Normala Sudirman calon PAS di Tenang
Hazayani Zakaria |
LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini. Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini. Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti. Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra. Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak. Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997. Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis. Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat. Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang. Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. |
Kenapa makin ramai pendidikan atau guru menyokong PAS.Kenapa mereka menolak UMNO.Adakah PAS itu bagus.UMNO tak bagus.Berani wanita guru ini meletak jawatan 24 jam.Sebanarnya PAS itu tak semacamana pun.Ada sebab lain.Ini lah gambaran guru di malaysia hari ini dipersada politik tanah air.Cuba pikiak tengok apa yg patut.
Meletak jawatan dalam 24 jam adalah syarat kepada mana-mana penjawat awam yang hendak menjadi calon dalam pilihanraya. Dan andaikata mereka kalah, sellaunya dalam parti UMNO/BN nasib mereka tidak di abai dengan parti berusaha untuk mencari kerja ganti mengikut kesesuaian. Dahulu sering kita dengar calon-calon dari parti pembangkang sekiranya kalah, mereka bukan sahaja kehilangan pekerjaan mereka sebelum ini tetapi juga ada yang habis licin harta mereka kerana memodali pilihanraya kerana mereka adalah calon dan berharap pelaburan mereka akan dapat di raih kembali selepas diri bergelar Yang Berhormat, tetapi ramai yang tersisih atau di sisih dan ramai juga yang memencik diri seleas kekalahan. Entahah kalau sekarang ini bilamana parti-parti pembangkang semakin kukuh kekayaan parti dapat mengimbangi nasib calon-calon mereka yang kalah ini...Allahu A'laam....
Inilah namanya memJUDIkan NASIB!
kalau kalah dia akan buka TASKI laaaaa.
Spenda merah,
awat pulak nak buka TASKI? lebih baik PASTI, atau mungkn dia TAK YAKIN dengan suaminya????