Hari ini barulah boleh aku kembali menggunakan kemudahan internet di pejabat setelah 10 hari tergendala. Bukan sahaja akses internet, malah taliponpun senyap sunyi tanpa deringan. Nasib baik tugas aku lebih kepada tugas luaran. Kalau yang jenis kena duduk di pejabat akibatnya 'beku'lah aku ni. Manakan tidak, jika di kawasan perumahan aku, pencuri walpenyangak alpenyamun atau akroniumnya KAWAQ kerapkali meminjam kabel talipon utk beberapa meter untuk beberapa meter sahaja. Tetapi kerana pinjam,an mereka itu, hasilnya aku dan lain-lain pengguna tidak dapat menggunakan talian talipon tetap dan juga akses internet yang bagi aku masih yang terbaik berbanding dengan 'berukban'. Berukban masih belum berupaya mengatasi khidmat streamyx walauipun streamyx juga setakat ok ok sahaja mutu perkhidmatannya dari segi kelajuan berbanding jiran, Singapork.
Jika di kawasan perumahan kau depa akan kerat kabel talipon yang di pasang dari tiang ke tiang, tetapi di kawasan pejabat pula mereka menjadi pertubuhan Gerakan Bawah Tanah atau 'GEBATA'. kabel-kabel yang lebih sihat, montel dan berisi menjadi habuan mereka pula. Kali ini tentunya juga ramai yang menjadi mangsa kepada GEBATA ini dan bagi kawasan komersil, tentulah ianya mengakibatkan kerugian kepada syarikat-syarikat yang major operation mereka adalah melalui maya dan menggunakan streamyx, kecualilah bank-bank yang kini kebanykan mereka mempunyai sistem kendiri melalui isyarat digital yang di pancarkan menggunakan satelit.
Tetapi bukan itu sahaja, kelmarin ketika berada di kawasan pedalaman Sik, ada beberapa kawasan yang selalunya boleh di hubungi melalui talipon mudah laih juga menggalami gangguan. Mengapa? Ada penduudk memaklumkan bahawa terdapat kawaq-kawaq yang mempunyai pengetahuna mengenai teknologi telekomunikasi telah mencuri beberapa 'device' di menara pemancar gelombang milik telko-telko tertentu sehingga pengguna-pengguna talipon mudah alih tidak langsung dapat membuat panggilan. Parahnya mereka juga tidak dapat menggunakan talian talipon TETAP kerana jika kabel-kabel talipon di kawasan berkenaan di pasang semula atau di gantikan, TETAP kabel-kabel ini akan menjadi milik kawaq-kawaq kabel.
Sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Adakah ini juga salah UMNO/BN????
0 Responses to Dirumah kacau kot atas, di pejabat kacau bawah