Mukhriz optimis UMNO Kedah dapat selesai masalah
03/01/2011 6:09pm
KUALA LUMPUR 3 Jan. - Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir optimis segala permasalahan yang wujud dalam UMNO negeri itu akan dapat diselesaikan secara baik.
Malah katanya, sudah wujud semangat pada kalangan anggota dan pemimpin UMNO Kedah untuk mengetepikan isu-isu kecil bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mentabdir negeri itu.
Rata-rata kini beranggapan persengketaan yang wujud pada peringkat bahagian dan cawangan sebagai isu remeh dan mahu menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita,di sini hari ini.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, usaha UMNO Kedah kini adalah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN menerusi perbandingan prestasi kerja pentadbiran kerajaan pakatan.
UMNO Kedah adalah antara beberapa negeri yang melalui rombakan melibatkan pucuk pimpinan tertinggi.
Berkuat kuasa 1 Januari lepas, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah dilantik meneraju badan perhubungan UMNO negeri itu, menggantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, manakala Mukhriz dilantik sebagai timbalan. - BERNAMA.
**Aku kini juga berasa cukup selesa setelah selesainya kemeulut isu mengenai siapa yang akan menjadi Pengerusi BPUNK dan siapa pula yang akan menggantikan T/Peng BPUNK. Aku harap rakyat Kedah memberi respon yang positif atas seruan DMM ini. Kembalikan Kedah kepada BN!!!!
0 Responses to Kami juga Optimis