SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

KELANTAN CIPTA HATRIK!!!

Posted by DETGUAQ11 Friday, September 23, 2011


Ucapan muluk-muluk dari mulok busok:

Napoknyo ambo nge rakyak kelate meraso banggo tok leh nok ghoyak nge mulok.  Buke sene tepak-tepak layei nok muleh teng kelate bak keh-keh rogo nge iads ni...demo kaloh sie-sie lagi: N.ajis.


Dari Utusan Malaysia


Kelantan paling tinggi hidap HIV, AIDS

KOTA BHARU 15 Sept. - Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit yang tiada ubat itu.
Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia, Dr. Illias Adam Yee berkata, ia diikuti dengan negeri Pahang dengan 24 daripada 100,000 penduduknya dijangkiti HIV, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5) serta kesemua negeri ini melebihi dari kadar jangkitan HIV keseluruhan di Malaysia iaitu 12.9.
Beliau berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.
"Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin. Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).
"Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan.
"Pihak kami akan terus bekerjasama dengan pihak terlibat dengan mengadakan kempen untuk mendidik orang ramai mengenai penggunaan kondom dan seks yang selamat untuk mengurangkan penyakit ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM15,000 dari Hotel GRV di sini, hari ini.
Sumbangan itu merupakan 10 peratus daripada keuntungan kasar promosi bufet Ramadan Hotel GRV pada bulan lepas.
Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar GRV, Vincent Chua dalam satu majlis ringkas kepada Dr. Illias.
Dr. Illias Adam berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 3,652 kes jangkitan HIV telah dilaporkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan sejak tahun 1987 sebanyak 91,632 kes.
"Sejumlah 2,985 (81.7 peratus) kes jangkitan HIV terdiri daripada lelaki dan 668 (18.3 peratus) adalah perempuan. Majoriti kes iaitu 88.7 peratus jangkitan masih berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 20-49 tahun.
"Statistik Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa majoriti daripada penularan HIV berlaku di kalangan orang Melayu iaitu 65,235 atau 71 peratus daripada jumlah penghidap HIV di seluruh negara," katanya.


Dari Berita Harian

Kadar jangkitan HIV tertinggi di Kelantan


2010/12/06

KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.
Katanya, pada 2008, kadar jangkitan HIV di Malaysia pada nisbah 13.3 orang, manakala 10.8 orang pada 2009 bagi setiap 100,000 penduduk, sedangkan Kelantan mencatat nisbah 47 orang pada 2008 dan 37.2 orang tahun berikutnya.
“Peningkatan kes wanita dijangkiti HIV di negara ini juga membabitkan negeri itu dengan jumlah tertinggi iaitu 1,211 kes, diikuti Johor (1,124 kes) dan Selangor (1,107 kes).

“Ekoran peningkatan kes ini, saya meminta seluruh rakyat Kelantan segera melaksanakan Gempur Aids iaitu satu program bagi membendung peningkatan kes HIV dan Aids di negara ini,” katanya pada majlis Pelancaran Sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Kamal Hasan dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Liow berkata, senario HIV di negara ini sudah berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatat 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum suntikan, berbanding tahun lalu hanya mencatat 55 kes saja.
Bagaimanapun, katanya, kes jangkitan melalui hubungan seksual menunjukkan peningkatan berbanding 10 tahun lalu daripada 18 peratus kepada 32 peratus tahun lalu dan terus meningkat tahun ini.

“Nisbah wanita dijangkiti HIV juga semakin meningkat dengan 3,206 suri rumah dijangkiti sehingga September lalu dan golongan ini diminta menasihatkan suami yang menagih dadah menjalani ujian HIV serta memakai kondom apabila membuat hubungan kelamin,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelbagai langkah pencegahan penyakit dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan kerajaan dan agensi lain, kes HIV semakin menurun daripada 6,756 pada 2003 kepada 3,080 kes pada 2009, manakala bagi sembilan bulan pertama tahun ini, hanya 2,741 kes HIV baru dilaporkan.

“Kes jangkitan HIV di negara ini masih tertumpu di kalangan mereka yang berisiko tinggi iaitu 71 peratus membabitkan perkongsian jarum suntikan ketika menagih dadah dan 19 peratus menerusi hubungan seks.

“Kerajaan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta setahun bagi memberi rawatan serta perkara berkaitan kepada pesakit dan akhir tahun lalu, seramai 9,962 sudah menerima rawatan antiretroviral (ARV),” katanya.

Sementara itu, Zaman berkata, gaya hidup bebas seperti dilakukan segelintir lelaki termasuk dari negeri ini yang selalu ke pekan Golok, Selatan Thailand, menjadi punca meningkatnya penyakit HIV di Kelantan.

0 Responses to KELANTAN CIPTA HATRIK!!!

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO