Terima kasih dari mereka yang memberi komen kepada posting yang bertajuk Bangunan Sekolah SAIF Tiada Pelan dan Tiada CF. Antara salah satu komen yang menarik ialah mengenai penarikan diri peguam yang mewakili defendan, iaitu pihak yang menguruskan SAIF.
Aku dimaklumkan kes ceroboh tanah dan bangunan Al Akhlak Guar Chempedak ni sudah dibawa ke Mahkamah tinggi mulai tahun lepas oleh kumpulan yang ingin mendapat keadilan dan kebenaran, hujah punya hujah, peguam SAIF baru2 ini tarik diri ganti peguam baru..pasaii apaa tak taw. Kita tunggu keputusan mahkamah la, tapi memang kumpulan penceroboh ni tak ada rasa malu... hak orang depa ceroboh macam penyamun zaman dulu, depa ketutunan penyamun kot..?
Mengapa peguam itu menarik diri bagi membela defendan? Siapakah peguam berkenaan?
Aku di maklumkan bahawa peguam berkenaan adalah juga ahli pasrael dan pernah menjadi calon dalam PRU yang k 11 tapi kalah. Apakah maknanya ini?
Aku harap rakhyat buka mata dan mulai faham bahawa berada di dalam parti bertopengkan agama rupanya memberi lesen untuk kita menjadi penyamun, penceroboh dan pengutip derma untuk tembolok sendiri serta sedikit sangat untuk parti. Dan sudah tentu tiada langsung jasabakti untuk pembangunan negara dan perpaduan rakyat.
Aku dimaklumkan kenapa peguam pertama Saif tarik diri? dia pun dah rasa tindakan kumpulan SAIF tak betoi, banyak maklumat dan bukti dah sah mereka ini gerombolan penceroboh yang merebut harta milik awam/wakaf yang dibeerikan untuk kepentingan agama Islam.
Peguam baru mereka juga dari kumpulan Pasrael yang kabarnya orang kuat MB Kedah sekarang dan jawatan Exco. Peguam ni tak tahu punca dan terima sahaja nak jaga hati penyokong, kabarnya bulan ini keputusan akan dibuat oleh Mh.T. harap2 kebenaran tersu ditegakkan.