Ketika aku memulakan ketukan pada papan kekunci in jam menunjukkan 11.39 malam....hanya tinggal lebih kurang 20minit lagi untuk kita melangkah ketahun 2009......
Harapan? Masing-masing ada menaruh harapan dihati masing-masing dengan pelbagai harapan. Aku juga tak terkecuali. Namun biarlah harapan yang peribadi aku tidak ceritakan disini. Namun harapan yang paling menggunung ialah agar Malaysia terus aman, terus maju dan terus berjaya. Berdiri megah tanpa ada tangan luar yang menjadi dalang yang menarikan tali supaya kita bergerak dan menari mengikut tali yang digerak.
UMNO perlu kembali kepada landasan yang kukuh dan dihormati oleh rakan BN dan pembangkang!!!
Dan SHOUT BOX aku disebelah kanan telah aku tukarkan tajuknya kepada ADUAN RAKYAT JERAI agar jika ada perkara yang hendak disampaikan baik kepada wakil rakyat mahupun kepada UMNO Jerai dapat aku tolong salurkan kepada pihak yang berkenaan InsyaAllah.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
Saudara,
Teruskan perjuangan. Saya setuju dengan usaha saudara menyediakan ruang untuk orang jerai membuat aduan. Bagus.
- orang padang lumat
Terima kasih atas komen anda mengenai ruangan berkenaan. Memang hasrat saya untuk kalau boleh biarlah pemimpin yang rakyat lantik dapat berinteraksi terus bersama rakyat tempatan tanpa 'tembok'. Saya hanya menyediakan platform.