Entah apalah gamaknya yang telah berlaku dalam otak pemberita malASSnyakini. Neuron-neuron dalam kedua-dua belah otak mereka rosak teruk manakala neuron di otak yang tengha pula langsung tidak berfungsi. Bila beberapa lama dahulu kerajaan mengumumkan insentif untuk golongan muda memiliki rumah mereka seperti lumrah mereka akan memperlecehkan usaha ini sehingga ketahap tidak masuk akal dan dengan cara yang langsung tidak berakhlak. Wartawan malASSnyakini terang-terang telah berjaya diindoktrinasi dengan fahaman yang cukup negatif sehinggakan usaha ini kini menjadi berbau politik bila di anjakkan termanya menjadi isu rumah pengundi muda.
Bandingkanlah isu rumah pengundi muda dengan usaha kerajaan untuk menyediakan rumah kepada golongan muda. Tentulah ianya jauh beza kerana jika ianya isu politik, umpama puntung kayu reput dimakan api. Cepat membakar cepat pula musnah menjadi abu yang sekadar menjadi bahan mencuci gigi KUNING yang cukp kotor dek berada didalam mulut yang kotor. Tetapi usaha oleh kerajaan BN bukan sahaja pragmatik, beralasan malah ianya akan berjaya dalam jangkamasa panjang. Manakala isu yang sengaja dicipta oleh mereka akan terpadam bila golongan muda telah mulai memiliki rumah sendiri sejak dari mula awal karier mereka dan sudah tentu mereka akan dapat melangsaikan ansuran rumah mereka apabila kerjaya mereka berada di tiga perempat perjalanannya.
Tetapi percayalah rakyat, terutamanya golongan muda, modal air liur beracun pembangkang akan mengering umpama setompok ludah ditengah terik mentari.
Bacalah berita yang digarap dengan penuh kebencian dalam MalASSnyakini:
BN, Pakatan berlumba selesai isu rumah pengundi muda
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kedua-dua pihak memperkenalkan program perumahan yang mampu dimiliki di mana para penganalisis percaya ia untuk menarik sokongan, terutama di kalangan pengundi muda yang paling teruk menghadapi masalah tersebut.
Bagi BN, kata pensyarah sains politik di Universiti Malaya, Noor Sulastry
Yurni Ahmad, program tersebut adalah sebahagian daripada senarai pengumuman yang dilihat dibuat "tergesa-gesa" untuk tujuan tersebut.
"(Program itu) adalah satu strategi politik yang jelas untuk pengundi muda. Terdapat sekurang-kurangnya satu juta pengundi kali pertama, tidak termasuk mereka yang mengundi pada 2008."
Ketua eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Wan Saiful Wan Jan turut bersetuju dengan pandangan tersebut.
Walaupun beliau percaya pemberian pinjaman peratus kepada mereka yang tidak mampu membuat pembayaran balik adalah "berbahaya", tetapi Wan Saiful berpendapat BN "bijak" dalam mengumumkan skim tersebut.
[Baca berita penuh]
0 Responses to Rumah Kepada Golongan Muda: Pembangkang hanya ada modal air liur beracun