umum bahawa mereka yang menghadiri kursus berkenaan hanya datang untuk menikmati makan-minum di UMNO Kedah sebagai agenda utama di sebalik terpaksa hadir kerana nama mereka di pilih oleh bahagian masing-masing.  Boleh di bilang dengan jari berapa kerat sahaja yang balik dengan sebuah blog di bina dan terus mengukuhkan binaan blog berkenaan dengan bahan yang sentiasa bertambah dan tak kurang juga blog yang di bina runtuh di muka pintu dewan UMNO di Tingkat Enam....  JADI AKU NAK SARANKAN KEPADA BAHAGIAN-BAHAGIAN UMNO(sudah tentu Ketua Bahagiannya) Dalam Negeri Kedah ini agar merapati freelance-feelance blogger ini yang kalau boleh datang dari Parlimen yang sama dengan Bahagian UMNO untuk di jadikan anak angkat agar hubungan rapat dapat di bina dan supaya tanggapan berbentuk andaian di antara kedua pihak dapat di buang jauh.  Bagi aku keujudan blog-blog oleh anak Kedah, baik yang menetap di Kedah atau yang di perantauan memang cukup terserlah malah ada yang tersohor.  Manakala insan-insan yang telah dibina modal mereka sedikit-sebanyak oleh UMNO negeri yang mungkin sibuk sepanjang masa atau dah memang jenis 'baloq liat' ini di asah menjadi 'trooper' kepada freelance sedia ada.  Buat apa bersepah blog-blog di ujudkan tetapi umpama puing-puing membadai pantai!

Maka di hujung terowong aku memang mengharap sinar ada terhadap freelance bloggers yang rata-rata sehingga kini berblog menyokong UMNO/BN secara sukarela......

Aku yakin perkara ini boleh di jayakan dengan selesainya beberapa masaalah berat dan ringan yang berlaku di Perhubungan UMNO Negeri.

**Sekadar pertanyaan, agaknya berapa ramai freelance blogger di Perak yang di jemput oleh Zambery untuk hadir dalam perjumpaan dengan beliau?


***
 Tahniah kepada UMNO Bahagian Alor Setar yang telah mengujudkan Medan WIFI percuma di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bakar Bata, Jalan Putra.  Kalau sapa-sapa nak pi 'enjoy' free WiFi bolehlah bawa notebook masing-masing, kalau takdak depa ada sediakan 5 unit komputer meja untuk di gunakan.  Dan hangpa pula yang pi tu jangan dok guna sampai lingkup!  Gunalah dengan cara bertamaddun....


6 Responses to ZAMBERY HARGAI BLOGGERS

  1. CCZ Says:
  2. Hehehe Det!Adaka depa nak dengaq Det oi.Tak ada apa pun lah. Kedah ni dah hilang magis dalam berpolitik dah..Yang ada magis menikus!!!

     
  3. Cheguman... Says:
  4. Det,
    Demang sokong 100% cadangan tu. Hubungan rapat UMNO-blogger tempatan amat penting.

     
  5. Detguaq Says:
  6. Chegumann,

    Ya...cikgu antara nama yang sepatutnya saya angkat untuk bersama-sama. CCZ, walaupun posting ni dapat menumbulkan kekecewaan kpd sesetengah kawan-kawan, bukan itu fokus saya. Harap anda tidak kecewa dan terus bersama saya untuk berusaha mengubah lirikan mereka dari melirik sekadar mencemik kepada lirikan yang penuh penghormatan!

     
  7. Luth Textile Says:
  8. tahniah!

     
  9. assalamualaikum tuan det.

    secara amnya, telah ramai bloggers yang pro kepada umno sekarang ini berbanding sebelum pru-12. namun hakikatnya masing2 terlalu selesa dengan cara dan identiti yang tersendiri menyebabkan impaknya ke atas senario politik negeri kedah ini agak terhad.

    daripada pengalaman berkenalan dengan bloggers yang sedia ada, semuanya memang ada keinginan untuk membantu umno. sayangnya bagi saya, tidak ada sesiapa yang mahu ke depan untuk menjadi kepala.

    mungkin kekuatan tuan sebagai wakil media baru kepada biro penerangan umno negeri boleh dijadikan fokus untuk kita semua bersatu dengan satu matlamat yang lebih jelas.

    perjumpaan biasa atau kehadiran dalam kursus tidak akan membuahkan hasil jika sekiranya tidak ada follow-up dan komitmen. dipilih untuk menghadiri kursus bukan juga satu jaminan bahawa mereka akan terus komited untuk menjadi blogger secara konsisten.

    good leadership together with the ability to mobilize and utilize the available resources - mungkin itulah antara kriteria yang diperlukan untuk umno kedah lebih berjaya menandingi pembangkang di alam siber.

    walau bagaimanapun - tahniah dan syabas di atas usaha anda gigih anda selama ini.

    wassalam

     
  10. Detguaq Says:
  11. Salam kembali kepada Tuan TP,

    Saya tertarik dengan:

    perjumpaan biasa atau kehadiran dalam kursus tidak akan membuahkan hasil jika sekiranya tidak ada follow-up dan komitmen. dipilih untuk menghadiri kursus bukan juga satu jaminan bahawa mereka akan terus komited untuk menjadi blogger secara konsisten.

    Ada kebenarannya apa yang tuan quotekan di atas.

    Dan buat masa sekarang, my priority is to utilize whatever available and possible resources yang ada.....kdg2 rasa hampeh pun ada....

    **no stress when talking to non stress person...he he he...keep in touch doc!!! Now is Gen X period!

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO