Begitulah gahnya slogan pemanis mulut sebagai penghias slogan bagi menggantikan Kedah Maju oleh kerajaan sekarang, selain dari slogan 'kencing manis' Kedah Sejahtera nikmat untuk semua. Buktinya ialah dengan bertambahnya anak-anak syarikat baru kerajaan negeri yang terus membawa keuntungan kepada pengarah-pengarah yang tetapi kerugian dipihak rakyat. Sebab itu kerajaan sekarang begitu gelojoh dan gapah mengadakan anak syarikat-anak syarikat baru seperti yang di umumkan didalam sidan DUN yang lepas.
Setelah aku menyiarkan kisah Keli-K yang telah diberi makanan berinovasi oleh dua syarikat yang bernama YHSB dan DGST, semalam aku berasa bukan sahaja amat terkejut, malah amat terpana dan teruja melihat hasil keli-k yang telah berjaya diternak di pusat ternakan Keli-K berkenaan. Hasilnya amatlah menakjubkan kerana jika di kerat-katam, akuyakin seluruh rakyat Kedah akan dapat merasai bahagian masing-masing. Nampaknya makanan yang dihasilkan menurut penduduk tempatan, iaitu campuran KAYU BALAK dan PASIR telah berjaya menghasilkan spisis KELI yang cukup HEBAT! Ostat Eizan sepatutnya bangga dan pihak Malaysia Book Of Record atau Guiness Book of World Record patut memikirkan satu bentuk anugerah untuk diberi sebagai penghormatan kepada idea inovatif MB Kedah ini. Anugerah ini bagi aku adalah antara 'supplement' yang baik untuk rawatan tambahan kepada beliau yang boleh mempercepatkan kesembuhan beliau.
Dibawah ini aku siarkan gambar spisis Keli-K yang aku percaya seluruh rakyat Kedah sedanbg tertunggu-tunggu untuk merasai bahagian masing-masing. Terpulanglah kepada mereka samada untuk digulai, goreng,bakar atau masak asam pedas. Masak Lomak pun boleh juga.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Atau mahu mencuba resepi sendiri
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebagai tanda kejayaan hebat ini, ostat eizan kena memikirkan untuk
memberi duit raya kepada setiap rakyat jika spisis keli seperti
diatas mencatatkan jualan yang memberangsang serta menguntungkan!!!
Sapa yang uruskan inovasi terhebat ni?
pic satu signbord kata NOVEL
pic 2 kata Agro Kedah pulak...
kaaa syarikat pun berinovasi sama cam keli tu jugak?..
Iskk..lagu ni punya keli kalu kena tanduk dia..mau ICU..
lepas ni PAS nak buat kilang serban hijau pula....
Pak Teh, Ostat Eizan masuk IJN hari tu pasai tekejut tengok KELI ni lah...
Mak Teh, saiz serban tu kena sama besar dengan KELI-K, baru masuk dalam Malaysian bokk of record!!! bwahaahaahaa!!!