Lega aku denganr pandangan bekas orang kuat MCA yang menasihatkan BN agar tidak meletakkan Presiden MCA sebagai calon pada PRU13 yang akan datang demi untuk mengelakkan kesan buruk terhadap keputusan terhadap BN nanti. Nampaknya Ong Tee Kiat memahami budaya majoriti rakyat Malaysia menolak pemimpin yang rosak moralnya walaupun mereka juga sebenarnya bukan semuanya bersih dari skandal, cuma mereka bukan pemimpin tertinggi dan ada pula hanya sebagai rakyat biasa.
Apa-apapun aku nak ucapkan syabas kepada senior dalam MCA yang berani berterus-terang demi memastikan BN dapat terus diterima rakyat dan melangsungkan sewrta mengekalkan status quo nya.
Tee Keat: Soi Lek tidak harus jadi calon BN ekoran skandal seks
September 30, 2011

Dr Chua (gambar), yang menewaskan Ong pada pemilihan ekoran krisis dalam parti 18 bulan yang lalu, tidak mengesahkan sama ada akan bertanding meskipun minggu ini mengumumkan beberapa pemimpin tidak akan diturunkan pada pilihan raya umum kali ini.
Khabar angin tersebar sejak Februari lalu bahawa Ong juga akan digugurkan daripada bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.
Kata Ong, skandal seks Dr Chua akan terus menghantui presiden MCA dan juga BN.
“Adakah beliau calon yang boleh menang? Saya tidak melihat rakyat Malaysia boleh terima beliau.
“Memang beliau mahu bertanding. Beliau berkata lima bahagian mahu beliau bertanding dan ramai termasuk diri beliau akan berkata bahawa salah laku atau tindakan tidak bermoral bukan alasan untuk menafikan beliau hak untuk bertanding,” katanya lagi.
Kata Ong, jika Dr Chua bertanding ia akan menjadi ujian asid berhubung nilai diri seseorang.
0 Responses to BN TOLAK CALON ADA SKANDAL SEX. PKR ADE KE? ADE?