Kes Pegawai Imigresen yang pernah menyeleweng.
Kembalilah ke pangkal jalan
PASIR MAS - “Kembalilah ke pangkal jalan sebelum kamu terlambat kerana kamu masih punya masa untuk berbuat demikian,” demikian kata seorang bekas pegawai Jabatan Imigresen yang dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.Nasihat lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditujukan kepada rakan lain agar berhenti melakukan perkara yang boleh mengancam keselamatan negara.
Beliau adalah seorang daripada lapan bekas pegawai Jabatan Imigresen yang dibebaskan secara berperingkat mulai Selasa lalu dan semalam.
Mereka ditahan tahun lepas kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia di negara ini.
Lelaki itu berkata, penahanan tersebut memberi keinsafan dan pengajaran berguna kepadanya.
"Kalau ada yang masih buat perkara itu, saya nasihat sangatlah jangan lakukan kerana akhirnya akan merugikan diri kita sendiri, dan fikirlah kepada keluarga sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini. - Bernama
Ini adalah seruan dari seorang bekas pegawai Imigresen yang ditahan dibawah ISA. Seruan yang patut diambil iktibar dan disahut secara positif. Tetapi berbadning dengan lain-lain tahanan ISA, tahanan politik pula memberi gambaran sebaliknya. Itupun berbeza-beza mengikut individu. Keban yakan tohmahan buruk terhadap ISA oleh tahanan dibawah kategori politik dapatlah difahami. Esen politik gaya pembangkang tetap idak dapat dipisahkan oleh mereka kerana bersebab. Kalau di akui bahwa ISA itu positif maka akan berakhirlah karier politik mereka, larilah pengikut dan penganut dan lunturlah pengaruh dan cengkaman mereka terhadap populariti. Tetapi jika dilihat keberanian mereka untuk berkali-kali menyertai 'kuliah' ISA tentulah boleh dipersolakan, Tentulah juga menjadi pertnayaan kepada rakyat yang mahu berfikir LEBH SEDIKIT. Kalau benar-benar tahanan ISA didera fizikal mereka sehingga begitu rupa tidak mungkin pembanglang yang hanya kuat semangat untuk meracuni pemikiran rakyat itu sanggup berulangalik masuk 'Kolej ISA'. FIKIR!Aku lebih berpendapat bahawa apa yang mereka gambarkan selepas graduasi Kolej ISA hanyalah imaginasi nakal agar timbul perasaan paranoid terhadap ISA. MEREKA ADALAH PARANOIA.
\Tetapi seperti juga hukuman gantung terhadap jenayah dadah dan pembunuhan kalau dh tak tahu serik tetap juga akan terus dilakukan oleh manusia sampai kiamat.
0 Responses to ISA Mengnisafkan sesiapa yang mahu insaf