SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

ADUN LANGGAR KAWASAN MENGAKU BERSALAH: Syed KASALLI KESALI?

Posted by detguaq8 Friday, January 14, 2011

Akhirnya ADUN KOMTAR yang melanggar sempadan kuasanya dengan menceroboh DUN Pengkalan Kota yang bukan di bawah kendaliannya malah kemudiannya bertindak ala samseng(atau memang gangster kot?) kowloon.  Hari ini tiba-tiba sahaja membuat pusingan U dengan meminta maaf bersyarat kepada Syed Kassali, pemilik restoran yang telah di 'perkosa' oleh Yang Barua Ng Wei Aik (saya mohon maaf selepas ini kerana menyebut kamu Yang Barua, harap terima permohonan maaf saya walaupun saya tak bersalah).  Tidak di nyatakan pula samada Syed Kassali menerima permohonan maaf dari Yang Barua berkenaan(minta maaf bersyarat sekali lagi).

Lihatlah kenyataan akhbar oleh Yang barua berkenaan kepada malaysiakini yang turut di sertai oleh barua-barua Yang Barua untuk menutup secepat mungkin kebusukan sebenar isu berkenaan.

*************************************************************************************

Adakah terpancar wajah keikhlasan dari pemohon maaf
dan penerima maaf?

ADUN Komtar, Ng Wei Aik akhirnya tunduk kepada desakan sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan memohon maaf kepada seorang pengusaha restoran.

Permohonan maaf kepada Syed Kassali Mohammed Aliyar itu dibuatnya pada sidang media di bangunan Komtar, pagi ini.
"Saya dengan hati yang ikhlas ingin memohon maaf atas ketelanjuran saya pada hari itu dan tidak mahu ia berpanjangan dan sudah sampai satu tahap perkara ini perlu berakhir tanpa sebarang pertikaian," katanya.

ADUN DAP itu melahirkan kekesalan kerana bertindak kurang sopan ketika mengiringi sekumpulan pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi ke atas restoran-restoran yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

NONESementara itu, Ketua Pemuda PKR Pualau Pinang, Amir Ghazali yang menjadi orang tengah dalam pertelagahan itu berkata permohonan maaf itu bagi mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara kerajaan negeri dan komuniti India Muslim.

"Menjaga baik usaha-usaha murni Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan para peniaga pelbagai kaum di Pulau Pinang.

"Meneguhkan semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, khusus merujuk kepada Ng Wei Aik," katanya.
Ng sehingga hari ini bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan tidak pernah meluahkan kata-kata berbaur perkauman semasa kejadian itu.
"(Bagaimanapun Ng) memohon maaf sekiranya ada ungkapan atau kata-kata yang dikeluarkan dengan sedar atau tidak sedar yang menyinggung perasaan Syed Kassali, keluarganya serta rakan-rakannya pada malam tersebut," katanya.

NONESebelum ini, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan lain termasuk Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memberi amaran bahawa protes lebih besar akan diadakan hari ini pada jam 2 petang di Komtar.
Tiada niat jahat
Ng pada kenyataan akhbarnya menjelaskan tindakan penguatkuasaan dilakukan ke atas restoran-restoran di Gat Lebuh Macallum, George Town itu kerana kejadian 2 Januari lalu yang melibatkan dua buah kenderaan itu hampir meragut nyawa pelanggan-pelannggan restoran nasi kandar berkenaan.

“Tindakan penguatkuasaan diambil MPPP untuk mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih serius akan berlaku pada pelanggan-pelanggan restoran serta menjamin kepentingan dan keselamatan awam.

“Tidak wujudnya unsur atau niat jahat untuk tindakan-tindakan tersebut diambil,” kata beliau sambil menambah, sebarang tindakan yang diambil oleh MPPP dengan niat murni atau tujuan yang baik perlu disokong oleh semua pihak.

NONEDalam operasi itu, kakitangan MPPP telah merampas meja, kerusi dan peralatan atau struktur yang menghalang di sepanjang jalan dan kaki lima.

Pertelingkahan berlaku dan Ng didakwa menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali.

Sehubungan dengan permohonan maaf itu, Amir berharap tidak ada lagi pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan meniupkan sentimen perkauman.
"Marilah kita bersama-sama hidup di dalam negeri ini dengan suasana muhibbah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi," katanya.
Kosongkan kerusi
Bagaimanapun ada pihak yang dikatakan masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf ADUN Komtar Ng Wei Aik dan menuntut beliau meletakkan jawatannya sebagai setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

NONEKumpulan itu juga mahu Ng mengosongkan kerusi Komtar kerana mendakwa ADUN itu mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu.

“Beliau mesti letak jawatan dengan segera, jika tidak kami akan protes,” kata penganjur protes itu, Abdul Ghani Mohammad Jiman yang juga adalah naib pengerusi persatuan peniaga Komtar.

“Jika tidak, kami tak peduli jika dia minta maaf, lompat dari tingkat 28 Komtar (pejabat ketua menteri) atau bunuh diri, kita akan terus berarak.

“Jika dia lompat dari tingkat 28... kita akan ada pilihan raya kecil.”

2 Responses to ADUN LANGGAR KAWASAN MENGAKU BERSALAH: Syed KASALLI KESALI?

  1. P E R I A Says:
  2. Mulut sahaja minta maaf.Dalam aku rasa tak sama.DAP lah katakan.

     
  3. detguaq Says:
  4. Permohonan yang bukan sahaja secara lahir kita boleh nampak tiada keikhlasan, tetapi secara zahirnya biar sahaja Allah yang menilai apabila berhadapan dengaNya. Kita tak boleh lari lagi ketika itu.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ