Apabila melihat tajuk dalam akbar milik pakar Kerajaan Pentas Sekangkang Kera, HAPRAKAH mengenai kekurangan minyak masak di pasaran runcit dan kenaikan harga bawang, bolehlah aku membuat kesimpulan bahawa meng'gaul'kan kekurangan minyak masak yang di sengajakan oleh pengeluar dan kenaikan harga bawang di sebabkan bencana alam di India oleh mereka amatlah pincang dari segi resepi untuk mempengaruhi rakyat agar terus marah kepada Kerajaan Persekutuan. Kedua-dua perkara itu bolehlah ibaratkan bagiakan langit dan bumi, jadi apabila di garap seolah-olah kedua-dua perkara itu bagaikan ikan di laut, asam di darat atau seumpama irama dan lagu, maka sudah tentulah di akhir usaha mereka menanti sebuah kegagalan.
Apabila mereka gagal mencari punca sebenar dan kemudiannya gagal pula menyajikan maklumat yang sebenar maka itulah WAJAH KEGAGALAN sebenar pembangkang dalam berpolitik. Jadi tak tercapai akal aku akan kewibawaan mereka andainya Allah izinkan mereka menjadi sekutu kepada pakatan kesemua parti-parti pembangkang yang kinipun dalam keadaan tunggang langgang. VERY DOUBTFUL !
Minyak masak pun umpama anak dara, pelbagai rupa pelbagai gaya dan pelbagai kategori, kalau anak dara semakin cantik semakin mahal harganya dan semakin menjadi rebutan, manakala yang kureng akan murah tetapi tidak pula menjadi rebutan. Terbalik pula dengan minyak masak, semakin lawa baik dari segi mutu minyaknya dan gaya penampilannya, semakin kurang di rebut dan semakin huduh rupanya yang hanya disalut plastik lembut kerana dalam kelas paket sahaja serta minyaknya pula kurang sedikit mutunya berbanding minyak yang di botolkan tetapi murah di sebabkan penampilannya, rupanya menjadi rebutan pula!!! Gadis Hudoh, murah orang tak mahu, Minak pek plastik juga hudoh, murah tapi menjadi rebutan!
Setelah mencari maklumat ternyatalah ianya adalah hasil dari PAKATAN dari pengilang swasta. Siapakah mereka? Dari kalangan bangsa apakah para pengilang ini? Bagaimana sikap umum bangsa ini apabila ada sedikit kuasa dan kekayaan? Jadi sebagai sebuah negara yang asas ekonominya ialah dari jenis pasaran terbuka, maka naik turun barangan bukanlah di kawal oleh kerajaan tetapi adalah melalui kuasa pasaran yang berteraskan permintaan dan bekalan. Tinggi permintaan, kurang bekalan, harga naik. Begitu pula sebaliknya. jadi pihak pengilanglah yang bermain sandiwara. Mereka berupaya memanipuasi keadaan kerana mereka bertindak secara seragam dan di kawal oleh pertubuhan perniagaan mereka.
Bangsa pengilang inilah yang sebenarnya tidak mengambil kisah perasaan rakyat dan kesannya kepada kerajaan. Peduli apa jika rakyat marah asal sahaja tekanan yang sengaja mereka lakukan menguntungkan pihak mereka sahaja. Nasib baiklah Kerajaan Persekutuan di bawah pengurusan Perdana menteri yang bijak berbanding dengan Perdana Menteri yang sebelum beliau, dan prestasi menteri-menteri yang dahulunya tampak bodoh-bodoh bahasa kini sudah menaik taraf sedikit menjadi lebih cerdik sikit walaupun belum nampak bijak! Tindakan beliau selaku Perdana Menteri untuk mengarahkan menteri bertanggungjawab meninjau keadaan sebenar dan bertindak menangani segera isu bekalan yang sengaja di 'shortage'kan di pasaran runcit menampakkan hasil bila keadaan ini sedikit sebanyak telah mulai terkawal dan hasrat mereka untuk memanipulasi keadaan dengan niat untuk memberi tekanan kepada permintaan dengan tujuan untuk ,menaikkan harga telah berjaya di bendung dan kenaikan yang di harap tidak menjadi.
Apa kena mengena pula bawang yang tiba-tiba sahaja kurang di pasaran? Eh ibu-ibu kakak-kakak, bawang apa yang kurang? Bawang dari negeri mana yang kurang? Bawang dari tempat lain tak ada ke? Kakak-kakak, ibu-ibu adik-adik. Ketiadaan bawang besar tertentu dari pasaran adalah di sebabkan bencana alam iaitu banjir. Dan banjir yang melanda sehingga menyebabkan bekalan bawang terjejas ialah India. Ya....India. maksudnya disini, hanya bawang dari India. maka bawang dari negara lain bekalannya masih ada dan harganya pula lebih murah dari bawang India. Thailand dan China mempunyai bekalan yang cukup untuk menstabilkan harga bawang dunia. Jasi mengapa harus panik? Sebab kita malas mencari maklumat dan pembangang pula asyik masyuk dengan pemanipulasian berita sehingga subust tanah di kantakan menjadi setinggi Everest!
Jadi di manakah hubungannya ketiadaan bekalan bawang dari India dengan bekalan minyak masak dalam paket yang sengaja di kurangkan? Marilah semua rakyat Malaysia berfikir sejenak dan biarlah pembangkang menjerit umpama lutong kesarung di hutan banat belantara.
**Sila google aka gagau onion dalam engine browser untuk mengetahui berita terkini mengenaio krisis bekalan bawang yang kini telah berjaya di atasi dan harga kembali stabil.
comtoh:
1. Di sini
2. Di sinun
atau
3. Di sana
0 Responses to Apalah Bodohnya Jika Kita Suka Orang Marah Pada Kita!