Aku di maklumkan bahawa tengahari semalam satu perjumpaan di antara Boneka kerajaan campuran parti-parti bukan BN(P2CBBN) iaitu Khalid Ibrahim dengan seKUTU-seKUTU yang mengerumuni kepalanya yang terdiri dari pemimpin-pemimpin dap Selangor di bangunan SUK Shah Alam.
Mereka ialah Tan Kok Wai, Ronnie Liu, Ean Yong Hian, V Gabanathiroa dan Senator S. Ramakhrisnan.
Setelah mereka menekan dan Khalid rasa tertekan dengan tekanan oleh mereka yang menekan akhirnya Khalid yang hanya Boneka P2CBBN tanpa tergagap-gagap telah bersetuju untuk menubuhkan satu pusat kebudayaan Cina dan India dikawasan Kelang .
Walaupun belum ada tanah yang ditetapkan tetapi Khalid Boneka telah berjanji akan mengambilalih tanah Yayasan Selangor untuk tujuan pembinaan pusat kebudayaan tersebut.
Dalam pertemuan/mesyuarat itu juga persetujuan telah dicapai untuk menyediakan beberapa tapak tanah bagi pembinaan sekolah-sekolah cina dan tamil. Tiada pula dimaklumkan mengenai tapak tanah untuk sekolah-sekolah Melayu.
salam, wow! berita panas!!! hahaha