Nampaknya Kerajaan PASrael Kedah yang suka bergaya melalui Menteri Besarnya yang sentiasa memburu serta mencari pendekatan populis untuk agar terus dilihat masih ada tenaga walaupun yang tinggal hanya nafsu telah melancarkan sebuah buku bertajuk Pencapaian Kedah Sejahtera. Amboi!!!! Seronok sungguh depa nyanyi Kedah Sejahtera....Kedah Sejahtera! Ostad Azizan Oiii!!!! Hang tak suruh sesapa ka reka lagu Kedah Sejkahtera? Kot-kot boleh popular dan masuk carta lagu-lagu popular! Kangka hang jenis suka guna pendekatan populis?
Projek Keli-K yang berkepala besar tu pun di buat tergesa-gesa mengikut kata orang-orang pas sendiri. Gotong-royong rumah orang tua-tua Gulaupun di buat secara lepas tangan. Hai..Ntah apa lagilah program-program tangkap muat yang depa dok reka untuk YAB MB Kedah yang Chengey tapi kencin maneh ni. Ni yang terbaru lagi la kaluT malut punya kerja. Awat kalut sangat? Pasai sidang dewan nak di adakan sekali lagi Julai nanti ka? Ooo...Pasai tu la dok kalut sesangat-sangat! Ape Cer....cecite cecite tengok...
Ni ha wahai rakyat Kedah. Kerajaan seperti ini kita tak boleh ulang pilih depa sekali lagi. PRUke13 nanti kita kena kalih balik bagi kat BN. Rekod cemerlang BN tiada siapapun dikalangan rakyat yang rasional akan menafikannya...NAK NAFI APA LAGI....NIKMAT KEMERDEKAAN INI?
Aku cukup tertarik dengan strategi kerajaan negeri untuk menghadapi baik sidang DUN nanti waima PRU juga sehinggalah mereka begitu tergesa-gesa menerbitkan buku Kedah Sejahtera seperti yang aku maklumkan tadi. isinya tidak lain ialah untuk 'geleymbong' rakyat Kedah yang dah semakin meluat kepada kerajaan yang tak buat apa-apa dan MB yan tak tau apap-apa ini. hangpa boleh tengok sendiri isi buku yang di terbitkan secara kalut-malut ini. Kerana apa kalut-malut? Sebab bendanya lain, tapi bentuknya lain, ejanya lain tapi batangnya lain, kiranya lain tapi JUMLAHNYA lain! nak kategorikan apa ni sebagai sebuah kerajaan??? Gopoh? Gelojoh? Gila publisiti? Atau PANIK nak hadapi PRU??? PANIK SEBAB TAK BUAT APA-APA DAN TAK TAU APA-APA walau dah 3 tahun memerintah. Asyik dok menumpaaannggg program Kerajaan Pusat saja kerja depa. Terima kasihlah Kerajaan Pusat walau Ostad Azizan gelar tangan yang memberi ini sebagai 'Beruk naik Nyioq'....Takpalah....biarlah BERUK DAPAT BUNGA kata apa dia nak kata....
Sila lihat di bawah berkaitan, di carta menunjukkan tujuh perkara yang di belum laksanakan, dan tujuh perkara yang di senaraikan dalam enam kategori.
1. Pentadbiran
2. Ekonomi
3. Pertanian
4. Hal Ehwal Wanita
5. Sukan dan rekreasi dan
6. Kebajikan dan Pembangunan Sosial.
Aku percaya mereka tidak akan mampu menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah kepada kakitangan kerajaan, kerana kos-kos pengurusan yang pelu ditanggung. Nak tulis, nak cakap memang senang. nak laksana dah jadi tak logik. Tapi dek kerana dah terlanjur menghamburkan air liur, maka secara senyum kambing dan muka poyo, ngaku jerlah.
Begitu juga di bidang ekonomi, nak tubuh pajak gadai Islam berkonsepkan ArRahnu? Ingat konsert ka? Ini konsep perlukan modal sokongan yang besar. elok-elok dah ada pajak gadai dengan konsep yang sama oleh kebanyakan Bank-bank yang kukuh diMalaysia ini, sapa tak tau dok gatai-gatai reka dalam manifesto walaupun ianya tidak lojik untuk sebiah kerajaan laksanakan tapi dah takdak apa nak tulis, depa tulis pi lah...Nanti Ostad Azizan akan kata.."Mana kami tau kata susah sampai lagu tu"...sambil buat langkah poyo sekali lagi sambil tersengih atau terkhenyih seperti orang Kedah kata...
Memberi pengiktirafan kepad isteri? Ostad tak mau bagi pengiktirafan kepada isteri-isteri ka? HAHAHAHA.. Rupa-rupanya pak-pak lebai ni selama ni tak pernah bagi pengiktirafan kepada isteri mereka! Kita dalam diam-diam sebagai sang suami dah lama dah dok bagi pengiktirafan kepada isteri-isteri kita...Tu yang ada sampai meghenyuuuttt anak-anak dek pengiktirafan oleh kita.
Dah tu nak bagi cuti edah pulak? Edah suami@isteri mati ka edah kerana penceraian? Deyyy yenna puudachietttt!!! Idea sapa ni ha? Sungguh tidak cerdik sama sekali. Dah adacuti bersalin, nak bagi lagi cuti disebabkan kematian pasangan? Cukuplah sekadar cuti tanpa gaji Ostad Oiii!HA HA HA! PUNAI KAMU!!!
Bab Sukan dan Rekreasi ni, ikut saja garis panduan kerajaan pusat yang ostad azizan kata beruk naik nyoq tu...Aku nak cadanglah...Kalau perempuan tu cukuplah sekadar menutup aurat....bersukanlah..kalau tak pilih aje indoor sport. Payah sangatkah?
Yang akhir ni tentunya membuatkan mana-mana syarikat insuran berfikir ratusan kali tentang risiko yang bakal mereka tanggung. Aku yakin tiada syarikat insuran yang kita kenali cukup pakar menjual helaian-helaian kertas perjanjian yang selalunya menguntungkan syarikat dari menguntungkan pelanggan...Adat berniaga...
Apa punya Turrrr punya idea sampai tak mungkin boleh dilaksanakan secara menyeLURUH walau sampai rambut LURUH!
Depa dah kaleh dah .............. daripada PAS kepada PKM (Parti Kebajikan Malaysia). Harap maklum.