**Bukan! Yang nak bantu ni bukan Hosni Mubarak. Dia nak bantu macam mana sedang nasib diri dia sendiripun belum tentu lagi selepas beliau di paksa turun oleh seluruh rakyat jelata. Mubarak yang hendak tolong kempen pilihanraya untuk BN nanti ialah Majlis Bekas Wakil Rakyat.
Mubarak berikrar bantu BN dalam pilihan raya umum KOTA KINABALU 8 Mei - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) telah berikrar untuk membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan setiap dasar dan program kerajaan sekarang dilaksanakan dengan jayanya. Ikrar tersebut terkandung dalam satu usul yang diluluskan di akhir Perhimpunan Agung kelapan Mubarak di sini malam tadi. Sambil merakamkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, usul tersebut juga menggesa rakyat supaya terus menyokong kerajaan sedia ada demi untuk kesejahteraan bersama. Majlis itu menegaskan bahawa sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 3 April 2009 ketika suasana politik tempatan tidak menentu, pentadbiran kerajaan kelihatan kucar kacir dan rakyat berada dalam keadaan gelisah, Najib telah memperkenalkan pelbagai dasar serta inisiatif baru untuk memulihkan semula keyakinan rakyat. Antara dasar dan inisiatif tersebut yang tujuannya khusus untuk melonjakkan proses pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020, termasuklah konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan serta Transformasi Ekonomi dan Transformasi Politik. Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 500 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara itu juga meluluskan penubuhan Gabungan Koperasi Mubarak Malaysia dan cadangan penubuhan Bank Koperasi Mubarak untuk meningkatkan ekonomi anggotanya. Sebelum itu, persidangan tersebut telah memilih anggota majlis tertinggi yang baru bagi penggal 2011-2013. Mereka ialah Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dari Pahang sebagai Presiden, Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin (Melaka) sebagai Timbalan Presiden dan lima orang lagi Naib Presiden yang terdiri daripada Tan Sri Zaleha Ismail (Selangor), Datuk Wira Othman Abdul (Kedah), Datuk Dr. Ong Hean Tee (Pulau Pinang), Datuk Yussoff Abd Manan (Sabah) dan seorang lagi dari Sarawak yang akan dipilih kemudian setelah negeri itu menubuhkan Mubarak cawangannya. Seramai 24 orang lagi anggota Majlis Tertinggi dinamakan oleh Mubarak negeri dengan setiap negeri diwakili oleh dua orang. - BERNAMA
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2011
(501)
-
▼
May
(59)
- TUN HADIR DI PERHIMPUNAN PERKASA, STADIUM SUKA MEN...
- Ucapan Pengerusi PERKASA Kedah dan Presiden PERKAS...
- Ostad Azizan Kata Tak keBulur, Anak Buah Mengemis ...
- Ucapan Presiden PERKASA Part 2
- Eskay sanggup lakukan Poligarafi; Anwar sudah laku...
- Menunggu SESUMPAH Bersumpah!
- Hari Amarah: Kena tambah satu lagi perkara.
- Dua Persimpangan untuk ANUwar: Bamboo River Resort...
- Ucapan Ayahnda Tun di Stadium Part 1
- Ucapan Ayahnda Tun di Stadium Suka Menanti Part 2
- Ucapan Ayahnda Tun di Stadium Suka Menanti Part 3
- Bandingan Profil Anwar
- ANUwar akan adakan majlis bacaan Yaasin???
- Ucapan Ayahnda Tun di Stadium Suka Menanti Bahagia...
- BAPA TRANSFORMASI vs PAPA PORNOGRAFI
- Strategi pasrael: Buli Perasaan, Tipu Pemikiran
- pasrael dominen dalam pakatan reput.
- Belang DAP terserlah di Serawak selepas Pulau Pinang.
- Ada yang masih keliru....
- PASrael memang tak malu.
- UMNO perlu ujudkan IPTnya sendiri.
- UMNO perlu ada biasiswanya sendiri.
- Pengendali Warta Darulaman Pengecut.
- Dah Betul-Betul jadi Belanda Minta Tanah! AZIZAN N...
- DAP Kenyang, PKR Kebulur!
- Sebelas, Sebelas, Sebelas.
- Anwar Bersumpah Ketika Berkunjung di Sik.
- Punca dah di dedah. Apa Ubatnya?
- Mula Bercerai-berai dah.....
- Selamat Hari Ibu. Dengar Nasihat Ayahnda.
- Sepat KeringRonggeng Melatah lagi..opocottt!!!
- Pembangkang Tambah Kerusi di Singapork.
- Peringatan!
- Pandikutti: Piglet: Babi Muda(anak babi).
- Sluaq Dalam....
- KEDA Vs Juru Odit.
- Mubarakpun Nak Bantu.
- Lambat laun ia akan menjelma.....
- Omegay Pandikutty cuba berdalih.
- 11/05/2011 - UMNO 65 Tahun.
- Haram....buat kerja buat macam orang Islam
- Orang KLpun tau Helah Ostad Azizan
- Ibarat Kertas Tisu....
- Kumpulan Matta Sahih Menangis Berguling!
- Selamat Hari Guru, CIKGU
- Air Keruh....kj Tangguklah!
- Omegay akan menghiburkan anda dimahkamah....silakan!
- ANWAR: BAPA KONSPIRASI MALAYSIA.
- Sibuk Rekacipta Salah Orang, Terdedah Salah Sendiri
- Kerajaan Negeri Kedah Tak Mampu Bayar (Sempena Har...
- Blog Depakata Kembali Beraksi!
- Omegay Doll sumbat dana yahudi dalam mulut anak bi...
- Selepas ni jangan langsung percaya cakap sipemfitn...
- Dirumah kacau kot atas, di pejabat kacau bawah
- Kesumat Untuk Melukut Kuasa
- Tajam Juga KUKU KAKI ni!
- PEMBANGKANG TAK BOLEH DI EJA SEBAGAI PENYOKONG!
- ANWAR IBRAHIM DAN SURAH YUSOFF.
- Tarif Elektrik: BLONGKANG dan PORNKANG.
-
▼
May
(59)
Det : ada juga dua tiga ketua bahagian yang yang kurang senang hati dan bantuan mubarak dari Kedah.Antaranya Sungai Petani,Pokok Sena, termasuk Merbok.Khabarnya marah marah sahaja.Tak kan Ketua Bahagian berkenaan tak tahu mereka ini semua dah jadi ayam pencen.Cuma nak bantu bagi BN menang.Lagi pun umur dah lanjut.Jalan pun dah slow.Cuma ada suara dan semangat.Apalah yang puak Ketua Bahagian ini dok risau runsing dan takut.Ini komen yang aku dengar sdr DEt diluar sana terutama di pekan SP dan AS.
PUB,
Ketua-ketua Bahagian ini kemungkinan ada beberapa sebab:
1. Extremely Fobia dengan ungkapan "Depa ni kompom dah tak jadi calon
2. Sebab depa rasa depa teramat layak. Kalau tak takkan depa menang masa berebut nak jadi Ketua Bahagian dulu, tetapi depa lupa, Lawan nak jadi Ketua Bahagian tak sama dengan lawan nak jadi wakil rakyat.
3. Depa takut 'under shadow' otai-otai ini.
4. Depa juga sebenarnya bukan sahaja takut dengan kemunculan Mubarak yang mempunyai tujuan untuk membantu BN dalam PRU, malah depa juga cukup gerun dengan ungkapan winnable candidate. Tetapi kegeruan depa ni macam gerun dalam panggung wayang saja...Keluar panggung, gerun depa hilang macam tiket wayang yang dikoyak.....
Aku percaya yang DS Najib betul-betul serius dengan pendekatan winnable candidate demi survival UMNO/BN
Det, MUBARAK Kedah atau dimana-mana negeri pun tidak perlu dirisau dan digundah-gulanakan oleh mana-mana pihak pun. Sebab, ahli MUBARAK adalah bekas-bekas ADUN, MP dan Ahli Dewan Negara yang masih ada tenaga, mereka bergerak secara berpersatuan yang berdaftar. Matlamat berpersatuan ialah untuk mencari jalan/berusaha untuk kabajikan ahli-ahli disamping membantu parti yang mereka sayangi dalam BN semenjak dahulu lagi. Tumpuan khusus ialah NGO-NGO.
Jika ada pihak-pihak yang bergundah-gulana dan risau tak tentu fasal macam Pokok Sena, Sungai Patani dan Merbok, itu maananya mereka takut sejarah kembali berlaku saperti di Sala yang mana Pak Teh Mat kembali bertanding sebagai calun BN dan menang. Cerita nii.. Detguaq tahu A tu Z. Masa tu TDM yang nak kan Pak Teh Mat bertanding semula. Detguaq tak boleh kata Noo..., betul tak Det?.
La niii... di Kedah nak cari tokoh maca Pak Teh Mat tuuu.. tak dak daaahhh... Ahli MUBARAK yang ada sekarang, dah tak dak daya dah. Jika ada, Ustaz Azizan pun lari tak cukup tangga. Walau pun begitu ahli-ahli MUBARAK akan sentiasa menjalankan aktivitinya membantu. Kengkadang, kita kena ingat bahawa tokoh-tokoh lama niii... depa masih banyak pengaruh dalam Bhagian masing-masing.
Tapi yang masih ada bekas-bekas Wakil Rakyat yang tak jadi ahli MUBARAK, mungkinlah ada yang dok geli-geli lagi. Bekas-bekas yang macam tuuuu.. tak boleh cakaplah. Pasai tu depa ni tak mau lagi jadi ahli. Sapa-sapa depa niii... tak boleh habaqlah. Nanti depa marah kat saya. Apa pun jika depa-depa ni dok kacau lagi dekat Bahgian, nak jadi calun lagi, memang kawan-kawan dalam MUBARAK akan tala depa cukup-cukup. Gulungan ini adalah orang-orang yang kalah dalam PRU12. Kununnya depa masih muda dan ada peluang dapat tempat. Dan, depa niii.. lah yang dok pi lobi hingga kapada DSNTR dan TSMY. Sedangkan orang ramai dan rakyat di bawah dah menyampah dan meluat kat depa daaahh... Ini hakikat.
Jangan takuuuutttt... MUBARAK yang ada tokoh-tokoh berpengaruh lagi sekarang ini bergerak hanya nak membantu parti yang amat disayangi. Tidak lebih dari itu. Apabila pemimpin MUBARAK turun ka Bahgian, tolong lah bagi sokongan untuk depa mudah berkerja. MUBARAK juga bekerja ikut saluran dan prosidor berdasar kapada pengalaman sebagai Wakil Rakyat yang memenangi PRU-PRU dalam banyak penggal.
Sedikit sebanyak masaalah yang timbul dan keadaan yang boleh merugikan parti, jika perlu mendapat perhatian dan tindakan MUBARAK, bagi tahu dan tokoh-tokoh MUBARAK akan turun. Tengah malam pun boleh.
Sesuatu yang memdukacitakan sekarang ialah, gulungan muda yang mengundi disaluran 1,2,3 dan 4 yang saharusnya diberi perhatian oleh kepimpinan Bahgian sekarang. Dulu, zaman ahli-ahli MUBARAK menjadi Wakil Rakyat dan pemimpin Bahgian, gulungan tersebut diberi perhatian dari A to Z. Semua aktiviti mereka dibantu dan diambil peduli, semata-mata bertujuan untuk gulungan ini faham perjuangan parti yang sabenarnya. Dalam pilihanraya mereka bekerja tunggang-tebaliiiikk... Tak caya, buat tengok macam kami buat dulu.
Untuk itu, MUBARAK boleh memberi nasihat yang tiada sebarang upahan. Sila bagi tahu...
Anon 4:11,
Saya masih ingat sejarah di DUN Sala walaupun DUN Sala(Sg Limau)bukan DUN saya, kerana saya mengundi di DUN Guar Chempedak. Tetapi itu zaman orang tak berebut atau kalut sangat nak jadi wakil rakyat, sebab masa tu masih ramai yag ikhlas dalam perjuangan parti berbanding peruangan poket.
Walaupun menggunakan anon, sya rasa seperti amat ,mengenali diri penulis yang saya yakin orang kuat MUBARAK di Kedah. cukup mengenali dan boleh jadi rapat dan selalu bersembang hala tuju politik kita...
Agaknya kerana nawaitu pemimpin-pemimpikn ini sudah tersimpang dari landasan keikhlasan, sebab itulah segala apa benda yang mereka pandang, mereka hanya menilai dari segi politik....
Dan yang paling pasti 'santan' yang penuh dalam MUBARAK walaupun baik untuk rakyat tapi adalah 'kolesterol' jahat kepada impian sesetengah KUB-KUB di Kedah....
Santan yang jadi 'kolestrol' jahat kapada KUB-KUB niii..jika ada yang jahat tu sekoq dua jaaa... biaq pii laah. Bagi KUB-KUB tu ada kesedaran sikit. Santan nyoq tuaaa...
Nak pandang macam mana lagi jika tidak dari segi politik. Bila dok seleghat tabak, tak kan nak tengok saja. Apa pun kerna takut kecundang, MUBARAK cuba cari jalan semoga tokoh tersisih dari politik KUB-KUB tuuuu... MUBARAK akan pi hughut2 belakang depa supaya jangan merajuk dari UMNO. Depa kena ingat, bahawa yang UMNO jadi begini bukan kerana UMNO tak reliven kapada orang Melayu, tapi kerana beberapa kerat orang UMNO yang menjadi puncanya.
DSNTR Perdana Menteri/Presiden UMNO/BN kata "UMNO tinggi nilainya". Perihatin jeee saranan ituuuu...