Gambar hiasan.
Bagi pelajar yang betul-betul mendapat keputusan cemerlang, selalunya bagi mendapatkan tempat ke tahap seterusnya dan juga biasiswa selalunya tidak menjadi masaalah. Tetapi bagaimana pula pelajar-pelajar yang sebenarnya cerdik tetapi akibat tersalah langkah ketika menjawab menyebabkan keputusannya agak kurang cemerlang tetapi masih dalam kategori baik? Mereka inilah yang selalunya berada dalam keadaan terumbang-ambing.
Semangat yang ada jika terus di biar terumbang-ambing akan luntur sedikit demi sedikit jika segala jalan yang di lalui untuk mendapatkan tempat ke IPTA terbantut akibat demand yang terlalu tinggi dan akhirnya hanya ada IPTS sebagai alternatif. Selalunya IPTS bersedia menerima pelajar-pelajar dalam kategori ini. Jadi peluang untuk mereka menapak dalam pengajian peringkat ikhtisas(tertiary) tetap terbuka. selesai sudah perkara untuk mencari tapak meneruskan pemburuan ilmu.
Bukan semua keluarga kita mempunyai kemampuan. Masih ramai orang Melayu memilih untuk hidup bersederhana. Jadi kebanyakan dari mereka mempunyai perbelanjaan yang terhad walaupun kesedaran terhadap menggali ilmu pelajaran semakin meningkat. Bagaimana pula mereka yang benar-benar hidup di paras kemiskinan kerana keadaan? Dan bagaimana pula mereka yang memilih untuk terus hidup dalam garis kemiskinan gara-gara ketua keluarga yang malas tetapi mempunyai anak yabng cerdik dan cemerlang dalam pelajaran? Sudah tentu kita wajib membantu anak-anak yang cemerlang ini waalupi ketua keluarganya pemalas dan asyik menghabiskan masa di kedai-kedai kopi sambil gaya bersembangnya mengalahkan ahli politik mahupun ahli koperat.
Kembali kepada isu IPTS, semua kita tahu bahawa yuran pengajian yang di kenakan adalah tinggi jika di ukur dengan tahap pendapatan kebanyakan keluarga dari kalangan bangsa kita, Melayu islam. Kalau kebanyakan keluarga yang berda dalam strata sederhanapun agak berat tanggungannya sekiranya hendak menghantar anak-anak mereka menyambung pelajaran di IPTS jika tidak kerana PTPTN, apatah lagi anak-anak yang ibu bapa mereka miskin?
UMNO kena terus segera menjuarai isu pendidikan ini apabila pas di lihat gagal pada tahap ini kerana mereka hanya berada pada tahap kindergarten sahaja iaitu melalui pastor...errr sorry...pasti. Tempat melatih anak-anak menjadi militan.
0 Responses to UMNO perlu ujudkan IPTnya sendiri.