Tadi ada kawan aku dari KL sms kat aku, dia kata hang tengok blog Darul Ehsan Today(DET)[....bukan detguaqlah].....
Setelah aku baca aku agak terkilan juga, memang gitulah nasib......
Memanglah....akupun sama juga, tak dapat jemputan juga....aku ingat aku dapat kesana sebab ada job utk sekadar jadi jurugambar amatur, tapi las tminit kensellah pulak....Senasiblah kita sesetengah blogger, tambah-tambah kalau setakat tahap blogger nyamuk...nyienngggg, nyiiiiiieeenggg, nnnnyyyieeennnnggg! PAP! kena tampaq, pecah perut maka mampuslah.....
Dari DET:
65 Tahun UMNO, Pemimpin Umno Dah Lupakan Blogger.
Masa susah cari blogger, masa kena balun teruk, cari blogger, masa prk pun cari blogger juga, tapi bila tiba 11 mei, sorang pun pemimpin umno tak ingatkan blogger, kami bukan mintak invitation card pun, tapi sekurang-kurangnya hantar sms pun jadi la.Aku tau la umno sekarang ni dah kuat, tapi jangan la pulak insan kecil macam kami ni di lupakan terus, kalau ada program tu, cepat je sms sampai, tapi tarikh 11 Mei, satu sms pun kami tak terima, bukan kami mintak vip table pun, umno semakin kuat, kalau tarikh 11 mei pun pemimpin umno tak ingat kat blogger, macam mana la nasib kami kalau umno dapat majoriti 2/3 pada pru akan datang, adakah kami akan di lupakan terus....? nampak gayanya, bergitu lah nasib kami.
Aku memang sengaja tak mau keluarkan posting ni pagi tadi, pasal aku tunggu ada tak pemimpin umno yang selama ni kerap sms kat aku hantar sms untuk jemput kami, tapi dah sampai habis solat isyak, haram satu pun sms jemputan tak di hantar, so aku keluarkan la posting ni, memang betul la, pemimpin umno langsung tak ingatkan kami
Inilah antara sikap yang perlu dibuang oleh pemimpin UMNO, saya turut bersimpati dengan para bloggers pro kerajaan. Disamping para bloggers cuba seikhlas mungkin, para pendokong UMNO diharap jangan terlalu 'take for granted' terhadap para bloggers. Perkara ini patut diketengahkan kepengetahuan TPM untuk elakan ianya berulang.