Aku dimaklumkan bahawa mesyuarat kali pertama semenjak diketuai oleh KB baru akan dilangsungkan pada 6/12/2008 nanti. Tidak pula kau pasti siang atau malam. Dan agendanya secara terperincipun aku tak tahu.
Tetapi pada andaian aku, KB tentunya akan berbincang dengan seluruhAJK Bahagian Jerai bagi memilih diantara mereka untuk membantu UBJ bergerak secara lancar. Dan aku amat berharap sangat mereka yang menduduki AJK bahagian akan berkerjasama secara muafakat dan erat bagi menghadapi PRU yang akan datang.
Aku juga mengandaikan kemungkinan besar 'orang UMNO' dari cawangan aku akan diangkat oleh UBJ sebagai Setiausaha memandangkan ketelitian dia dalam melaksanakan kerja-kerja yang memerlukan sistem pengurusan yang tertib. Aku ada cipta motto untuk mewakili beliau, iaitu 'KUAT BEKERJA ADALAH PIDATO SAYA' kerana aku begitu kagum dengan cara beliau dalam melakukan saut-satu kerja yang diarahkan kepada beliau(dan beliau juga mampu mengarah!) baik oleh Dato' Ketua cawangan(semasa dicawangan) mahupun semasa diBahagian. Ini adalah penggal kedua beliau menjadi AJK UBJ. Rata-rata begitu senang sekali dengan cara beliau baik bekerja, baik berpolitik, baik bermasyarakat dan bersosial.
Dan aku juga dengar soksek-soksek bahawa bagi jawatan Bendahari UBJ, kemungkinan besar orang yang tiada jawatan sebagai AJK UBJ akan dilantik kekedudukan berkenaan. Kalau tanya pandangan peribadi aku, Datuk KB sebagai ahlul koperat berjaya lama sebelum aktif berpolitik diJerai sudah tentu telah menyelidiki akan hitam putih, baik buruk kenapa (jika itulah formulanya) dia memilih ahli yang tidak menduduki AJK UBJ megikut petimbangan yang wajar, kerana sepanjang yang aku kenali dia, beliau bukanlah seorang yang terburu-buru bila perlu membuat keputusan yang strategik dan penting. Dan pada aku pula dengan perlantikan bendahari dari ahlu bukan AJK UBJ maka kuranglah karenah birokrasi dalam mentadbir urusan kewangan UBJ. Iru sekadar pandangan sahaja.
Apa-apapun aku ucapkan selamat bersidang kepada seluruh kepimpinan UBJ. Bersidanglah demi Alif Ba Taa, demi ahli dan demi rakyat keseluruhannya.
Aku kata ni sebab......
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to Mesyuarat UBJ