Pagi tadi aku dimaklumkan melalui sms bahawa salah seorang AJK UBJ telah menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi kerana serangan jantung. Aku tidak sempat menziarahi mayat beliau memandangkan informasi yang aku dapat agak mengelirukan. Beliau yang aku maksudkan ialah Tuan Haji Ya'akub Ahmad(kedudukan ke20 semasa MPB dulu).
Beliau dengan aku bukan baru kenal, panggilan mesra 'Tengku' yang kerap aku ucapkan sebagai panggilan sekadar bergurau selepas ini tiada lagi, kerana beliau sudahpun tiada. Dan sepanjang bergaul kami banyak membicarakan pelbagai hal, dari politik, kemasyarakatan, ehwal dunia, keagamaan(beliau banyak mengetahui ayat dan makna ayat-ayat AlQuran) termasuklah perniagaan beliau.
Teh dari Acheh memang sinonim dengan beliau. Akhir-akhir ini barulah beliau berani menjinakkan diri dengan dunia binaan. Banyak juga projek-projek kecil yang beliau telah jayakan setelah diberi amanah oleh pihak berkuasa, kerana beliau sebelum benar-benar berani menjadi kontraktor, telah lama belajar sedikit demi sedikit dari kawan-kawan selok belok dunias pembinaan
Begitu juga dalam masa yang hampir sama seorang kawan rapat aku yang aku panggil Shah saja juga telah kematian ibunya. Dia juga agak aktif dalam UMNO walaupun tiada jawatan dicawangannya dulu. Dan semenjak ibunya sakit, dia berpindah kembali ketempat asalnya dan kini setelah ibunya meninggal, beliau ada memberitahu aku untuk kembali aktif dicawangan yang aku anggotai.....Selamat Berjuang.
Aku berdoa agar Allah mengampuni kedua mereka semasa hayat dan 'tangan'Nya jualah segala keputusan untuk diadili.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to TAKDIR ALLAH