Akhirnya ADUN KOMTAR yang melanggar sempadan kuasanya dengan menceroboh DUN Pengkalan Kota yang bukan di bawah kendaliannya malah kemudiannya bertindak ala samseng(atau memang gangster kot?) kowloon. Hari ini tiba-tiba sahaja membuat pusingan U dengan meminta maaf bersyarat kepada Syed Kassali, pemilik restoran yang telah di 'perkosa' oleh Yang Barua Ng Wei Aik (saya mohon maaf selepas ini kerana menyebut kamu Yang Barua, harap terima permohonan maaf saya walaupun saya tak bersalah). Tidak di nyatakan pula samada Syed Kassali menerima permohonan maaf dari Yang Barua berkenaan(minta maaf bersyarat sekali lagi).
Lihatlah kenyataan akhbar oleh Yang barua berkenaan kepada malaysiakini yang turut di sertai oleh barua-barua Yang Barua untuk menutup secepat mungkin kebusukan sebenar isu berkenaan.
*************************************************************************************
Permohonan maaf kepada Syed Kassali Mohammed Aliyar itu dibuatnya pada sidang media di bangunan Komtar, pagi ini.
ADUN DAP itu melahirkan kekesalan kerana bertindak kurang sopan ketika mengiringi sekumpulan pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi ke atas restoran-restoran yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Pualau Pinang, Amir Ghazali yang menjadi orang tengah dalam pertelagahan itu berkata permohonan maaf itu bagi mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara kerajaan negeri dan komuniti India Muslim.
"Menjaga baik usaha-usaha murni Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan para peniaga pelbagai kaum di Pulau Pinang.
"Meneguhkan semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, khusus merujuk kepada Ng Wei Aik," katanya.
Sebelum ini, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan lain termasuk Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memberi amaran bahawa protes lebih besar akan diadakan hari ini pada jam 2 petang di Komtar.
“Tindakan penguatkuasaan diambil MPPP untuk mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih serius akan berlaku pada pelanggan-pelanggan restoran serta menjamin kepentingan dan keselamatan awam.
“Tidak wujudnya unsur atau niat jahat untuk tindakan-tindakan tersebut diambil,” kata beliau sambil menambah, sebarang tindakan yang diambil oleh MPPP dengan niat murni atau tujuan yang baik perlu disokong oleh semua pihak.
Dalam operasi itu, kakitangan MPPP telah merampas meja, kerusi dan peralatan atau struktur yang menghalang di sepanjang jalan dan kaki lima.
Pertelingkahan berlaku dan Ng didakwa menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali.
Sehubungan dengan permohonan maaf itu, Amir berharap tidak ada lagi pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan meniupkan sentimen perkauman.
Kumpulan itu juga mahu Ng mengosongkan kerusi Komtar kerana mendakwa ADUN itu mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu.
“Beliau mesti letak jawatan dengan segera, jika tidak kami akan protes,” kata penganjur protes itu, Abdul Ghani Mohammad Jiman yang juga adalah naib pengerusi persatuan peniaga Komtar.
“Jika tidak, kami tak peduli jika dia minta maaf, lompat dari tingkat 28 Komtar (pejabat ketua menteri) atau bunuh diri, kita akan terus berarak.
“Jika dia lompat dari tingkat 28... kita akan ada pilihan raya kecil.”
Mulut sahaja minta maaf.Dalam aku rasa tak sama.DAP lah katakan.
Permohonan yang bukan sahaja secara lahir kita boleh nampak tiada keikhlasan, tetapi secara zahirnya biar sahaja Allah yang menilai apabila berhadapan dengaNya. Kita tak boleh lari lagi ketika itu.