SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PUTRAJAYA: KITA TETAP NAK PERTAHAN, DEPA TETAP NAK RAMPAS

Posted by detguaq12 Tuesday, August 16, 2011




PEMBUNUHAN KARAKTER PEMIMPIN BN - PART 2

Kapal selam, scorpene dan apa juga rancangan pemodenan angkatan tentera yang berlaku di zaman Najib menjadi Menteri Pertahanan (diluluskan di dalam parlimen) semua mahu dipalitkan dengan komisyen dan rasuah. 

Mereka tidak sedar, tindakan yang dilakukan pembangkang adalah tindakan membogelkan strategi keselamatan dan kerahsiaan sistem pertahanan negara kepada musuh luar. Pembangkang tidak punya pertanggungjawaban dan amanah dalam soal ini kerana mereka bukan kerajaan. Malah pembangkang sabitkan faktor keselamatan dan kerahsiaan yang diamalkan oleh kerajaan ini sebagai bukti wujudnya rasuah dalam pembelian senjata kerana kerajaan tidak transparen dalam pembelian senjata yang melibatkan belanja yang besar.  

Kalau ikut pembangkang, mereka mahu soal pembelian senjata ini dibuat secara transparen, sama seperti tender makan dan bersih kawasan di MBPJ. Siapa layak dia dapat. Bagi mereka,  biar 1 dunia tahu rahsia pertahanan negara. Biar 1 dunia tahu apa teknologi security yang digunapakai, apa source code keselamatan sistem pertahanan, apa latihan yang diberi, spesifikasi mengikut harga mesti jelas. Semua mesti didedahkan kepada umum. 

Tapi pada hakikatnya, sehingga kini, pihak pembangkang masih lagi terkial-kial mengumpul bukti penyelewengan dalam pemodenan persenjataan ATM. 

Peguam dari Perancis pun mahu dijadikan bahan lelongan. Kalau benar sudah ada bukti prima facie, apa perlunya diimpot peguam ini dari Perancis. Kenapa mereka lebih cenderung menjaja kononnya "bukti sahih" di dalam ceramah-ceramah politik daripada bertindak mencari kebenaran dan membuat pembuktian melalui saluran mahkamah?

Jelas di sini, pembangkang sebenarnya tidak berminat dengan bukti-bukti samada wujud atau tidaknya penyelewengan dan rasuah. Mereka hanya berminat untuk membuat koleksi seberapa banyak "isu" yang boleh dimainkan bagi menjahanamkan persepsi rakyat terhadap pimpinan no.1 negara. Benar atau tidaknya sesuatu tuduhan itu bukanlah keutamaan bagi mereka. 

Pembangkang lebih suka rakyat berada dalam suasana kekeliruan daripada mengetahui kedudukan sebenar sesuatu isu yang dibangkitkan. Bila kekeliruan berleluasa dalam masyarakat, maka mudahlah pembangkang memainkan sentimen dan apa juga tuduhan yang boleh menambahburuk lagi persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Rakyat hari ini telah dipaksa untuk mengikut rentak pembangkang bermain dengan setiap isu. Hakikatnya, rakyat yang tidak minat politik, sudah semakin muak dengan "budaya politik 24 jam" yang dibawa pembangkang.

Tapi inilah yang sedang berlaku di negara ini sejak BN kehilangan 2/3 majoriti di parlimen. Faktor 2/3 sangat penting untuk menjamin kestabilan kerajaan memerintah agar tidak diganggu-gugat secara tidak bertanggungjawab oleh pihak pembangkang.

Di US atau negara-negara yang telah maju demokrasinya mungkin tidak mempunyai masalah jika kerajaan memerintah dalam situasi majoriti mudah. Demokrasi mereka sudah matang dan parti yang kalah bersedia menerima hakikat kekalahan mereka secara demokratik.

Tetapi bagi negara yang belum mencapai tahap kematangan demokrasi, majoriti 2/3 memainkan peranan yang cukup penting ke arah kestabilan politik dan pembangunan negara.

Pemimpin pembangkang di negara kita masih tidak mampu berfungsi sebagai pembangkang yang konstruktif dan berkesan untuk negara. Mereka lebih cenderung memilih untuk mementingkan ego centric kepartian daripada bertindak sebagai pembangkang yang beretika dan konstruktif kepada negara. Mereka tidak mampu memberi alternatif yang menunjukkan dasar mereka lebih baik dari dasar BN.

Pembangkang sedar, jika mereka berpolitik dengan mengikut kaedah dan etika demokrasi secara matang, pakatan mereka tidak akan ke mana. Apabila kerajaan dan pembangkang bersikap rasional, maka rakyat juga akan turut berfikiran rasional. Dalam keadaan rasional, sokongan rakyat terhadap pembangkang tidak mungkin dapat ditingkatkan, melainkan jika pemerintah itu tersangat lemah pentadbirannya atau pun melakukan banyak kezaliman penindasan terhadap rakyat.

Kezaliman kerajaan BN terhadap rakyat yang cuba digambarkan oleh pihak pembangkang, hakikatnya terlalu jauh tersasar dari apa yang dirasai oleh seluruh rakyat. Rakyat tidak tahu pun mereka dizalimi oleh pemerintah kerana mereka tidak pernah dizalimi. Pembangkang yang kata mereka sedang dizalimi oleh kerajaan BN.

Tabiat pembangkang ini samalah seperti berusaha mengalirkan air sungai ke hulu...

2 Responses to PUTRAJAYA: KITA TETAP NAK PERTAHAN, DEPA TETAP NAK RAMPAS

  1. Anonymous Says:
  2. kita akan pertahankan Putrajaya!
    biar putih mata, jangan putih tulang!

     
  3. detguaq Says:
  4. Anon 8:44 adalah contoh pesakit mental yang sudah jauhdari kewarasan, sebab ituah sudah tidak mengenal perumpamaan Melayu yang asal.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ