Mak Aihhhh.....
Hilang ngantuk aku bila baca posting terbaru oleh Azli Shukri berkenaan kemungkinan besar kj akan di lantik sebagai menteri penuh. Portfolionya mungkin di kementerian Belia dan Sukan bagi menggantikan Dato Sabri Chik yang aku dengar beberapa hari lalu kononnya akan melepaskan jawatan berkenaan...Sabri Chik adalah penyokong kuat regim Paklah dulu. macam bunyi nak balas jasa saja!
Dan seperti biasa bila melihat komen-komen, yang positifnya adalah ZERO(ketika aku membaca posting dan komen pada pukul 2.06 minit pagi.
Komen Aku:
1. Dah lah Kedah sampai sekarang buat akal aku jadi berat sebab tiada kePASTIan
2. Gembar-gembur yang Azli Shukri tampilkan ini membuat aku akal dan perasaan aku menjadi bertambah berat....Nampaknya NAJIB betul-betul beranilah untuk mencabar penyokong UMNO/BN dalam PRUke 13 nanti, walaupun rakyat melihat Barisan Penat Reput semakin hilang tumpuan, DIA pula cuba-cuba hendak 'menguji pasaran' dari kalangan penyokong UMNO/BN dan rakyat jika benar-benar berhasrat untuk menjulang kj sebagai menteri penuh.....MUNGKIN MENCARI KALAH PENUH????
Det
Komen nombot 1 tu..semalam ada seseorang call pakteh...
baca di blog pakteh..
Pasaran KJ d Kedah tak perlu di uji...pakteh bulih comfirm barang tak laku.
Sekiranya cerita ini benar, komen saya beginilah lebih kurang :
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas telah dibayar
Hutang budi cuba diganti.
Begitulah agak saya....