Aku baru sahaja TERbaca mengenai kononnya polis Preancis telah menemui dokumen pembelian kapal selam dan dengan sengaja sekali lagi mengaitkan DSMNTR dengan Altantuya. Dan sekali lagi juga gambar seorang model Korea digambarkan seolah-olah itulah Altantuya, skrip yang kemudiannya ditiru bulat-bulat dalam kes kematian Burhanudinyang diimposed oleh Suhardi Almadudua. PARIA betul tahapo dia orang ni.
Kemudiannya aku tergerak untuk bertanya 'pakcik ' gogle untuk tolong gagaukan maklumat rasmi dari pihak polis negara Prancis. Buat masa ini aku masih belum temui. Terus satu persoalan menerjah difikiran aku apakah selepas ini seperti yang lazim-lazimnya satu dokumen palsu ala-ala superimposed menggunakan teknologi photoshop seperti yang sering dilakukan oleh pihak pembangkang akan dibuat sekali lkagi seperti yang baru lalu berkaitan pembelian cincin permata oleh DS Rosmah Mansor????
Kalau ada sesiapa boleh bagi link yang ada kenyataan rasmi oleh polis negara Prancis berkaitan dokumen sulit pembelian kapalselam Scorepene itu silalah maklumkan segera kepada aku. Kalau setakat dimainkan oleh blog-blog dan portal berita fitnah online pembangkang sahaja aku seru diri aku dan rakyat jelata agar usah mempercayai PEMBOHONGAN BERTERUSAN pihak pembangkang yang disokong oleh ANASIR luar yang cukup irihati dengan BN dan rakyat Malaysia yang kasihkan negara ini. Dan sekali lagilah begitu GALAK pengkomen-pengkomen yang berasakan diri mereka cerdik kerana dbuai, di ayun dan dilambung dengan ungkapan pemanis bibir itu. Dia orang tak tahu yang selepas dilambung kalau jatuh pemimpin-pemimpin pembangkang tak akan sambutpun.. Contoh paling klasik ialah nora reformis tu.
Aku sarankan kerajaan terus haramkan seorang peguam paria dari Prancis yang bernama William Bourdoh dari memasuki Malaysia kerana dia ini bagi aku hanya pandir upahan bagi menggambarkan cerita dongeng sebagai cerita benar.
0 Responses to Fitnah Berterusan Terhadap YAB DS Najib dan BN Berkaitan Scorpene.