SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Terkejut Berok, lepas tu selop kera, la ni ok dah....

Posted by detguaq12 Friday, September 16, 2011

Sapa tak terkejut bila tiba-tiba Najib semasa berucap sempena Sambutan Hari Malaysia terus mengumumkan pemansuhan akta ISA termasuk juga dengan akta buang daerah dan satu kajian semula untuk Akta Rumah Terhad yang semuanya digubal pada tahun-tahun awal kemerdekaan.  Begitu juga dengan akta polis yang digubal pada tahun 1967 turut akan mengalami transformasi.

Semalam selepas pengumuman memang aku seperti tidak percaya dan hilang semangat.  Tetapi ketika meneruskan perbincangan dengan beberapa orang pemimpin politik pelbagai rekasi dapat aku lihat.  Rata-rata mereka yang veteran terutama dari genarasi 'baby boom' ada yang menggeleng kepala dan ada yang terus menyanyikan lagu klasik 'Keep Falling Down' dan aku pula terus mengalunkan 'My Way' yang cukup disukai oleh Tun Dr Mahathir.

Tetapi selepas berdiam diri hampir separuh hari sambil meneliti kembali bait demi bait pengumuman oleh YAB Dato' Sri Perdana Menteri, aku kini boleh menarik nafas dalam keadaan tengan kembali....

Aku yakin satu lanskap baru dalam politik akan di transformasi dengan teratur dan sistematik......

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Najib sedari tiga realiti baru landskap politik, kata Saifuddin

TERKINI @ 11:55:00 AM 16-09-2011
September 16, 2011

Datuk Seri Najib Razak bersama sebahagian anggota Kabinet mengibarkan Jalur Gemilang selepas menyampaikan perutusan khas Hari Malaysia, malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 16 Sept ─ Langkah pemansuhan beberapa undang-undang dikritik rakyat dan menarik balik tiga proklamasi darurat merupakan mercu tanda ke arah transformasi politik yang komprehensif dan amalan budaya politik baru mengambil kira realiti semasa dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Saifuddin Abdulllah.
Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berkata perkembangan terbaru juga menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas mahu mengamalkan demokrasi yang progresif dan matang dengan mengambil kira keseimbangan antara soal-soal keselamatan nasional dan kebebasan individu.
“Terbukti Perdana Menteri amat memahami tiga realiti baru yang sedang berlaku dalam masyarakat iaitu media baru sebagai gelanggang perkongsian; kemunculan kesedaran baru sosial dan transformasi, ketiga demokrasi, yang memerlukan transformasi politik dilaksanakam.
“Ucapan yang berani dan bersejarah, satu mercu tanda ke arah transformasi politik yang komprehensif,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini kepada The Malaysian Insider.
Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.
Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Dalam pada itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pengumuman semalam membawa makna yang besar kepada negara dan amat bersejarah.Pemimpin bukan politik ini menambah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu akta yang tidak Islamik selain menjejaskan hak asasi individu dan boleh disalahgunakan oleh pemerintah dengan mudah, dan oleh itu tindakan memansukhkannya adalah tindakan yang amat islamik.
“Dalam masa yang sama menunjukkan semangat penghormatan hak rakyat yang tinggi oleh pihak pimpinan Perdana Menteri sekarang dalam isu ini,” katanya lagi.
Kata beliau, sekian lama perjuangan agar akta itu dimansukhkan dan “hari ini Perdana Menteri telah merealisasikan harapan dan impian rakyat ini.”
“Itu satu penunaian hasrat rakyat yang besar untuk melihat sistem pengadilan negara yang lebih baik,” kata beliau.
Tambah beliau, pengumuman malam tadi juga lebih berharga dari segala pemberian bonus dan kenaikan gaji kerana pemansuhan ini bererti mengembalikan hak asasi insani yang lebih berharga dari wang ringgit.
“Ini bererti ia sebuah hadiah daripada Perdana Menteri yang bermakna sempena Hari Malaysia,” kata beliau lagi.
Malah katanya, pengumuman ini bererti usaha transformasi negara dan kesedaran kerajaan Perdana Menteri sekarang tentang perubahan situasi rakyat tidak boleh dianggap retorik politik semata, sebaliknya ia telah diterjemahkan dalam beberapa langkah yang berani dan bermakna.
“Rakyat yang insaf, tanpa mengira parti hendaklah berterima kasih kepada pengumuman ini. Kita hendaklah berpolitik secara matang, memuji apa yang patut dipuji, menyokong apa yang patut disokong, membantah apa yang patut dibantah, mengkritik apa yang patut dikritik,” kata beliau.

4 Responses to Terkejut Berok, lepas tu selop kera, la ni ok dah....

  1. Mohd Says:
  2. Siapakah yg takut dgn ISA?
    Bukan rakyat biasa. Yg takut dan cuak dgn ISA adalah orang2 politik dari Pembangkang yg tak sudah2 sejak akhir2 ini bertindak dgn keterlaluan dan mengancam keselamatan negara.
    Selama ini ISA telah melindungi keselamatan rakyat jelata dpd anasir2 jahat yg sentiasa cuba menggugat keamanan negara. Jadi rakyat jelata tidak nampak sebarang kebaikan dgn Najib memansuhkan ISA dari aspek Rakyat didahulukan.
    Ini nampaknya anasir2 jahat yg didahulukan dan keselamatan rakyat diabaikan.
    Kalau pun Najib nak mansuhkan ISA, dia sepatutnya meluluskan dua akta yg disebutkan akan mengganti ISA dahulu. Kemudian baru mansuhkan ISA.
    Melayu mudah lupa .......

     
  3. detguaq Says:
  4. Mohd,

    Saya faham betapa kecewanya sesetengah dari kita bilamana ISA dimansuhkan....yang Kekal lagi Maha Kekal...Dialah yang tidak akan pernah berubah...

     
  5. Anonymous Says:
  6. buat lah Najib oooi apa yang hang suka.Ikut suka hang lah.Nak mansuh nama malaysia pun tak pa.


    apa yg jelas.kaya bertambah kaya .yg miskin bertambah.sebab itu dimana saja ramai penerima bantuan.

    sapaaaa lah penasihat Najib ini.

    PRU 13 ni .UMNO/BN hilang terus saja lah.
    Pembangkang cari isu lain pula.Dia sampai kiamat pun tak sokong punya lah.

    ahli UMNO semua yes man sahaja.tak ada suara ke.

     
  7. detguaq Says:
  8. Anon,

    Walaupun aku ini penyokong ISA dari dulu lagi tetapi bukan kerana nama dia ISA, tetapi content dalam ISA. ISA hanyalah label umpama label pada jenama. Tetapi isinya yang penting. Dan isinya juga selagi namanya ciptaan manusia, mana ada yang ABADI. Tanya dalam diri mana ada manusia yang umurnya kekal dan hidupnya kekal. SEMUAnya BERUBAH. Tetapi kita berusaha dan berdoalah supaya perubahan tersebut nanti kearah yang lebih baik insyaAllah.

    Janganlah pula kerana hendakkan sesuatu perubahan Najib menejrumuskan kita kearah kecelaruan seperti apa yang berlaku ketika era paklah....

    Anon, pembangkang juga ada masaalah, tetapi mereka pandai membiaskan masaalah mereka jauh dari tumpuan masyarakat dengan mereka-reka sesuatu agar BN yang seoalh-olahnya yang bermasaalah. Percayalah pakatan mereka juga ketika ini cukup GOYAH!!!!

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO