Tentu Gerombolan mereka dalam pr setuju sekiranya PAS di kekalkan tetapi dengan maksud yang baru bagi memberi cerminan yang lebih jelas dengan pendekatan yang mereka ingin persembahkan kepada rakyat setelah pelbagai pendekatan selama ini gagal memenangi hati rakyat secara keseluruhan. Sementelahan pula mereka tidak pernah bertanding di keseluruhan kerusi-kerusi parlimen pada setiap PRU manalah mereka akan mendapatkan sokongan dari majoriti rakyat Malaysia. Inilah metamatik yang sehingga sekarang begitu sukar ujtuk mereka fahami formulanya. Metamtik mereka sentiasa gagal.
Parti Agama SeMalaysia amat cocok dengan slogan pas for all yang sering di jerit secara nyaring dalam setiap ceramah ketika di adakan di kawasan bukan Melayu dan kini laungan yang sama juga mereka boleh jeritkan di kawasan Melayutanpa perlu lagi berselindung. Semua orang kampung telah mendengar seloka kluk-klek pasrael for all ini yang pendekatan mereka bukan lagi membangun bersama Ulama' sepeti dahulu, tetapi telah bertukar kepada slogan Negara berkebajikan. Satu pendekatan yang telah lama di rasai oleh seluruh rakyat Malaysia di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Mungkin gerombolan elitis pas tidak pernah merasa kebajikan dari Kerajaan Barisan Nasional kerana mereka ini mempunyai deria yang kebas terhadap kebajikan yang telah mereka nikmati selama ini...Nak nafi apa lagi????
Dan jika ROS gugurkan nama lama PAS kepada nama baru, tentu rakyat di negara-negara luar seperti negara-negara Arab, Amerika Latin, Eropah serta beberapa negara lain diseluruh dunia akan merasa lapang dan tidak tertekan kerana tidak dapat menyertai parti yang boleh menghadiahkan syurga yang tiada di negara mereka.
PAS for all ni lebih kepada Parti Ajaran Sesat ni.