ALOR SETAR, 2 Ogos 2011 – Keadaan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dilaporkan stabil setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas setelah dinasihatkan doktor untuk berehat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, YB Dr. Ismail Salleh, keadaan Azizan bertambah baik sejak semalam dan mampu berbual dengan tetamu.
“Beliau membuat rawatan awal di Kedah Medical Centre (KMC) sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan susulan di IJN.
“Beliau menjalani prosedur angiogram dan dimasukkan ke wad untuk pemantauan berterusan,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, kemungkinan Azizan akan berehat daripada aktiviti rasmi kerajaan negeri antara satu dan dua minggu dan buat masa ini, semua majlis rasmi yang dijadualkan untuk beliau akan diwakili Exco.
“Beliau masih memerlukan pemeriksaan rapi dan pemantauan. Walau bagaimana pun pihaknya tidak perlu lantik Pemangku Menteri Besar kerana tempoh berehat beliau tidak melebihi 30 hari,” terangnya.
Beliau juga mengharapkan Azizan akan segera sembuh dan dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa.
**Aku yakin kesihatan MB Kedah akan bertambah baik sekiranya beliau betul-betul berehat sepanjang ramadhan ini. Dengan umur beliau dan dikelilingi penyakit-penyakit yang dikategorikan sebagai tiga serangkai tentunya tenaga untuk melawan penyakit-penyakit ini amat perlu diberi penumpuan. Pada ketika inilah beliau perlu melantik pemangku kepad MB. Perlantikan ini bukan sahaja perlu bagi meneruskan kerja-kerja MB, ianya juga sebagai isyarat kepada pemimpin pas lain bahawa inilah bakal MB pada masa hadapan dan sokongan awal dari kepimpinan pas Kedah perlu di tonjolkan tepat pada ketikanya. Bila sudah di tunjukkan oleh Ustaz Azizan pemangku MB nanti, maka segala tandatanya mengenai pengganti beliau sudah tentu terjawab. Dan mana-aman pemimpin kanan yang turut bermimpi untuk menduduki kerusi MB pada masa hadapan perlulah memedamkan bara harapan mereka.....
ITUPUN KALAU PAS MENANG LAGI.
eh eh eh.sayang kalau mat sabu jadi pemngkau MB elok juga.tapi tak boleh noooo..mhfup pun tak boleh.