Bermula dari semalam hinggalah ke hari besok, beberapa lokasi menjadi titik panas kepada politik UMNO Kedah bilamana berpusu-pusu beberapa orang Ketua-ketua Bahagian dan ADUN-ADUN termasuklah Ahli Parlimen-Ahli Parlimen mengerumuni program-program yang akan di hadiri oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO, iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Ada Ketua-ketua Bahagian yang tidakpun pulang kekawasan masing-masing selepas Konvensyen Barisan Nasional di Kuala Lumpur yang telah di adakan pada 05/12/2010 yang lalu sebaliknya terus ke Pulau Langkawi sejak dari semalam untuk menunggu DSNTR di sana yang akan membuat lawatan ke Jelapan Padi Negara ini.
WHOAAAAA!!!!....HEBAT SUNGGUH SEMANGAT MEREKA YANG DILIHAT BEGITU BERKOBAR-KOBAR SELEPAS DI MOTIVASIKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN BN SEMASA KONVENSYEN. BEGITULAH SEMANGATNYA MEREKA SEHINGGA TIDAK SEMPAT UNTUK PULANG MENJENGAH KE KAWASAN MASING-MASING. MUNGKIN TIADA PROGRAM BERSAMA RAKYAT KOT? ATAU MERANCANG-RANCANG PROGRAM TERBARU UNTUK KAWASAN MASING-MASING KETIKA DI LANGKAWI SEKETIKA MENGUNGGU KETIBAAN PM YANG AKAN TIBA UNTUK LAWATAN KE KEDAH?
Dan sudah tentulah hari ini dan esok rakyat Kedah yang berminat untuk mengetahui akan keadaan UMNO Negeri Kedah akan kembali bermain spekulasi mengenai Pengerusi BPUNK.
Dato' Mukhrizkah?
Dato' Seri Jamil Khirkah?
Atau genarasi dinasor UMNO Kedah seperti yang di labelkan oleh beberapa orang blogger?
Tolong bagitau sat wahai rakyat
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to SPEKULASI PANAS KEMBALI