SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Tok Pin Man Ajak Tok Mat Le Su Berdamai?

Posted by DetGuaq6 Saturday, December 11, 2010

Pokok Sena adalah sebuah kawasan parliemn yang mengadnungi 3 DUN iaitu DUN Bukit Lada, DUN Bukit Pinang dan DUN Derga.  Keputusan PRU yang lepas boleh di lihat di sini.  Jika kita lupa, link ini boleh mengingatkan kembali keputusan PRU yang turut 'menyunamikan' P008 ini sehingga DUN Derga sahaja yang kekal dlm tangan BN, iaitu YB Dr Cheah Soon Hai.

DUN Derga:

N11 DERGA
Jumlah Pengundi: 22,159
Peratusan Kaum: M:54.78% C:40.07% I:4.11% L:1.05%
1. Dr. Cheah Soon Hai (BN) (6,516)
2. Cheung Khai Yan (PKR) (6,353)
3. Teoh Teik Guan (DAP) (2,095)
Majoriti: 163
Jumlah undi: 15,704
Peratus mengundi: 70.87%
Undi rosak: 740
Penyandang: Cheung Khai Yan (BN - Gerakan)
(Majoriti: 6,162 undi)
Beliau menang dengan majoriti 163 undi dalam perlawann 3 penjuru.  Jika di lihat pertembungan di Derga, ia lebih kepada untuk memecah undi oleh pakatan reput dan senario ini aku jangka akan berubah dalam PRU yang akan datang bila Parti Keluar Ramairamai (pkr) bakal tinggal nama sahaja selepas ini.  Tetapi bagaimana pula dengan dua lagi DUN iaitu Bukit Lada dan Bukit Pinang yang kini di wakili oleh parti hamPASrael?  Jom kita tengok keputusan yang lepas.

DUN Bukit Pinang:
N10 BUKIT PINANG
Jumlah Pengundi: 24,158
Peratusan Kaum: M:92.41% C:6.12% I:0.92% L:0.55%
1. Md. Roshidi Osman (Pas) (11,307)
2. Che Omar Saad (BN) (7,908)
Majoriti: 3,399
Jumlah undi: 19,587
Peratus mengundi: 81.08%
Undi rosak: 372
Penyandang: Md. Roshidi Osman (Pas)
(Majoriti: 937 undi)




Cikgu Omar kalah dengan 937 undi di mana peratusan keluar mengundi adalah besar.  Undi rosak sekitar 372 undi.  Kalau ikut aku PRU akan datang kemungkinan besar DUN Bukit Pinang boleh di ambil kembali oleh BN.  Bagaimana pula dengan DUN Bukit Lada?  Mari kita menyusur sejarah PRU Tsunami.

DUN Bukit Lada:


N9 BUKIT LADA
Jumlah Pengundi: 23,444
Peratusan Kaum: M:89.11% C:8.42% I:1.78% L:0.69%
1. Ahmad Izzat Shauki (Pas) (9,600)
2. Datuk Ariffin Man (BN) (9,392)
Majoriti: 208
Jumlah undi: 19,387
Peratus mengundi: 82.69%
Undi rosak: 395
Penyandang: Datuk Ariffin Man (BN)
(Majoriti: 2,769 undi)

DUN Bukit Lada dahulunya di sandang oleh Dato' Ariffin Man, tetapi dalam PRU Tsunami yang lepas, ia di 'hadiah'kan kepada hamPASrael dengan majoriti hanya 208 undi.  Bagaimana peluang BN  untuk merampas kembali N9 ini?  Kalau tanya aku tentulah jawapannya amat cerah memandangkan undi rosak mengatasi majoriti walaupun peratusan mengundi adalah tinggi.  Cuma apakah Dato' Ariffin Man akan di 'recycle' pada PRU akan datang atau 'Board of Selection' aka Selection Board aka Badan Pemilih tertinggi BN sebagai calonnya sekali lagi di N9?

Dan mari kita tengok......siapa yang kena!!!! di P8 ini. Ha ha ha.....Awatlah hangpa pilih dia ni???  Hangpa nak pilih dia sekali lagi ka wahai orang-orang kampung??????
Jumlah Pengundi: 69,761
Peratusan Kaum: M:78.59% C:18.36% I:2.28% L:0.76%
1. Mahfuz Omar (Pas) (29,687)
2. Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim (BN) (23,956)
Majoriti: 5,731
Jumlah undi: 54,682
Peratus mengundi: 78.38%
Undi rosak: 1,039
Penyandang: Datuk Abdul Rahman Ibrahim (BN)
(Majoriti: 7,300 undi)

Cukup seronok untuk kita melihat sejarah PRU Tsunami di P8 ini bila melihat keputusan ini.  Tidak salah bagi aku kalau aku katakan kerana dok ghonyeh sama sendirilah maka P8 menjadi seperti apa yang telah terjadi kini. Punyalah berebut ayam laga, Ayam terlepas, tangan masing-masing hanya dapat meramas tahi.  Mengapalah ada yang sanggup sabotaj tetapi mengaku pejuang parti dan mengapa pula yang di amanahkan kuasa, menyalah-gunakan kuasa?  Ingatan aku, kalaupun ada yang menyimpan cita-cita, pada masa yang sama simpan dan sematlah di sudut hati bahawa bila tiba ketika, kita kena redho dengan taqdir Allah, itu[un kalau kita PERCAYA kepada Allah sepenuhnya.

Tidak lengkap sorotan aku jika tidak menyingkap kembali sejarah UMNO Pokok Sena yang masih baru lagi sejarahnya, tak sampai 4 ataunpun ia berlalu.  Aku CnP sebahagian beritanya dan kalau nak bca penuh sila klik pada linknya.

Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin digantung keahliannya selama dua tahun kerana didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO mensabotaj parti pada pilihan raya umum April lalu. Turut sama digantung ialah seorang ahli Bahagian itu, Halimah Hanafi yang digantung keahliannya selama tiga tahun kerana membuat aduan palsu.  Dari Agendadaily.

Mengapakah perkara ini gamak di lakukan?  Betulkah hanya kerana di sebabkan dia tak di pilih sebagai calon? Bukankah sebelum ini beliau telah di beri peluang beberapa kali untuk bertanding dan berakhir dengan kekalahan? 


Akhirnya setelah regim paklah kakitido berakhir, Mat Lebai Sudin telah di maafkan oleh YAB DS Najib, Presiden UMNO yang baru dan kembali di berikan jawatan sebagai Ketua UMNO bahagian Pokok Sena dalam bulan Jun 2009 yang lalu.


Dan sebagai sorotan sejarah juga PRU Tsunami di P8 kerusi Parlimennya juga mengalami kekalahan atas faktor sabotaj sebagai antara ramuan kekalahan. Lalu kini persoalannya, adakah P8, N9 dan N10 akan di barisi calon kitar semula atau bercampur gaul antara calon baru dan calon recycle atau di barisi calon baru kesemuanya???  Dan Jika Badan Pemilih berkeputusan meletakkan calon campuran, bagaimana agaknya reaksi pengundi di P8, N9 dan N10?  Atau adakah perlakuan sabotaj akan berlaku sekali lagi jika semua calon di P8, N9 dan N10?  Apakah pengundi tidak berparti akan sabotaj?  Atau ahli akar umbi secara individu akan sabotaj?  Atau pemimpin sekali lagi mengajak pengikut buta taklidnya untuk sabotaj kerana tidak dipilih?


Aku harap walau apapun keputusannya janganlah di ulang cerita lama.

Dan ucap kata oleh Tok Pon Man untuk berdamai dengan Mat Le Su bukanlah perkara baru yang aku dengar seperti yang di dengari juga oleh teliinga Sobri Sudin.  Memang inilah yang di ucapkan oleh Tok Pin Man pada aku lama dulu, tahun lepas lagi, masa di Bagan Pinang dulu.  Tapi mahukah Mat Le Su sambut salam damai ini?  Bagaimana pula dengan Syed Ali Syed Rastan, Timbalan Ketua Bahagian yang sehingga kini masih lagi menjadi Peneyelaras parlimen Pokok Sena yang jawatan itu juga sedang di tagih kembali oleh Mat Le Su sebagai Ketua Bahagian yang secara lazimnya lebih layak untuk menjadi Penyelaras Parlimen?

Sanggupkah kem-kem ini bersatu ketika masa dan keadaan memerlukan mereka ini untuk bersatu?  Aku amat berharap mereka dapat bertindak rasional pada fasa ini, kerana aku dapat merasi haba PRU kini semakin mengamhpiri dan sban hari suhunya semakin meningkat dan sampai ketika akan memuncak.  semuga suhu yang semakin panas ini akan mencairkan ego mereka sebagaimana Tok Pin Man sanggup meleburkan egonya dengan cuba berdamai dengan Ketua Bahagiannya yang pernah sabotaj PRU dulu dan Mat Le Su pula sebagai Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena(UBPS) ini sanggup pula mencairkan egonya untuk menyatukan kem-kem dalam UBPS termasuk dengan kem Syed Ali dan dalam masa yang sama pula Syed Ali perlu juga meleburcairkan egonya untuk tujuan yang sama?  Ramli DAP yang banyak pengalaman dan kini duduk pula sebagai Setiausaha UBPS tentu boleh menjadi medium untuk pelan perdamaian ini kalau mereka mahu mencari 'bomoh' satu kampung.  Atau jika depa mahukan 'bomoh luar', dan hasrat mereka benar-benar mahu memfokuskan PRU sebagai matlamat paling ulung buat ketika ini, tentu saja ada yang bersedia untuk itu.

***********************************************************************************

Jom kita pakat congak.

Jumlah pengundi P8 ialah 69,761 orang pada 2008

Jumlah yang keluar undi untuk ketiga-tiga DUN ialah 54,678 + 1507(undi rosak)= 56,185 orang

Jadi yang tak keluar atau tak berpeluang mengundi kerana kerja dan tinggal di luar ialah 13,576 orang.

Jumlah yang mengundi untuk parlimen pula ialah 54,682 orang + 1,039(undi rosak)= 55, 721 orang.

Maksudnya ada perbezaan sebanyak  4 undi(54, 682-54,678) berbanding parlimen dan DUN bagi yang keluar mengundi manakala perbezaan sebanyak  468 undi rosak untuk parlimen dan DUN serta perbezaan sebanyak 464 orang utk kedua-duanya.

Apa yang kita dapat gambarkan?  Bagaimana langkah yang terbaik jika senario ini dengan jumlah pengundi baru di campur dengan pengundi lama yang sudah pastinya bertambah?  Adakah dan sudahkah langkah-langkah terbaik telah di ambil atau mula di ambil untuk UBPS mendekati pengundi-pengundi bagi menyedarkan mereka bahawa hanya UMNO/BN yang berupaya berkhidmat kepada mereka sebagai satu kerajaan baik di Persekutuan, mahupun di negeri secara berkesan, atau masing-masing lebih sibuk untuk melobi Presiden UMNO aka Pengerusi BN agar di pilih sebagai calon walaupun sering kecundang dan pernah kalah?

Sesungguhnya saranan Tok Pin Man untuk berdamai dengan Tok Mat Le Su adalah satu berita baik untuk UBPS, tetapi mereka berdua tidak harus mengenepikan Syed Ali, kerana dia adalah Timbalan Ketua UBPS dan masih lagi Penyelaras Parlimen Pokok Sena!


**
Blog-blog pro BN di Pokok Sena:

1.  http://www.parlimen-pokoksena.blogspot.com/ - posting terakhir ialah 1 minggu yang lalu

2.  http://dunbukitlada.blogspot.com/ - posting terakhir ialah 3 bulan yang lalu

3.  http://dunbukitpinang.blogspot.com/ - posting terakhir ialah 3 bulan yang lalu

dan

4.  http://dunderga.blogspot.com/ - posting terakhir ialah 3 bulan yang lalu

Maklumat adalah dari  blog penyelaras parlimen pokok sena.  Dan blog-blog ini di mulakan pada 25hb Januari 2010(DUN Bukit Lada), blog DUN Bukit Pinang juga dalam bulan Januari dan blog DUN Derga di mulakan pada 30hb Januari 2010.  Nampaknya  ketiga-tiga blog ini sudah 'kelam' dengan rumput lalang kerana sidah berbulan tidak di jenguk oleh adminnya.  Baik letak racun sahaja bagi mati kalau dah tak mahu di selenggarakan.  Kalau sebulan satu postingpun jadilah...Pihak UBPS kena ambil perhatian terhadap perkara ni kerana Tok Pin Man adalah Setiausaha kerja di BN Kedah.


***Dan mengkalu pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UBPS masih lagi selesa dan seronok berada di bawah naungan slogan Kedah Sejahtera dan tidak berusaha memperbaiki keadaan, maka sepenggal lagilah BADUT Parlimen dari P8 akan beraksi dengan lawak bodohnya di dalam dewan Parliemn.  Hangpa yang dok sokong UMNO/BN di sana tak MELUAT ka?

0 Responses to Tok Pin Man Ajak Tok Mat Le Su Berdamai?

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO