Ketika babak kempen pilihanraya baru masuk ke fasa 'warm-out' adalah amalan parti-parti yang bertanding membangkitkan isu-isu kelemahan saingan mereka. Isu-isu yang berlegar yang di 'spin' lazimnya adalah berkaitan dengan isu-isu tempatan dan tidak ketinggalan juga isu di peringkat nasional.
Yang menjadi kehairanan aku ialah beberapa hari yang sebelum ini, dari portal dan blog pembangkang juga akanu-akanu Facebook kepunyaan individu belum pernah aku nampak isu berkaitan Tun dan anak-anaknya di mainkan. Kalau adapun hanyalah mengenai pembohongan yang cuba di kaitkan dengan kononnya kelemahan dan kesilapan beberapa perkara tentang projek yang berkaitan inovasi dan industrialisasi yang terbantut gara-gara kemelut ekonomi. tetapi di garap dengan cara yang tersasar dari konteks sebenar mengapa satu-satu projek seperti projek perkhidmatan dan bekalan atau berteknologi tinggi itu di rancang dan di laksanakan.
Malah kononnya pembangkang memainkan isu kekayaan anak-anak Tun Mahathir adalah antara isu-isu yang 'prime' menjadikan aku cukup sangsi dengan maklumat berkenaan. Lalu sekali lagi aku gagau dari jentera-jentera pencari yang aku kerap guna, namun aku tak berjumpapun secara spesifik.
Benarkah isu yang langsung tiada kaitan dengan politik Hulu Selangor itu di mainkan oleh pembangkang? Atau ada tangan-tangan bernanahtokak berbau pekong busuk sengaja mengambil kesempatan, menangguk di air keruh kerana sikapnya yang membentuk adalah sejak dari dalam bedung lagi? Orang yang masih lagi mendendami Tun Dr Mahathir hanya kerana tembelangnya yang membusong di pecahkan oleh Tun Mahathir dan bau busuk lagi meloyakan tersebar 'harum'nya ke pelusuk Malaysia? Orang yang mengejar kedudukan dengan cara merasuah, orang yang tebal muka memburu jawatan demi jawatan tanpa perlu menunjukkan rekod kerja yang cemerlang, tetapi hanya menunjukkan prestasi poket disetiao sudut pakaiannya sebagai umpan kepada peliur yang mudah meleleh bila memandang kertas-kertas yang nilainya di perakukan oleh Bank Negara?
Telunjuk lurus kelingking berkait terus berlaku dulu kini dan selamanya termasuklah di Hulu Selangor......
Salam ziarah.
Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/
Salam ISAC, semestinya.