Tidak dihormati, eloklah Khairy berundur
Muhayat Jasmin |
JERAI, 5 Jan: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyokong cadangan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berundur dari persada politik negara seperti yang dinyatakan baru-baru ini. Menurut Firdaus lagi, kepimpinan Khairy sememangnya tidak dihormati dan direstui oleh Umno pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti. "Dalam Umno, jelas terbukti siapa yang tidak sehaluan dengan kepimpinan mereka akan dicantas lebih awal lagi. Mereka juga tidak mengamalkan prinsip demokrasi secara total. Suara ahli tidak dihormati. "Dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) juga suara anak muda tidak dihormati. Prinsip keadilan tidak menjadi teras kepada pegangan dan perjuangan yang diamalkan oleh kepimpinan parti tersebut," ujarnya lagi ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi. Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat turut menyatakan pelantikan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri dan Timbalan Pengerusi Umno Kedah adalah satu contoh yang sebenar. Katanya lagi, sememangnya Khairy sudah tidak diperlukan lagi dalam Umno apabila Najib menerajui kepimpinan parti dan negara. "Oleh kerana itu sekiranya Khairy berhasrat untuk bersara selepas pilihan raya umum yang akan datang, adalah lebih baik bagi beliau daripada terus diperalatkan oleh kepimpinan Umno. "Cantas, diskriminasi dan kronisme sudah sebati dalam sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Umno dan BN. Ia juga sudah parah dan sukar untuk dihapuskan kerana telah menjadi darah daging sejak kepimpinan terdahulu lagi," tegasnya lagi. ################################################################################### Tajuk dah cantik.....tapi isi ada sikit lenconglah! Sebenarnya dalam pasrael terutamanya di kedah yang kini sedang dalam fasa mabuk kuasa, juga berlaku cantas-mencantas....NAK SEMBANG APA???? |
Dulu dulu dulu masa ada manis dan madu KJ di hurungi oleh pemuda-pemuda umno kedah.bila tak ada madu fahamlah sendiri.Itulah budaya umno dulu kini dan sampai bila-bila.UMNO penuh hipokrit
Salam Bro,
Mohon link ke blog tuan.
Mohon berkongsi perjuangan.
TQ, salam.
ANONponen!
Nampaknyaanda tersilap dalam hal kj!!!
Blog ini konsisten dalam isu kj dan pak mentuanya. harap dapat membelek balik posting-posting yang terdahulu mengenai kj.
DARI DULU LG AKU CUKUP BERBULU TENGOK MANGKOK HAYON SEKOR....LA NI BARU DIA TAU LANGIT TINGGI KA RENDAH...DULU DR M MAKAN HATI KERANA DIA MASA PAK MENTUA DIA JD PM...LA NI SAPA NK LAYAN CELAKO NI PEROSAK BANGSA
Kepada Anon 7 Jan..Org Pas N Pkr pun serupala..lg teruk pakat dok hurung cina laknat, siap nak jual agama lg..