Aku sebenarnya tidaklah selalu mengunjungi ke portal Warta Darulaman(WD) kerana aku dapati bukan setakat tajuknya tidak menarik, malah isi tulisannya juga terlalu statik dan tidak bermutu. Tetapi apabila WD menyiarkan satu tajuk mengenai UUM yang berbunyi: "Rakyat Kedah bantah beri rebat cukai pada UUM". Maka akupun tergerak di hati untuk membaca apa yang ditulis setakat untk menilai setahap mana mutu tulisannya. Terkejut juga aku bila penulis memulakan penulisannya dengan ayat "Rata-rata rakyat Kedah yang ditemui tidak bersetuju jika Kerajaan Negeri Kedah menyambung semula rebat cukai tanah tapak Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mendapat rebat selama tiga tahun iaitu sejak 2006 hingga 2008 dari kerajaan sebelum ini."
Dan di akhir tulisan itu seperti mana-mana online portal tertentu maka di enclosed sekali akaun FB untuk kita memberi komen. maka akupun berilah komen bahawa ayat yang berbunyi rata-rata rakyat kedah itu tidak tepat kerana sebenarnya ia tidak ratapun. Malah kebanyakan rakyat Kedah kurang selesa malah ada ramai rakyat kedah yang membantah isu pemotongan rebat cukai tanah kepada UUM itu. Maka aku teruskan lagi komen-komen aku mengenai status tanah dan kepentngan ilmu pelajaran. Keujudan UUM bukanlah berteraskan keuntungan komersil , UUM hanya sebuah institusi mencari ilmu ujtuk anak bangsa. Wajarlah ia mendapat rebat cukai. Ini menyebabkan rakyat menerima gambaran bahawa kerajaan Kedah yang di dominasi oleh pas tidak mesra ilmu . Kemudian tu aku pergi meneroka ke portal-portal lain sebelum aku mendapat signal bahawa komen aku sudah ada respon. Aku kembali ke topik berkenaan dan mendapati komen-komen yang masuk banyak yang menyebelahi aku.
Dan hari ini warta darulaman sudah disable link ke facebook dan akaun dalam facebooknyapun sudah tiada. Kemudian tu aku cuba trace balik thread dalam akaun aku, itupun dah tiada. SAH! Akaun facebook Warta Darulaman sudah di tutup! Hampeh!!!
**Setakat ambil gambar tiga empat kerat komen yang berat sebelah kemudian tu kata rata-rata rakyat Kedah....memang tak cerdiklah wartawan tu....
Nah kat bawah ni aku pula nak letak kotak untuk komen guna pelantaq FB:
yg sokong tu balaci2 depa yg x berapa kerat sja. kami yg keja sebumbung pun x tau apa satu pun, pasai "big boss" yg x tau apa satu pun x tau.
Slogan yang sepatutnya:
Kedah tak tau sekara...