Hari ini aku dihubungi oleh Samurai Politik untuk menguruskan satu isu yang sengaja dibangkitkan oleh pihak yang menyokong calon pembangkang dengan Roshatika yang ingin mengetahui status salah satu projek yang baru sahaja diwar-warkan kononnya telah tidak diluluskan atau tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Atau dengan erti kata lain projek berkenaan telah dibatalkan. MasyaAllah.....Astaghfirullah....
Oleh kerana isu ini berkaitan denga ntempat dimana aku juga menjadi petugas disana lalu aku terus menghubungi salah seorang penduduk tempatan yang amat maklum mengenai status projek ini, kerana dia adalah antara yang terbabit sejak diperingkat awal lagi, baik dari segi permohonan terhadap projek, mahupun kelulusannya. Malah beliau juga terbabit dalam mesyuarat-mesyuarat berkaitan. namun beliau tidak terbabit dalam perlaksanaan kerana dia hanya mewakili penduduk atas dasar keperluan mendesak yang perlu diberi keutamaan kerana ia membabitkan kepentingan pelajaran dan masa depan anak-anak mereka.
Walaupun sudah mendapat kepastian, namun aku akan tetap mengadakan wawancara dengan mereka yang berkaitan dan kemungkinan wawancara utama dengan Menteri yang berkaitan petang ini juga. pis sudah tiada tol lagi di Bagan Pinang!
Tunggu maklumat selanjutnya mengenai status Projek Sekolah Kebangsaan Taman Intan Perdana lewat petang ini.
**Mereka sanggup bermain dengan isu masa depan anak-anak bangsa hanya kerana ingin mengelirukan RAKYAT BAGAN PINANG yang majoritinya menyokong UMNO.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to TIDAK DAPAT KELULUSAN?