Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
“Tertipu dengan propaganda Anwar bersumpah, akhirnya penulisnya, Mohd Sayuti Omar (MSO) dapat beli kereta Mercedes”, begitulah analogi paling sesuai untuk mengambarkan betapa larisnya, buku “SUMPAH dan Airmata Reformis Bangsa”(SARB), ditulis oleh penulis oportunis, MSO sejurus pemecatan Anwar pada tahun 1998, yang meletup-letup hingga mendatangkan pulangan lumayan kepada penulisnya.
Tajuknya pun bermula dengan kosa kata “SUMPAH”, diletak pula dengan caption “Bahawa dengan nama Allah saya bersumpah saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Dan ini semua adalah fitnah dan tohmahan jahat untuk terus menghina dan mengaibkan seisi keluarga saya – Batu Pahat, Johor Darul Takzim, pada 19 September 1998”, membuatkan pembaca buku itu benar-benar percaya bahawa Anwar telah bersumpah menafikan perbuatan terkutuk itu.
Perbuatan terkutuk apa ? Fitnah apa ? Tohmahan jahat apa ? Semuanya bersifat umum. Tetapi ketika itu, pada tahun 1998, ramai yang terkasima dengan Anwar Ibrahim, jadi ramai yang tidak perasan, semua itu manipulasi kata-kata Anwar atas nama SUMPAH, walaupun sumpahnya cacat dan tidak menepati syariah Islam.
Anwar Bersumpah di Batu Pahat, Johor, 19 September 1998 ?
AIDCNews – 02 Mei menyiarkan satu video terbitan channel kroni AIDC, mokhzani65 yang mendedahkan segmen-segmen Anwar berkaitan dengan sumpah. Salah satunya adalah segmen ucapan Anwar di Batu Pahat, Johor, 19 September 1998 yang didakwa sebagai Anwar BERSUMPAH yang menjadi tema tulisan MSO itu.
Namun apabila diamat-amati ucapan Anwar yang didakwa BERSUMPAH itu, tidaklah sama apa yang ditulis oleh MSO. Di Batu Pahat, Anwar hanya bercerita kesediaannya BERSUMPAH setelah diminta oleh Tok Guru dan Dr Haron Din, tetapi cara gambaran MSO pada muka depan bukunya, seolah-olah Anwar telah BERSUMPAH.
“Saya kata pada Tok Guru..saya cuba telefon ustaz Haron Din dengan bekas Mufti Selangor (Dato’ Ishak Baharom)..saya kata saya berani bersumpah dengan nama Allah..dengan nama Allah subhanwattalla”, kata Anwar sambil disahut takbir Allahu Akbar oleh Roslan Kassim.
“Jangan uji keimanan dan akhlak saya..muka saya dan akhlak saya tidak sepertimana Perdana Menteri (Dr Mahathir) dan beberapa rakan dia.
“Saya sebut..saya boleh gunakan dan lafazkan dengan nama Allah..bahawa yang dituduh hari ini..palsu, fitnah yang jahat..pada saya ini adalah pakatan politik, konspirasi politik yang jahat oleh Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya yang takut saya akan mendedahkan rahsia kekotoran mereka kepada rakyat”, ‘sumpah’ Anwar. Klik di sini
Roslan Kassim yang menemani Anwar untuk menjadi saksi Anwar bersumpah di Batu Pahat, Johor, 19 September 1998 pada mula teruja dan bertakbir apabila Anwar kata beliau berani bersumpah dengan nama Allah untuk menafikan tuduhan-tuduhan itu.
Namun begitu, apabila Anwar tidak bersumpah dan hanya menceritakan perbualannya dengan Tok Guru tentang kesediaannya bersumpah, akhirnya Roslan Kassim tidak lagi berminat untuk bertakbir dan hari ini beliau merupakan salah seorang daripada ratusan penyokong PKR yang meninggalkan Anwar Ibrahim.
Penganjur Tidak Puas Hati Anwar Tidak Bersumpah
Tuan rumah yang menganjurkan acara SUMPAH Anwar, Lokman Noor Adam juga tidak berpuas hati Anwar tidak melaksanakan sumpah sepertimana yang dijanjikan sebaliknya war-war ‘Anwar akan BERSUMPAH’ hanya sebagai satu senjata untuk meramaikan orang ramai menghadiri ceramah politiknya.
Dalam pendedahan Lokman Noor Adam, beliau mengakui merupakan pengikut Anwar paling setia. Sebaik sahaja Anwar dipecat UMNO pada 2 September 1998, beliau menjadi ketua keselamatan Anwar untuk menjaga keselamatan mentornya serta mengikuti di mana sahaja Anwar berceramah.
“Empat hari selepas itu (19 September 1998) apabila dia (Anwar) turun ke rumah saya di Batu Pahat, Johor, dia sumpah. Jadi kalau dia kata dia tak pernah bersumpah bohong tuan-tuan.
“Bila dia (Anwar) berada di bumbung rumah saya, dia telah lafazkan sumpah, tetapi sumpah dia macam mana ? ‘Saya (Anwar) bersumpah dengan nama Allah apa yang dituduh oleh media massa ke atas diri saya hari ini adalah tidak benar’.
“Very general statement. Satu ungkapan yang umum, dia tak spesifik tentang liwat ke, tentang rasuah ke. Dalam surat khabar pada hari tersebut tuan-tuan, tuduhan ke atas dia liwat terhadap Sukma Darmawan 15 kali.
“Pokoknya tuan-tuan, tak kan lah seorang bekas Presiden ABIM, sebuah gerakan Islam tidak tahu cara bersumpah mengikut Islam dengan melafazkan kalimah ‘wallahi, wabillahi, wattalahi’ sedangkan setiap kali bila dia ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, menang pilihanraya. dilantik menjadi menteri, timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dia angkat sumpah yang sama ?, kata Lokman Noor Adam.
Lokman turut menceritakan sekali lagi Anwar mengwar-warkan akan bersumpah di Masjid Negara pada 20 September 1998.
“Dia kata dia nak sumpah, dia nak junjung Al Quran (di Masjid Negara). Sampai kat Masjid tuan-tuan, kita nak bawa dia pergi mimbar, dia kata, eh..tak payah-tak payah, kita kat anjung sahaja.
“Kita pun pergi kat anjung. Tetapi tuan-tuan dia tak sumpah. Dia kata semalam, di Batu Pahat, saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang dituduh oleh media massa ke atas saya adalah tidak benar.
“Dia tak bersumpah. Cuma dia menceritakan semalam di Batu Pahat dia telah bersumpah. Yang ini menyebabkan saya menjadi ragu-ragu”, katanya lagi. Klik di sini.
Sumber dari AIDC.
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2011
(501)
-
▼
May
(59)
- TUN HADIR DI PERHIMPUNAN PERKASA, STADIUM SUKA MEN...
- Ucapan Pengerusi PERKASA Kedah dan Presiden PERKAS...
- Ostad Azizan Kata Tak keBulur, Anak Buah Mengemis ...
- Ucapan Presiden PERKASA Part 2
- Eskay sanggup lakukan Poligarafi; Anwar sudah laku...
- Menunggu SESUMPAH Bersumpah!
- Hari Amarah: Kena tambah satu lagi perkara.
- Dua Persimpangan untuk ANUwar: Bamboo River Resort...
- Ucapan Ayahnda Tun di Stadium Part 1
- Ucapan Ayahnda Tun di Stadium Suka Menanti Part 2
- Ucapan Ayahnda Tun di Stadium Suka Menanti Part 3
- Bandingan Profil Anwar
- ANUwar akan adakan majlis bacaan Yaasin???
- Ucapan Ayahnda Tun di Stadium Suka Menanti Bahagia...
- BAPA TRANSFORMASI vs PAPA PORNOGRAFI
- Strategi pasrael: Buli Perasaan, Tipu Pemikiran
- pasrael dominen dalam pakatan reput.
- Belang DAP terserlah di Serawak selepas Pulau Pinang.
- Ada yang masih keliru....
- PASrael memang tak malu.
- UMNO perlu ujudkan IPTnya sendiri.
- UMNO perlu ada biasiswanya sendiri.
- Pengendali Warta Darulaman Pengecut.
- Dah Betul-Betul jadi Belanda Minta Tanah! AZIZAN N...
- DAP Kenyang, PKR Kebulur!
- Sebelas, Sebelas, Sebelas.
- Anwar Bersumpah Ketika Berkunjung di Sik.
- Punca dah di dedah. Apa Ubatnya?
- Mula Bercerai-berai dah.....
- Selamat Hari Ibu. Dengar Nasihat Ayahnda.
- Sepat KeringRonggeng Melatah lagi..opocottt!!!
- Pembangkang Tambah Kerusi di Singapork.
- Peringatan!
- Pandikutti: Piglet: Babi Muda(anak babi).
- Sluaq Dalam....
- KEDA Vs Juru Odit.
- Mubarakpun Nak Bantu.
- Lambat laun ia akan menjelma.....
- Omegay Pandikutty cuba berdalih.
- 11/05/2011 - UMNO 65 Tahun.
- Haram....buat kerja buat macam orang Islam
- Orang KLpun tau Helah Ostad Azizan
- Ibarat Kertas Tisu....
- Kumpulan Matta Sahih Menangis Berguling!
- Selamat Hari Guru, CIKGU
- Air Keruh....kj Tangguklah!
- Omegay akan menghiburkan anda dimahkamah....silakan!
- ANWAR: BAPA KONSPIRASI MALAYSIA.
- Sibuk Rekacipta Salah Orang, Terdedah Salah Sendiri
- Kerajaan Negeri Kedah Tak Mampu Bayar (Sempena Har...
- Blog Depakata Kembali Beraksi!
- Omegay Doll sumbat dana yahudi dalam mulut anak bi...
- Selepas ni jangan langsung percaya cakap sipemfitn...
- Dirumah kacau kot atas, di pejabat kacau bawah
- Kesumat Untuk Melukut Kuasa
- Tajam Juga KUKU KAKI ni!
- PEMBANGKANG TAK BOLEH DI EJA SEBAGAI PENYOKONG!
- ANWAR IBRAHIM DAN SURAH YUSOFF.
- Tarif Elektrik: BLONGKANG dan PORNKANG.
-
▼
May
(59)
0 Responses to Menunggu SESUMPAH Bersumpah!