Tadi aku baca dalam paper yang Mat Lesu kena tindakan disiplin.
Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena digantung keahlian
22/12/2008 1:39pm
Oleh Arshad Khan
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena di Kedah, Datuk Ahmad Lebai Sudin digantung keahlian selama dua tahun bermula 17 Disember lalu oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melakukan sabotaj terhadap parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor pula diberikan amaran setelah didapati bersalah berkempen untuk jawatan parti menggunakan blog.
Selain kedua-dua mereka, seorang ahli Pergerakan Wanita UMNO Pokok Sena, Halimah Hanafi turut digantung keahlian selama tiga tahun kerana membuat aduan palsu diikuti dua Ahli Jawatankuasa Cawangan UMNO dalam Bahagian Batu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd. Rahman pula diberikan amaran. – Utusan
Aku rasa lesu nak komen....
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
orang macam mat lesu ni patut ikat dia. dan ambil kerengga bubuh kat badan dia. dah lah kaya raya dengan umno... jenis manusia yang tak kenang budi... baruah sungguh...